PANDUAN GURU

Balang Kacaku Pecah

  1. Kumpulan kecil pelajar dibentuk
  2. Setiap kumpulan diedarkan kertas soalan serta sehelai kertas kosong berukuran 30 cm x 21 cm
  3. Pelajar berbincang di dalam kumpulan dan mencari penyelesaian
  4. Bagi kumpulan lemah, guru boleh membimbing dan memberi panduan mencari isipadu
  5. Bagi kumpulan baik, jika mereka boleh menyelesaikan masalah, lanjutan masalah diberikan.
  6. Pelajar harus memberikan jawapan dalam bentuk graf dan jadual.
  7. Pelajar mesti menggunakan kalkulator grafik untuk mendapatkan hasil jawapan.
  8. Soalan lanjutan yang boleh diberikan ialah:

          a) guru menukarkan saiz kertas

          b) carikan luas tapak yang paling maksima.

 

PANDUAN JAWAPAN BAGI GURU:

Gambaran kertas yang akan dipotong:

 

 

 

   

 

 

 

x

 

 

 21 cm

 

 

 

 

  x                            30 - 2x

 

30 cm

  1. Nilai tinggi yang dapat menghasilkan isipadu maksima bagi kotak ialah 4.1 cm (kepada mm yang hampir).
  2. Rumus yang harus dapat dibina oleh pelajar berdasarkan keluaran kertas tebal yang dibekalkan yang berukuran  30 cm x 21 cm ialah y = x(30 - 2x)(21-2x). Jika pelajar menghadapi masalah, guru boleh menunjukkan contoh seperti melukiskan gambarajah di bawah sebagai contoh:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

    4 cm

 

 

 

 

                                                                         6 cm

 

  1. Tanyakan kepada pelajar, berapakah isipadunya. Bimbing pelajar untuk melihat panjang dan luas yang terhasil apabikla kotak seperti ini dibina.
  2. Nilai x yang boleh diterima sebagai panjang sisi ialah kawasan x1 - x2, di mana x2 ialah separuh daripada nilai x ( 10.5 cm) kerana nilai selainnya akan menghasilkan nilai isipadu negatif yang tidak wujud dalam dunia sebenar. Untuk menguji kefahaman pelajar, guru boleh meminta pelajar memberikan rasional mengapakah keadaan ini berlaku.
  1. Graf yang terbina adalah seperti berikut:

   

  1. Nilai x yang boleh diterima sebagai panjang sisi ialah kawasan x1 - x2, di mana x2 ialah separuh daripada nilai x (10.5 cm)
  2. Soalan lanjutan yang boleh diberikan kepada pelajar :

            Cari luas tapak yang boleh memberikan isipadu maksimum jika panjang sisi kertas telah berubah kepada 30 cm x 40 cm.

[ Jawapan yang akan didapati ialah nilai x = 5.64 dan luas tapak ialah 535.74 cm2 ]

    Guru boleh mendapatkan jawapan dengan merujuk kepada jadual yang dibina di dalam kalkulator grafik.

 

Sebagai alternatif,  MS Excel juga boleh digunakan untuk aktiviti ini. Sila ke Panduan Guru (Alternatif) : MS Excel untuk merujuk panduan guru yang menggunakan pendekatan ini.

Geometer's Sketch Pad juga boleh digunakan untuk aktiviti ini. Sila ke Panduan Guru (Alternatif) : GSP untuk merujuk panduan guru yang menggunakan pendekatan ini

 

KE LEMBARAN PELAJAR                        ALTERNATIF : MSExcel                   ALTERNATIF : GSP

Hosted by www.Geocities.ws

1