..DENGAN NAMA ALLAH..

Di sinilah kita..
Merancang dan bertindak..
Memerah fikiran..
Dan melerai masalah..

Namun kita tetap manusia..
Tenaga kita tak ke mana..
Fikiran kita ada batasannya..
Tindakan kita ada sempadannya..

Di sinilah kita..
Berfikir dan bekerja..
Namun kita tetap lemah..
Hanya bersandar pada Tuhan

Kita pastinya akan gagah..
Selagi kita terasa lemah..
Selama kita tunduk dan menyerah..
Pada kudrat dan kehendak-Nya..

{di+sinilah+kita+inteam}





:: :: BADAN PENGAWAS SEKOLAH :: ::


First of all, I want you to know that somehow, this part is the hardest for me to write about. Mungkin kerana terlalu banyak suka duka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengawas. Mungkin juga kerana ana takut tersilap fakta, dan juga takut kalau ada yang tak berpuas hati dengan tutur kata ana. Sukar sebenarnya nak menterjemahkan kehidupan sebagai pengawas dalam bentuk kata-kata. Ianya lebih kepada sesuatu yang bersemadi dalam hati dan jiwa sendiri. Walau macam manapun, ana tekankan, segala yang ana nukilkan di sini adalah pandangan peribadi ana semata-mata, dan janganlah menilai setiap pengawas itu berdasarkan ana. Segala yang baik itu dari Allah jua, dan segala yang buruk hadir dek kelemahan insan kerdil ini..

Emm, here it goes..

When I first set foot in this beloved school, I stood in awe seeing the prefects. Honestly, those people in brown uniform.. they did seem to me sooo mature, and of course, important. But that was hardly arguable, everyone admits that that was the peek time of our school. At that time the head boy, or rather Ketua Pelajar (KP), *he didn't look like a boy at all to me* was saudara Mohd Idzham bin Mohd Khazar, and the Ketua Pelajar Puteri is saudari Rosmalizawati bt Abdul Rashid. So, you see, I'd seen the best pair of leaders that had ever been in SHAMS, I think. May be there are better prefects before them, but certainly not after their time. I've heard much about the school before entering it (my elder brother and sisters were there before me but one), but still the Islamic environment of SHAMS fascinated me.

Back to Bahasa, can't stand talking in English so long, it makes my mind twirl *whatever that means* Macam mana pun, Badan Pengawas Sekolah (BPS) memang merupakan badan yang gah namanya di sekolah. Kiranya macam the head of every other pertubuhan, dan merupakan sayap kanan bagi membantu pihak pentadbiran sekolah. Tiga tahun pertama di bumi SHAMS, ana hanya menjadi pemerhati kesibukan para pengawas, termasuk sahabat-sahabat ana sendiri, setiap hari Ahad, diorang ada usrah, selalu ada announcement pasal meeting itu ini, memang tak habis-habis. Bila time perhimpunan, kami beratur mengikut kelas masing-masing, para pengawas membentuk satu saff di belakang. Oleh sebab waktu tu ana memang rendah, dan selalu duduk kat depan, ana tak perasan sebenarnya, di belakang pelajar puteri, pengawas muslimat turut beratur macam muslimin diorang gak, ^_- Ana nampak yang kat depan je. Kadang-kadang nampak abang-abang pengawas menegur kalau ada yang bising sikit time tu. Dan diorang melakukan tugas tu without much fuss. Maksud ana, tak apparent sangat yang diorang tengah tegur kesalahan, maklumlah majlis rasmi. A few times, I'd seen pengawas sambut orang yang pengsan, once my very own brother. Emm, mungkin sebab tak ada dewan lagi, dan suasana tapak perhimpunan tu memang panas. Adakalanya, the assembly took so much time.

It was only when I became a part of BPS that I realised that those few responsibilities is not all they have to do. Dan bergelar seorang pengawas bukan hanya sekadar menjadi warga SHAMS yang berbeza dari segi pakaian. Wearing something different from other people didn't count at all. Yang pasti, dulu ana memandang tinggi pengawas, bukan kerana the brown uniform, tetapi kerana cara kakak-kakak dan abang-abang membawa diri mereka. Pertuturan dan nasihat yang terbit dari bibir mereka, juga cara pergaulan antara muslimin dan muslimat yang terjaga. Pendek kata, contoh sahsiah dan peribadi yang ditampilkan, memikat hati dan sanubari adik-adik yang menyaksikan. Pasal itulah ramai yang nak jadi pengawas, dan ramai juga yang jatuh hati kat pengawas :) Satu lagi, they earnestly wanted us to be good, to help them in making the school the best place to gain knowledge and something more than just keduniaan, lebih kepada pentarbiahan agar seimbang hidup di dunia akhirat. I know, because that's how I felt when I told things to the little innocent faces of Form 1 students once I became a prefect.

