PELETAKAN BATU ASAS & PENGAMBILAN ANAK


Pembinaan Darul Hanan (P) telah mula dibina pada 11 Disember 1992 bersamaan 17 Jamadil Akhir 1413 yang mana Majlis meletak Batu Asas DARUL HANAN telah di sempurnakan oleh DYMM Baginda Sultanah Zanariah Binti Almarhum Tunku Ahmad, dan ikuti Majlis Menyambut masuk anak-anak pada 10 hb. Januari 1994 bersamaan 28 Rejab 1414, dengan mengambil 30 orang kanak-kanak perempuan. Pembinaan Darul Hanan (L) pada 21 November 1995 dengan pengambilan anak lelaki seramai 31 orang anak dan disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Mohammad Ali Bin Hashim, Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan (MPPG) pada ketika itu.

DEWAN AJWA

Pembinaan Dewan AJWA pada 2005 di Darul Hanan Perempuan telah dapat direalisasikan hasil daripada Projek Khas yang telah diilhamkan oleh YBhg Puan Sri Datin Noorzilah Binti Mohammed Ali, Pengerusi Persatuan kebajikan Darul Hanan itu melalui Projek Jualan amal Kurma Ramadan. Projek tersebut telah diusahakan semenjak tahun 2001 hingga 2005. Nama 'Ajwa' itu sendiri diambil daripada nama kurma yang dijual dalam projek tersebut. Hasil keseluruhan jualan kurma, sejumlah RM261,556 telah dapat dikumpulkan bagi menampung kos pembinaan Dewan Ajwa yang bernilai RM225,184. Kini projek Jualan Amal Kurma Ramadan masih diteruskan bagi pengisian Dana Darul Hanan.