Dengan Nama Allah, Maha Pemurah, Maha Mengasihani

...
andainya alam ini mampu berkata-kata..
pastilah pujian buat dirimu..
di waktu itu akulah yang bertuah..
punya sahabat sepertimu..

sahabat.. kau bimbinglah menuju cahaya Ilahi
sahabat.. aku lemah mengharungi ranjaunya dunia
sahabat.. aku ingin sepertimu
dalam ketenangan..
menghadapi hidup ini..

[ durrani+sahabat ]




:: :: BADAN PENGAWAS ASRAMA :: ::



...Bismillahir Rahmanir Rahim...

Badan Pengawas Asrama, tanggungjawabnya jauh lebih besar dari segala jenis pengawas kat SHAMS ni. Betul, ana tak tipu.. Kalau pengawas sekolah, waktu tugasan dia dari 7.30 pagi sampai 3.00 petang (yang rasminya), pengawas perpustakaan tugasnya di library dan pusat sumber sahaja (waktu yang sama), pengawas asrama on shift almost 24 hours on weekends, dan pada hari biasa tolak waktu sekolah je. So, parents yang anaknya duk kat asrama tu, memang tak perlu risau pasal anak-anak diorang, kat asrama ada penjaga yang dedikasi, dan warden yang amat bertanggungjawab.

Bidang tugasan? Emm, oleh sebab ana hanya seorang pemerhati, ini adalah pandangan luaran semata-mata : Pengawas asrama ditugaskan menjaga segala kebajikan penghuni asrama SHAMS, termasuk kemudahan prasarana, kelengkapan dorm, bilik studi, bilik sakit, dewan makan, surau, menguruskan segala aktiviti seperti lawatan, gotong-royong, sukaneka *best* etc, dan tanggungjawab yang paling besar adalah untuk memastikan segala peraturan asrama yang terkenal amat strict itu, dipatuhi oleh semua penghuni. Tetapi paling penting, diorang memainkan peranan yang amat besar dalam pentarbiyyahan dan didikan kepada adik-adik di asrama. Bayangkan macam mana nak buat semua tu, dan dalam masa yang sama, nak studi, buat homework, and uruskan diri sendiri.

Kesimpulannya, pengawas asrama ni semuanya memang amat ana respect, kerana ketahanan dan ketabahan diorang dalam menempuh onak duri hidup di asrama. Pengawas asrama nilah orang yang paling awal bangun tidur (pasal nak tekan loceng bising tu), paling lambat pergi sekolah (huh, kena pastikan asrama clean and clear dulu), dan paling lewat tidur malamnya. Sebab tugas dioranglah yang kuncikan gate supaya tidur kitaorang, takde yang datang mengganggu. Dan kalau ada yang sakit, diorang nilah yang sanggup pergi panggilkan warden, dan temankan ke hospital, walaupun sebusy mana pun diorang waktu tu.

Waktu ana form 5, Kapten kami ialah saudari Emiliana Rose Jusoh, amat glamour kat sekolah tu, dan memang sangat berkaliber, memang tak de yang tak kenal dia ni.. Barisan exco juga sangat ana kagumi, dan rasanya, time ni asrama banyak mengalami perubahan positif dan progresif di bawah ketua warden kami, Cikgu Adnan Sulong. Kapten Aspura waktu tu ialah saudara Muhammad Khairul Anuar Hanafiah (maaf kalau silap ejaan) dan barisan exconya terdiri daripada barisan yang bagus-bagus juga, dan diorang campur jugak dengan pengawas sekolah. Maksud ana, di Aspuri, pengawas asrama tidak terdiri daripada mereka yang telah memegang jawatan pengawas sekolah, kami hanya menjadi penasihat rasmi sahaja (bagi form 5), sedangkan di Aspura, pengawas sekolah dibenarkan turut menjawat jawatan tersebut. So, pengawas Aspura mesti lagi tough, sebab kerja diorang banyak sangat.

Cabaran dalam tugasan sebagai pengawas asrama memang lebih hebat, hanya mereka yang rasa sahaja yang tahu.. kerana lagi ramai orang tak senang dengan mereka yang menegakkan peraturan, tetapi juga sangat ramai yang sayang, contohnya analah, sayang sangat korang! ^_^ Dah nak start melalut.. Lagu kat atas tu, ana tujukan buat sahabat-sahabat ana yang bergelar pengawas asrama, dan akhowat ana, kerana sememangnya mereka banyak membimbing ana sewaktu ana menghuni di asrama, jauh dari keluarga (walaupun sebenarnya dekat je), dan terpaksa berdikari sendiri. Tanpa diorang, pasti sukar untuk membentuk disiplin diri, dan tanpa dorongan kalian, ana mungkin bukan seperti ana hari ini..

Shi shi ni..








[ BALIK UMAH ]




CEBISAN KENANGAN
[ VERSION 2.0 - MESMERIZED ]
best viewed in IE 6.0 - 800 x 600 screen resolution

BUMI WAKAFAN

Shams
Sejarah Penubuhan
Asrama
Badan-Badan Pengawas
Lagu Sekolah


MEMORIES

Kuiz Kepenggunaan
Sebuah Coretan
Kenangan Waktu SPM
Tell Me

NUKILAN

Tazkiyatun Nafsi
Laman Puisi
English Poetry


ABOUT

The Webmistress
My Cerita
Credits


BUKU TAMU

Tulis Buku Tamu
Lihat Buku Tamu


1
Hosted by www.Geocities.ws