Mungkin ramai yang menganggap, menjadi seorang pengawas itu saluran untuk mengejar populariti, tetapi kebenarannya amat jauh. Betul, ramai orang yang akan kenal, but there's more to it than being popular. Bebanan tugas seorang pengawas meliputi seluruh kehidupannya di SHAMS, membentuk peribadi sendiri, mesti menjadi contoh terpuji. Kalau difikirkan, memang ramai orang yang dapat melakukan sesuatu tugasan itu dengan baik. Tetapi pengawas mesti lakukan yang terbaik. Kalau sekadar tahap yang sederhana, pasti ramai yang melihat sedia memberikan kritikan dan pandangan. Dan untuk membolehkan seseorang itu menjadi pemimpin, 'thiqah' adalah ciri utama, sukar sekali nak dicari. Dan inilah yang mesti di terapkan dalam diri seorang yang bergelar pengawas.

Hidup ini memang tidak dapat lari dari cabarannya.. and being a prefect, cabaran menjadi tradisi untuk dihadapi. Dugaan datang dan pergi, kekadang terasa sukar untuk dihadapi, dan ingin saja dilepaskan beban diri. Terutama tatkala ujian datang dalam bentuk pertelingkahan dalam persahabatan, tak sanggup rasanya dilalui. Tetapi kerana ana tahu, segala yang terjadi, datangnya dari Ilahi, dan teman seperjuangan juga tidak lepas menasihati, lantas digagahkan diri, dikuatkan hati. Kini setelah segalanya berlalu pergi, hanya tinggal suatu memori.

[ selingan : Barisan Kepimpinan SHAMS 2002 ]

Pengalaman: Mengendalikan aktiviti sebenarnya sangat menarik. Paling ana ingat, Majlis Hari Guru 2001. Kami diberitahu betul-betul last minute pasal tarikh baru, rasanya waktu tu sangat singkat masa yang diberikan untuk preparation. Dan paling mencabar, kami tengah ambik paper mid-year. Selang waktu antara exam, diadakan mesyuarat di bilik pengawas yang merah menyala dan ceria macam nurseri (hasil kreativiti Kak 'Ain). Malam sebelum majlis, baru nak keluar beli barang dengan Ustazah Rokiah Hassan, itupun nasib baik ustazah tu warden, duk kat quarters. Siang sebelum tu pun, dah beli sikit-sikit barang tu, seingat ana, sdr Afiq dan Farid yang pergi, naik scooter, ^_^.. Best lagi, pasal ramai yang tolong buat kerja, termasuk pengawas asrama yang baik-baik belaka. Tak tidur malam diorang tolong buat banner, bunga manggar, balut hadiah untuk cikgu-cikgu, dan macam-macam lagilah. Yang pasti, yang tak tidurnya diorang, ana terlelap gak kat bilik warden tu. Bangun pagi, tengok-tengok dah siap semua.. Baiknya korang, tak tahu macam mana nak cakap...

Apapun, kami sedar yang kami hanyalah manusia biasa, memang tak lepas dari melakukan kesalahan, dan sekali-kali kami tak pernah merasakan diri kami perfect. Lantas kami cuba perbaiki kelemahan diri sendiri.. Seandainya sepanjang menjalankan tanggungjawab ini ana telah mencalarkan hati sesiapa, sejuta kemaafan ana pohonkan.. Sampai di sini coretan sebuah pengalaman, moga dapat diambil sedikit pengiktibaran, buat teman-teman dan adik-adik pewaris yang meneruskan perjuangan di bumi wakafan..










CEBISAN KENANGAN
[ VERSION 2.0 - MESMERIZED ]
best viewed in IE 6.0 - 800 x 600 screen resolution

BUMI WAKAFAN

Shams
Sejarah Penubuhan
Asrama
Badan-Badan Pengawas
Lagu Sekolah


MEMORIES

Kuiz Kepenggunaan
Sebuah Coretan
Kenangan Waktu SPM
Tell Me

NUKILAN

Tazkiyatun Nafsi
Laman Puisi
English Poetry


ABOUT

The Webmistress
My Cerita
Credits


BUKU TAMU

Tulis Buku Tamu
Lihat Buku Tamu




1
Hosted by www.Geocities.ws