TUGASAN BERNAS

 

BALANG KACAKU PECAH

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada masalah matematik yang melibatkan kehidupan seharian dan dunia sebenar.

Kumpulan Sasaran  Pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5
Cadangan masa  80 minit
Teknologi    a) Kalkulator grafik    

 b) OHP

Aras kemahiran teknologi  Sedarhana
Pengetahuan Sedia  Isipadu dan luas
Jenis tugasan  Penyelesaian masalah
Pendekatan pembelajaran  Pembelajaran bersama 

 

AKTIVITI PELAJAR

 Balang gula pasir di rumah anda pecah. Sementara menunggu digantikan dengan balang yang baru, anda perlu memasukkannya ke dalam sebuah bekas lain untuk mengelakkannya daripada bertaburan.

    Puas anda mencari bekas gantian, tetapi tiada. Di rumah anda hanya terdapat sekeping kertas tebal yang berukuran 30 cm x 21 cm. Anda ingin membuat sebuah kotak yang tidak tertutup untuk menyimpan gula tersebut.  Anda disarankan membina sebuah kotak dengan menggunting keluar segiempat sama - segiempat sama yang sama saiz dari setiap penjuru kertas tebal dan melipatkan bahagian kertas yang tinggal.

    Berapakah ketinggian kotak, atau panjang bahagian yang dipotong bagi membolehkan sebuah kotak dibina untuk menyimpan gula dengan isipadu yang paling maksima?

    Fikirkan, bincangkan dan bina!

 

  MENU UTAMA                                                                                            PANDUAN GURU

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1