laman utama
lawak hostel
hantu hostel
permainan
prebiu filem
dengarlagu
tips komputer
profail
guestbook

 

MEMBASUH BAJU DI TENGAH MALAM

Adala sorang member ni, rajin sangat basuh baju malam-malam. Bukannya apa, kalau nak basuh baju siang-siang, ramai orang. Jenuh nak beratur nak basuh walaupun seciput sepentot. Jadi sebagai usaha untuk mengelakkan daripada kena beratur, maka dia mengambil langkah bijak basuh baju malam-malam.

Kami ada bilik khas nak basuh baju. Bilik tu adalah pancuq nak mandi. Pastu ada skolah buat macam meja drp simen. Kira tulah tempat nak basuh baju. Maka, dengan baldi di kiri dan kanan, mamat ni masuk dengan hati riang dan gembira. Dia tak payah nak berebut dengan siapa, sebab dia sorang saja yang ada dalam bilik ayaq tu time tu. Gila, mana ada orang sanggup basuh baju pukui 3-4 pagi. Lainlah kalau terdesak sangat, macam esok nak sekolah takdak baju nak pakai.

Dia pun memulakan cucian. Cucian demi cucian, warna baju mamat tu tetap tidak luntur. Kira banyak jugakla baju yang dia nak basuh malam tu. Tinggai berapa helai baju lagi, dia dengaq macam ada benda dok cakaq-cakaq bumbung bilik ayaq tu. Sebab bumbung tu buat daripada zink, maka bunyinya pun amat-amatlah mebingitkan telinga. Mula-mula dia ingat kucing. Dia pun sergah menatang tu. Tapi bunyi tu tak berenti jugak, malah makin kuat. Nasib baikla dia ni budak alim, jadi dia tak berapa takut sangat.

Aiseh, benda ni, macam la takdak orang lain dia nak kacau. Maka, mamat ni dgn penuh semangat pun melaungkan azan. Ha, menatang tu pun stop aktiviti dia yang mengacau orang tu. Dah terbakaq la agaknya. Member ni plak, dengan slamber badak terus sambung basuh baju. Kalau orang lain, terus tinggai timba, baja hapa dekat situ.

Habis-habis basuh baju, dia mai dok lepak-lepak. Tambah time tu kami dok cerita pasai hantu kat sekolah ni, apalagi, dia bukak la cerita dia. Apa la mamat ni, orang tengah dok meremang ni, dia tambah lagi kemeremangan kami. Malam tu adalah dua tiga orang tak berani pi tandas sorang-sorang, takut kena sakat la tu.

 

Hosted by www.Geocities.ws