Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman web ini. Terima
kasih kerana sudi meluangkan masa di laman web yang ntah apa-apa
nih. Laman web ini dibuat dengan tujuan untuk hiburan sahaja,
bukan untuk tujuan perniagaan. Mungkin anda berasa agak lama
untuk mendownload sepenuhnya laman web ini. Sebelum ini saya
ada membuat laman web yang menggunakan saiz grafik yang kecil
tetapi grafik yang dihasilkan tidak memuaskan. Lagipun ini bukan
laman web skema untuk menggunakan saiz grafik yg kecil. Laman
web ini dibina sepenuhnya untuk Internet Explorer. Kalau anda
pakai Netscape, saya tak jamin ianya akan sama seperti dalam
IE. Anda bebas mendownload mana-mana imej yang anda berkenan
daripada laman web ini dengan syarat ianya tidak digunakan untuk
tujuan mendapatkan wang dan sebagainya. Saya tidak akan bertanggungjawab
di atas sebarang kerosakan yang berlaku ke atas sistem anda
sekiranya anda telah mendownload mana-mana imej, program, midi
dan sebagainya kerana semua fail yang telah saya uploadkan ke
server Geocities ini bebas dari sebarang kuman virus. Saya mengharapkan
respon yang baik daripada anda semua. Sekiranya anda ada sebarang
cadangan, komen atau maklumat mengenai sambungan ke tapak-tapak
web yang best, sila hantarkan ke e-mail saya di [email protected].
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda
semua sekali lagi dan have a nice time here!