"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

KHAZANAH HERBA

Lalang (imperata cylindrica)

Lalang merupakan sejenis tumbuhan rerumput, berdaun tegak lurus yang mencapai ketinggian 0.5meter hingga 1 meter. Daunnya panjang, berwarna hijau dengan urat selari. Lebar lebih kurang 1-2 cm, permukaannya kesat, runcing dihujungnya dan bersembilu (tajam) ditepinya. Panjang daun tumbuhan ini adalah juga ukuran ketinggian rerumput ini. Bunganya berwarna putih ringan dan berjambak. Akarnya juga mempunyai rizom yang tajam.

Tumbuhan ini dengan nama saintifiknya Imperata cylindrica amat dikenali sebagai tumbuhan sementara yang kerap menjadi musuh kepada para petani. Ianya kerap kali dipotong atau diracun bagi membunuhnya. Sesuai dengan sifatnya yang tumbuh meliar dikawasan terbuka itu menyebabkan adanya pepatah orang tua yang mengambarkan perumpamaan 'seseorang yang tidak tetap pendirian'. Tumbuhan yang mudah menabur benihnya kemerata tempat.

Tetapi disebalik imejnya yang sering dibenci dan dipandang serong, tumbuhan ini juga dikenali oleh para pengkaji tumbuhan ubatan sebagai kumpulan tumbuhan yang paling banyak kandungan kimia yang amat berguna untuk perawatan dan perubatan.

Dalam Perubatan Tradisional Melayu, tumbuhan ini digunakan untuk mengubati penyakit asma, demam panas, batu karang, pelawas kencing dan juga sebagai tonik untuk kesegaran badan. Akar atau rizomnya direbus bersama akar Ranjang Buluh dan pokok Tunjuk Langit untuk dibuat sebagai penawar mujarab apabila sakit kepala (migrain). Ia juga menjadi campuran di dalam ramuan untuk membuat minyak sapu atau urut. Ramuan campurannya (minyak) baik untuk menghilangkan sengal - sengal dalam tulang dan sendi (reumatik). Bahan aktif 'stigmasterol' dipercayai berfungsi untuk menurunkan darah tinggi. Ia bersifat herba diuretik adalah  anti-hipertensi.

Di dalam produk makanan kesihatan keluaran HPA Industries Sdn.Bhd. produk yang mengutamakan campuran tumbuhan ini adalah MALAC (kapsul) dan ALAC (rebusan). HPA masih meneruskan kajiannya terhadap tumbuhan ini dan mengenal pasti keberkesanannya seperti merawat luka terbakar, perawatan mandul (lelaki dan wanita) serta ubat fertiliti. Diharap dengan perkembangan yang menakjubkan ini HPA akan mencatat sejarah mengubah peribahasa atau pepatah Melayu menjadi 'seperti lalang megah berlalang' bukan lagi sebagai mana yang tersurat.

Dukung anak (Phyllantus niruri)

Pokok Dukung Anak

Phyllantus niruri dikenali dengan nama tempatan sebagai Dukung Anak atau juga dengan nama Amin Buah dan Keman Jolok mengikut sesetengah tempat dan daerah.

Herba dari keluarga Euphorbiaceae ini banyak terdapat disekitar kampung di Malaysia, tepi jalan, kawasan sawah atau secara umumnya tumbuh liar di kawasan hawa panas lembab. Ukuran purata fizikal herba ini adalah sekitar 30 hingga 40 cm, berbatang gelap tegak, berdaun pada pelepah yang keluar dari sekeliling batang dan terdapat deretan buah kecil di bawah setiap pelepah berdaun tersebut.

Sekian lama herba ini dikenali dikalangan pengamal perubatan tradisional sebagai penawar kepada penyakit kuning bayi baru lahir dan demam panas. Cara  menyediakannya juga agak mudah iaitu sedikit susu kambing bersama sedikit racikan herba ini dan diberi minum kepada kepada kanak-kanak berkenaan. Pernah dilaporkan amalan meminum rebusan susu kambing bersama herba ini selama1 hingga 2 bulan berkesan memulihkan penyakit hepatitis yang serius. Air rebusan herba ini juga diminum untuk mengubati cirit-birit atau perut meragam. Ia juga dikenalpasti dapat menurunkan tekanan darah tinggi jika diminum mengikut jadual yang ditetapkan.Untuk penyakit kulit (kudis/bisul) dan luka,perahan air dari daun dan buahnya yang muda digunakan malah sesetengahnya terus melumat dan menampalnya pada kawasan terbabit.

Mengikut kajian-kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar herba, mereka menjumpai sebatian-sebatian yang aktif mengubati penyakit-penyakit tersebut. Antaranya ialah sebatian pahit 'filantin' dan sebatian tanin, saponin dan kalsium oksalat. Tetapi kalsium oksalat boleh mendatangkan bahaya jika diminum oleh pengidap penyakit karang.

HPA sentiasa mendedahkan diri kepada penemuan terbaru dari kaji selidik oleh-oleh pakar-pakar tentang faedah yang terdapat pada herba-herba Malaysia. Oleh itu setiap penemuan amat berharga dan HPA masih lagi meneroka dan mengkaji rahsia kegunaan lain yang dapat memberi faedah kepada manusia khususnya kepada pembangunan umat Islam sedunia. InsyaAllah.

"Hanya dengan mengingati Allah sahaja, hati akan menjadi tenang"- maksud Al Quran
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1