homepage bannerhomepage bannerhomepage bannerhomepage bannerhomepage bannerhomepage banner
                                                             | BIODATA PENULIS |  MAKANAN TRADISIONAL  |  MAKANAN POPULAR  |   KUIH-MUIH |
homepage banner

   KERABU BERONOK
  
 BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beronok- yang telah dipotong dan dibersihkan

  • 1 ikat daun selong- dihiris nipis

  • 1/2 biji kelapa parut

  • 3 sudu kerisik

  • 2 ulas bawang besar

  • 10 biji cili padi- ikut kesukaan anda

  • 1/2 cawan Serbuk beras – (beras disangai sampai kuning dan dimesin halus)

  • beberapa helai pucuk gajus- di hiris nipis..

  • lada sulah/lada hitam

  • garam

  • gula

CARA-CARA:

  1. satukan semua bahan tadi dan sesuaikan dengan rasa anda…

PETUA DI DAPUR:

  • jangan basuh beronok yang telah dipotong sehingga saat nak buat kerabu, kerna beronok ni akan menjadi hitam sedikit jika dibasuh terlalu awal..

  • beronok tak boleh di masak diatas api kerna ianya akan menjadi air laut balik apabila di masak di atas api.

  • kebiasaannya beronok di buat kerabu sahaja.

  • kebiasaannya bahan yang paling pnting dalam kerabu beronok ialah beras yang telah goreng dan di tumbuk halus

 

ASAL USUL BERONOK:

- menurutkan sumber wikipedia:

Beronok ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan GAMAT dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di LANGKAWI, KEDAH. ada juga beronok di KUALA PERLIS tetapi kebanyakan nya beronok di sana colornya sedkit hitam..beronok ni kadang-kadang pembangunan yang terlalu padat bleh mnyebabkan bleh mnjadi hitam di sebabkn air laut yang  tidak bersih.

Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa atau seperti sotong dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair.