Sekapur Sireh


(HJ MOHAMAD BIN YAAKOB)

Semenjak ditubuhkan dan mula beroperasi pada akhir 1995, YAATIM memberi fokus kepada 3 aktiviti iaitu mengurus Rumah Puteri Harapan, Rumah Putera Harapan dan mewujudkan program Yatim Luar dengan berpandukan kepada objektif penubuhannya iaitu :

• Memberi perlindungan dan pembelaan kepada anak-anak yang tiada tempat pergantungan hidup.

• Membimbing mereka ke arah pencapaian kecemerlangan akademik dan akhlak yang baik

• Membimbing ke arah melengkapkan diri dengan kemahiran untuk hidup secara berdikari.

Berpandukan kepada objektif tersebut, YAATIM yang memulakan dengan 14 orang pelajar di Rumah Puteri Harapan telah berkembang hingga kini mempunyai 172 orang pelajar di kedua-dua buah asrama dan 92 orang pelajar di bawah program Yatim Luar menjadikannya seramai 264 orang pelajar di bawah tanggungan YAATIM dengan kos sebanyak RM 1.52 juta setahun. Jumlah tanggungan juga telah meningkat selaras dengan perkembangan semasa. YAATIM boleh berbangga kerana telah menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang dan berjaya dalam hidup mereka.
 
Dengan sokongan dan bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, jabatan dan agensi kerajaan yang lain, GLC, syarikat dan orang perseorangan, YAATIM mampu menunaikan tanggungjawabnya seperti yang dihasratkan. Ianya selaras dengan tuntutan semasa bagi melahirkan insan yang cemerlang bagi mewarisi generasi akan datang.