SEJENAK MENGIMBAS KEHIDUPAN DI ASPURI

:: with the passing of time, we created yet another memory ::

READ THIS IN FAST FORWARD MOTION *then you'll get it!* :

Jam menunjukkan jam 5.45 pagi.. kringgggg.. kringggggg. Adoii, kuat sekali bunyi loceng (bukan jam loceng, loceng asrama tu!), sakit telinga hamba ini, nasib baik tak duduk kat AP 19. Kalau kat situ, sure pecah gegendang telinga.. hihi.. opss.. dah lambat.. cepat, kena pergi masjid ( walaupun sebenarnya surau je, kitaorang panggil masjid gak ) uwwaaaa, nak mandi lu.. tak sempat! bathroom penuh, semua tempat ada yang occupied.. nantila, lepas solat. Lalu kaki ana pun bergerak laju ke washroom, membersihkan diri seadanya, nak solat, semua kena fresh, menghadap Tuhan, memulakan hari baru dengan penuh kesyukuran...

Kat surau.. suasana hening pagi penuh ketenangan, tiada suara berbual atau berceloteh panjang.. cuma sesekali terdengar bisikan penghuni asrama.. maklumlah semua masih mengantuk (mimpi semalam masih berlegar di fikiran, haha) Selesai subuh berjemaah, bagi yang rajin, Al-Quran dicapai, dibaca dan dihayati, buat menambah keimanan di hati.. tapi ana kena cepat, nak bersiap ke sekolah! Bergegas pulang ke bilik selepas melipat telekung... katil belum tegangkan, dorm belum sapu (terkena hari bertugas pulak), nak mandi lagi.. BUSY BUSY.. Saper tegur pun buat tak tahu.. uu uu ..jangan marah ye..

Siap! huh lega.. turun cepat, loceng berbunyi lagi tu! Sakit telinga!! (mentang-mentanglah satu-satunya tempat kat sekolah yang ada loceng) 'Announcement : Hari ini petugas baldi ialah AP 16 dan AP bla bla' waaa.. takkanlah kena susun baldi lagik.. malangnye nasibku ini.. selesai semua.. turun bilik study, kemas buku (and kena leter ngan Muhai sikit 'didi, fail didi tu wak naiklah' ^_-') kat pintu pagar, kena tahan, uwaaa!!! *cry cry cry!!* kena ambik nama ke? A'alah kak diana, dah lebih 7.10 ni.. Tapi kak diana bertugas tadi, dorm lagi, baldi lagi.. Oh ye ke, kalau cam tu takpe ah.. fuhh.. selamat! Keluar, beratur ikut form, dah tunggu kat situ, Dayah.. hehe, dia memang selalu awal..

'Saper tak sempat subuh berjemaah, keluar kat depan..' (haa, nasib baik awal pagi tadi..) sorang prefect asrama, adik form 4 yang bertugas dah siap nak denda orang.. oppss cikgu Aminah adalah, mesti teruk korang kena hari ni, kak diana tak tau.. cikgu masuk dalam.. check bilik studi ke? 'Penghuni bilik studi form 5 dan form 3, sila masuk balik..' ahaks, kan kena lagi! Waahhh, tu baru sepagi di Aspuri.. bukan sehari lagi ^_^ Sungguh mencabar.. Tetapi sebelum kaki melangkah ke kelas, alunan zikir munajat tak dilupakan.

aspurians Tapi sebenar-benarnya, takkan seteruk itu, kalau reti bangun awal! Seperti kak Ayu kita.. Memang kehidupan kat sini sungguh-sungguh strict, berperaturan, emm kalau cikgu Surina yang check, siap ada duit syiling, nak check tahap ketegangan katil.. nak pergi sekolah, tak leh ada baju bersangkut dalam bilik, melainkan dalam loker sahaja, towel semua, ampainlah tempatnya. Kena susun baldi? (pelik kan) Tulah, semua baldi mesti disusun di bilik yang disediakan.. bukan baldi saja, ada juga tugasan lain di bilik gosok, bilik sakit dan tak lupa surau kesayangan tu, kami penghuni asrama inilah penjaganya.. so korang yang duk kat luar tu, please be considerate when using the facilities i.e: toilet, tempat ambik wudhu' wa tempat taruk telekung ^_-

Itu hanya sebahagian coretan kenangan bagi hari yang susah sikit je.. biasanya tak delah cam tu, lagipun banyak lagi perkara best yang berlaku kat situ.. antaranya, studi ramai-ramai, terutamanya kami yang form 5 tu, seronok belajar daripada yang lebih terer, adik-adik mestilah jauh lagi untung, ada kakak-kakak yang baik-baik, comel-comel, gila-gila, lemah-lembut (dan pelbagai perangai dan ragam lagi), semua ada.. boleh tolong ajarkan.. pilih aje yang mana yang disukai, :) Lagi apa ye.. waktu gotong royang hari jumaat, (waktu ana Asyanti ketuanya, tak pernah miss gt!) ada pasang lagu nasyid samada kat masjid atau kat bilik rehat kitaorang, tetap semua boleh dengar, sambil tangan bekerja, dan mulut bercakap tak henti-henti.. Kalau form 5 ngan form 3, nak dekat perikse tu, boleh excuse, hehe..

Semua aktiviti kat sini kita berjemaah, makan berjemaah, jalan berjemaah, studi berjemaah, kerja berjemaah.. dah cukup ikut sunnah.. setiap yang berlaku, sama-sama dirasai, susah ke, senang ke. Kalau buat silap, takpun lara' sikit, sahabat dan akhowat sedia menegur kesilapan diri. Gaduh? perkara normal.. tapi kecik-kecik jela, tak sampai sejam.. sat gi baik lebih dari sebelumnya.. Boring? Jom jalan umah warden.. kacau diorang. Habiskan stok makanan cikgu and tumpang tengok tv (kalau tak reti malulah) Tapi yang surenya, warden kami waktu tu, Bonda Qi, Cikgu Aminah and Cikgu Surina sedia menerima kedatangan kami dengan penuh senyuman.. betul tak cikgu? Mestilah.. korang siap tolong cikgu tanam bunga kat depan umah *ayat perasan : kami memang rajin!*

Ok ok.. ana stop kat sini, kan dah cakap ana suka membebel.. nanti tak habis pulak penceritaannya. Akak-akak lain ada nak tambah? E-mail kat ana ea! Miss u aspuri, and penghuninya, and surau, and warden, and segalanya kat shams..


[ BALIK UMAH ]







CEBISAN KENANGAN
[ VERSION 2.0 - MESMERIZED ]
best viewed in IE 6.0 - 800 x 600 screen resolution

BUMI WAKAFAN

Shams
Sejarah Penubuhan
Asrama
Badan-Badan Pengawas
Lagu Sekolah


MEMORIES

Kuiz Kepenggunaan
Sebuah Coretan
Kenangan Waktu SPM
Tell Me

NUKILAN

Tazkiyatun Nafsi
Laman Puisi
English Poetry


ABOUT

The Webmistress
My Cerita
Credits


BUKU TAMU

Tulis Buku Tamu
Lihat Buku Tamu


1
Hosted by www.Geocities.ws