"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

MALAC

KOD:ZH11  
75BIJI  RM20.00

Sejumlah herba di negara ini didapati mengandungi kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing). Kesan diuretik berperanan sebagai anti-hipertensi (menurunkan tekanan darah tinggi), anti-piretik (penurun panas) dan baik untuk sawan tarik.

Salah satu herba diuretik ialah lalang (Imperata cylindrica) dari famili poaceae. Lalang juga kerapkali dijadikan campuran dalam pelbagai jenis rawatan seperti demam kuning, batuk, pendarahan pada wanita dan lain-lain.

Malac ialah salah satu produk HPA yang berkesan untuk memecahkan batu karang, bengkak kerana peradangan ginjal, infeksi saluran kencing, air kencing berdarah, demam, batuk, tekanan darah tinggi dan demam kuning.

PENGGUNAAN MALAC MENGIKUT TUJUAN

1. MEMECAHKAN BATU KARANG (Gallstone)

Gunakan Alac (herba periuk) mengikut peraturan dan minum dalam keadaan suam 1 jam sebelum makan. Bagi mendapatkan kesan maksima minum Alac bersama 1 sudu teh madu lebah. Tujuan penggunaan madu ialah supaya mempertingkatkan kesan diuretik kerana madu sendiri adalah diuretik.

Amalkan 1 hari 3 kali, kebiasaan bagi kes batu karang akan hancur antara 3 hari ke 14 hari.

Disamping itu amalkan Malac (kapsul). Malac juga digunakan untuk merawat masalah kencing tidak lawas.

2. BENGKAK KERANA PERADANGAN GINJAL

Bagi masalah peradangan ginjal, pesakit kerapkali sukar untuk buang air kecil dan air yang tidak dikeluarkan akan menyebabkan bengkak kaki (sembab). dan jika ditekan dengan jari ia akan berlopak dan lambat kembang semula. Sering juga terjadi bagi kanak-kanak yang selalu makan makanan ringan dan makanan segera.

Amalkan minum Alac hinga sembuh dan sesudah sembuh teruskan dengan menggunakan Malac (kapsul).

3. INFEKSI SALURAN KENCING

Kerapkali berlaku pada kanak-kanak yang menunjukkan tanda kerap buang air kecil dan apabila dibuat pemeriksaan doktor, air kencingnya kotor dan ada jangkitan kuman.

Amalkan Alac seperti yang dicadangkan - minum 1 hari 3 hingga 5 kali. Perlu diingatkan agar pengguna minum air suam yang mencukupi bagi menggantikan air yang hilang.

Boleh juga menggunakan Malac mengikut aturan.

4. DEMAM PANAS

Panas badan boleh dikeluarkan melalui percakapan, perpeluhan, buang air besar dan kecil. Setelah menggunakan Malac, air kencing akan dikeluarkan dengan banyak dan suhu badan akan distabilkan.

5. BATUK

Batuk yang mengandungi kahak boleh diatasi dengan menamalkan Malac. Bagi batuk yang berlaku bila cuaca sejuk, ambil 1 cawan air rebusan Alac dan dicampurkan dengan sedikit madu lebah. Jika batuk yang tidak ada kahak dan tidak mengiran waktu elok diminum Malac sahaja.

6. TEKANAN DARAH TINGGI

Hampir semua herba diuretik adalah bersifat anti-hipertensi. Bagi sesetengah pesakit darah tinggi yang tidak sembuh dengan herba-herba lain seperti Vitex, boleh mencuba Malac terutamanya bila pesakit darah tinggi tersebut ada masalah buah pinggang.

7. PENYAKIT SAWAN

Penggunaan Alac untuk pesakit sawan tarik amat berkesan disamping menggunaan herba jaram M-Gren.

 
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1