Asrama Puteri


Semenjak Keluasan 1.1 ekar . Tapak bangunannya telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah dari Kota Bharu. Siap dibina pada bulan September 1995 dengan kos sebanyak RM 1.6 juta – sumbangan orang ramai. Mula beroperasi pada 17hb November 1995. Pengambilan pertama seramai 14 orang di bawah jagaan Pengetua, Haji Wan Abdullah b Wan Abdul Kadir.

Asrama Putera


Rumah ini di bina di atas sebidang tanah seluas 1555 persegi bertempat di Taman Uda Murni Pengkalan Chepa (kira—kira 60 meter dari Rumah Puteri Harapan). Tapak bangunan dan kos pembinaan telah didermakan oleh seorang hamba Allah dari Kota Bharu. Bangunan setinggi 4 tingkat ini mula dibina April 2004 dan siap pada bulan Desember 2005 dengan kos sebanyak RM 2.1 juta. Rumah ini mula beroperasi pada Januari 2006. Pelajar – pelajar dari Rumah Putera Harapan Ummi Halimah Tumpat dipindahkan ke sini. Walaupun kapasiti Rumah Putera Harapan boleh memuatkan seramai 200 orang tetapi memandangkan kedudukan ekomoni yang mengizinkan, maka pihak Yayasan Kebajikan Anak Yatim tidak dapat menerima lebih ramai pelajar yang ingin menginap di Rumah Putera Harapan. Segala perbelanjaan Rumah Puteri Harapan dan Rumah Putera Harapan bergantung semata – mata daripada sumbangan orang ramai. Dengan sokongan dan bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, jabatan dan agensi kerajaan yang lain, GLC, syarikat dan orang perseorangan, YAATIM mampu menunaikan tanggungjawabnya seperti yang dihasratkan. Ianya selaras dengan tuntutan semasa bagi melahirkan insan yang cemerlang bagi mewarisi generasi akan datang..