KEJAYAAN ANAK-ANAK HANAN
1. Sehingga kini Darul Hanan telah menempatkan anak seramai 311 orang anak yang terdiri daripada 151 orang anak lelaki dan 160 orang anak perempuan. Seramai 158 (51%) orang anak telah mohon untuk keluar atau di keluarkan atas sebab tertentu : 78.5% Berkemampuan & 21.5% Disiplin. 2. Baki seramai 153 (49%) orang anak, iaitu 58% (89 orang anak) telah tamat sehingga tingkatan 5 yang mana 38 orang anak (65.5%) telah berjaya melanjutkan pelajarannya ke IPTA/IPTS dan bakinya 64 orang masih tinggal di DH. 3. Sejak diperkenalkan Elaun melanjutkan pelajaran& insentif ke Institusi Pengajian Tinggi sebanyak RM100 sebulan & Insentif RM 400 kepada mereka yang mencapai GPA : 3 ke atas se semester dengan syarat-syarat tertentu, Alhamdulillah hampir 90% daripada mereka telah memperolehinya dan memenuhi syarat-syaratnya. 4. Pada tahun 2010, seorang anak lelaki Darul Hanan telah melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab Johor (MARSAH). Beliau juga telah memperolehi kejayaan yang cemerlang untuk semester pertama dengan memperolehi GPA 3.51. 5. Bidang Sukan Penumpuan kami bukan sekadar di bidang Akademik sahaja bahkan keseluruhan, mengikut minat dan kecenderungan anak dan pihak kami menyediakan kemudahan dan peralatan yang diperlukan.

