"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

TEKNIK MENGAMALKAN HERBA

Herba HPA dikeluarkan dalam dua (2) bentuk, iaitu

kapsul

ramuan periuk

1. Kapsul

Sarung kapsul yang digunakan oleh HPA adalah halal dan diimpot dari negara Pakistan. Bagi pengguna yang telah sakit bertahun-tahun lamanya, penggunaan kapsul adalah lebih dicadangkan untuk mengelakkan daripada kesan terlalu panas seperti pening kepala, kering kerongkong, batuk dan lain-lain.

Herba jenis kapsul ini paling cepat larut dalam air dan sesuai untuk semua peringkat umur. Pengguna digalakkan meminum air suam yang banyak kira-kira sebelas (11) gelas sehari dan sila gunakan dos berikut:.

1/0

1/1

2/0

2/1

2/2

2. Ramuan Periuk

Penyediaan herba ramuan periuk ini ada dua (2) cara, iaitu cara air rebusan atau pati rebusan. Air rebusan digunakan untuk sakit yang tidak melarat serta tidak terlalu serius. Pati rebusan digunakan untuk penyakit yang serius seperti kencing manis dan kanser.

Air Rebusan

Masukkan kesemua campuran ramuan periuk kedalam periuk (periuk tanah adalah yang terbaik)

Masukkan air yang sama sukatan dengan kadar 1:1

Panaskan dengan api yang perlahan sehingga mendidih melebihi 1 jam

Keluarkan herba dan simpan di dalam peti ais atau dijemur kering

Minum air rebusan tiga (3) kali sehari dengan sukatan satu (1) cawan lompang (20ml)

Panaskan air rebusan setiap kali hendak minum

Minum air rebusan hingga habis,  dan ulangi dengan rebusan kali kedua dan ketiga

Pati Rebusan

Menggunakan slow cooker.

Masukkan air yang telah dididih ke dalam slow-cooker bersama herba dengan kadar 1:1.

Panaskan dengan menggunakan set yang paling rendah selama empat (4) jam.

Minum satu (1) cawan lompang.

Herba untuk digunakan satu (1) kali sahaja.

 
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1