HERBA
HERBA � SUMBER PEMAKANAN YANG IDEAL

Oscar Professor Dr. Aman dari Indo-American Hospital membuat kajian tentang pemakanan kaum terdahulu berdasarkan keterangan yang terdapat dalam Al Quran dan kitab-kitab Agama Samawi yang lain. Menurut beliau di zaman sebelum Nabi Noh alaihissalam manusia hanya mengambil makan dari tumbuhan dan langsung tidak memakan makanan dari sumber haiwan. Sumber makanan mereka terdiri dari berbagai jenis tumbuhan seperti bijirin, sayuran dan pelbagai jenis kekacang. Di zaman itu menurut beliau umur manusia begitu panjang termasuklah Nabi Noh alaihissalam  sendiri yang umurnya 950 tahun dan badan mereka bersaiz besar dan tinggi.

Kemudian berlaku banjir besar di zaman itu akibat keingkaran kaumnya terhadap Allah S.W.T dan nabi utusanNya, menyebabkan kebanyakan tanaman dunia telah musnah. Di zaman yang berikutnya, manusia telah dibenarkan oleh Allah S.W.T untuk mengambil makan dari sumber haiwan. Menurutnya  sejak itu umur manusia semakin pendek hinggalah ke zaman Nabi Muhammad S.A.W.  di mana umur beliau tidak sampai 70 tahun.

Kemudian kita perhatikan pula amalan pemakanan yang diamalkan oleh Baginda Muhammad S.A.W. Kita akan dapati makanan-makanan Baginda terdiri kebanyakannya (walau pun tidak 100%) dari bahan-bahan tumbuhan seperti bijirin, gandum, buah kurma dan lain-lain. Disini bukanlah kita bertujuan untuk menyetujui fahaman �vegetarian� akan tetapi sekadar membuat perbandingan mengenai kelebihan dan khasiat herba-herba didalam banyak hal.

Pemakanan yang terlalu berorientasikan sumber haiwan adalah terdedah kepada kesan-kesan sampingan dan bahaya kerana ada binatang-binatang yang sakit tetapi kita tidak mengetahuinya. Binatang yang berpenyakit ini apabila dimakan akan membawa kemudaratan yang tidak disedari. Seperti juga manusia, binatang juga terdedah kepada berbagai jenis penyakit, dan oleh kerana ia makhluk yang berdarah, penyakit-penyakit itu meninggalkan berbagai sisa toksid dalam darah, tisu serta organnya.

Oleh yang demikian kita dapati kebanyakan sistem perubatan menganjurkan supaya pesakit-pesakit menumpukan kepada sumber pemakanan dari tumbuhan atau buah-buahan terutamanya herba-herba yang mempunyai nilai perubatan.
Herba Penawar Al Wahida
Herba Alami
Fungsi Bahan Dalam Herba
Teknik Mengamalkan Herba
Reaksi Herba
Sinergi Herba
Hubungi saya:
Name: Ramly Ahmad
Email: [email protected]
Hosted by www.Geocities.ws

1