BALANG KACA KU PECAH

Kaedah Penyelesaian menggunakan Microsoft Excel

1.     Masukkan nilai-nilai x (ketinggian kotak) dan formula isipadu kotak dalam 'worksheet', kemudian janakan graf isipadu melawan ketinggian.

2.     Pada permulaanya, gunakan julat 0 hingga 19 untuk nilai x (dalam cm) bagi mendapatkan gambaran awal kedudukan nilai maksima pada graf.  Selain daripada merujuk kepada graf,  nilai x yang menghasilkan isipadu maksima juga boleh didapati daripada jadual.

          Gambarajah menunjukkan pengisian nilai x dan formula isipadu serta nilai isipadu yang dijanakan dalam 'worksheet '  dan graf yang terhasil berdasarkan nilai-nilai ini.

3.   Seterusnya,  kecilkan julat untuk nilai x kepada  2 hingga 5.8 untuk gambaran yang lebih tepat.

Gambarajah menunjukkan pengisian nilai x dan formula isipadu serta nilai isipadu yang dijanakan dalam 'worksheet '  dan graf yang terhasil berdasarkan nilai-nilai ini.

4.   Ulangi pengecilan julat beberapa kali sehingga mendapatkan nilai paling tepat yang diingini untuk nilai x.  

Gambarajah menunjukkan pengisian nilai x dalam julat terkecil yang dicadangkan dan formula isipadu serta nilai isipadu yang dijanakan dalam 'worksheet '  dan graf yang terhasil berdasarkan nilai-nilai ini.

Berdasarkan keputusan daripada langkah 4, didapati bahawa nilai x paling hampir untuk menghasilkan isipadu kotak yang maksima adalah 4.05 cm atau 4.1 cm kepada milimeter terhampir.

 

KE PANDUAN GURU

Hosted by www.Geocities.ws

1