homepage bannerhomepage bannerhomepage bannerhomepage bannerhomepage bannerhomepage banner
                                           | Biodata Penulis |  Makanan Tradisional | Kuih-muih |  Makanan popular |
homepage banner
                       
              

RESEPI OTAK OTAK TENGGIRI

Bhn2:

  • 3 keping ikan tenggiri atau ikan merah ~ diambil isinya sahaja dan dicincang halus
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 3 batang cili merah ~ dibuang biji dan dikisar halus
  • 5 tangkai cili kering ~ direndam hingga lembut dan dikisar halus
  • 4 ulas bawang merah ~ dikisar
  • 2 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 3 biji buah keras ~ dikisar
  • 1 cm halia ~ dikisar
  • 1 batang serai ~ dikisar
  • 1 cm kunyit hidup ~ dikisar
  • 175 ml pati santan
  • garam secukup rasa
  • 1 kiub ikan ~ ifa tambah
  • 20 helai daun kelapa ~ ifa gantikan dengan daun pisang
  • Lidi secukupnya


Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa.
  2. Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya
  3. Tunggu sehingga kuah sejuk
  4. Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi
  5. Sudukan ramuan ke atas daun kelapa atau daun pisang
  6. Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya
  7. Gril sehingga masak
  8. Hidangkan bersama hirisan limau nipis dan sambal belacan dan makan bersama nasi panas.
                 
                              
homepage banner

   AKOK
 Bahan-Bahan:( sukatan cawan)

  • 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)

  • 1 cawan santan pekat

  • 1 cawan gula kabung (Racik halus masukkan dalam cawan)

  • 1 cawan air

  • 1/2 cawan gandum

  • 3 helai daun pandan (carik-carik)

  • Secubit garam

Cara-Cara:

  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan acuan dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.

  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.

  3. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan

  4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.

  5. Bakar hingga masak.Lina pg bakar selama 15min suhu diturunkan ke 180'C.Guna api atas dan bawah