bar1.gif (100 bytes)

SEJARAH SEKOLAH

PENGETUA

LOKASI

LOGO

LAGU

BANDAR MAHARANI

bar2.gif (100 bytes)

kenal1.jpg (7705 bytes)

sejawal.jpg (4211 bytes)

Sekolah Menengah Bandar Maharani mula dibuka pada 1hb. Disember 1993. Sekolah ini pada mulanya menampung seramai 312 orang pelajar yang terdiri daripada 8 kelas iaitu Dua Kelas Peralihan. Lima Kelas Tingkatan Satu dan Sebuah Kelas Tingkatan Empat Sains. Pelajar-Pelajar Tingkatan Peralihan yang ditempatkan di sekolah ini datangnya dari SJK(C) Soon Cheng, Jalan Salleh dan SJK (C) Sing Hwa, Jalan Bakariah, Muar. Pelajar-pelajar Tingkatan Satu berasal dari Sk. Pt. Stongkat, Jalan Salleh, Muar dan SK. Bakri Batu Dua, Muar. Di samping itu ada juga sebilangan kecil pelajar-pelajar yang datang dari SRK Ismail dan SRK Convent. Pelajar Tingkatan 4 adalah dari SMK Bukit Pasir yang mengambil jurusan sains tulen dari sains teknik.

Guru-guru yang mula ditempatkan di smkbm adalah seramai 23 orang termasuk Pengetua. Pengetua yang mula-mula adalah En. Mahamud Bin Bulat, yang ditukarkan dari Sekolah Menengah Sains, Muar. Tiga orang Penolong Kanan sekolah ini adalah Tn. Haji Dzulkarnain B. Ithnain (Pem Pengetua-Pentadbiran), En. Hassan Adli Jaid (Pem. Pengetua HEM) dan En. Osman Bin Ahmad (Pem. Pengetua Ko-Kurikulum).

Pegawai-pegawai sokongan yang dibekalkan ke sekolah ini adalah terdiri daripada En. Razak Bin Abd. Wahad (Pembantu Tadbir), En. Lam Bin Hamzah dan En. Mohd, Kamshah Bin Yahya (PAR Pejabat), En. Ahmad Bin Said (PAR-Makmal) dan En. Mahat Bin Hashim (Pengawal).

geo.jpg (4407 bytes)

Sekolah ini yang berjarak kira-kira 2 km dari pusat bandar adalah kawasan kampung Sabak Aur, Jalan Ismail Muar. Sekolah ini mempunyai kawasan yang seluas 2.5 hektar. yang dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan tepu bina dan kawasan padang. Secara fizikal, kawasan tepu bina terdiri daripada empat blok kelas tiga tingkat, satu blok bengkel pertanian dan satu blok bengkel Lukisan Kejuruteraan, satu blok kantin dan dua deretan tempat letak basikal pelajar. Kawasan padang kini dibina bangunanasrama dan sebuah surau serta gelanggang-gelanggang permainan. Sebahagian lagi kawasan padang sedang dalam proses pembinaan 2 blok kelas 3 tingkat. Secara keseluruhan, bangunan-bangunan sekolah ini mempunyai ciri-ciri baru dan mengikut standard bangunan sekolah Projek Bank Dunia ke-5. Ciri-Ciri baru ini termasuklah Bilik Guru yang luas dan selesa, bilik-bilik khas seperti Bilik Geografi, Bilik Sejarah, Bilik Komputer, Makmal ICT,  Makmal Bestari Kendiri, Bilik Pendidikan Seni, Bilik Kaunseling, Bilik Rawatan Pergigian dan Bilik Ibadat. Namun sehingga kini terdapat terdapat beberapa buah bilik yang telah diubahsuaikan untuk dijadikan Bilik Komputer Dalam Pendidikan dan Bilik Wawasan. Pemasangan kipas-kipas pengudaraan (ventilating fan) di bilik-bilik khas dan bilik-bilik air juga menampakkan satu kelainan fizikal yang dapat memberikan keselesaan bagi seluruh warga SMKBM.

smkbmkini.jpg (3597 bytes)

Pada tahun 2006 bilangan pelajar telah menurun kepada 821 orang pelajar jika hendak dibandingkan dengan tahun sebelumnya iaitu seramai 833 orang pelajar dengan 58 orang guru termasuk pengetua serta 14 orang kakitang sokongan. Hanya kelas sesi pagi sahaja dengan menampung sebanyak 28 buah kelas. Blok asrama di belakang sekolah telah beroperasi. Sehubungan dengan itu, makmal komputer baru iaitu Makmal ICT yang mempunyai 40 buah komputer di tingkat 3, bangunan baru telah boleh digunakan sepenuhnyapada tahun ini setelah ia dibuka pada tahun 2005.. Selain itu. kawasan sekolah kini telah dipenuhi dengan pokok-pokok yang rendang, balai bacaan, dan disegarkan dengan kolam serta air terjun mini yang menempatkan ikan-ikan kecil serta dikeliling dengan pohon-pohon bunga yang menimbun di persekitaran kawasan sekolah. Ini bukan sahaja menghijaukan alam malah memberikan motivasi. Menyegarkan minda bagi seluruh warga sekolah ini.

Dari segi akademik, SMKBM telah menawarkan dua mata pelajaran teknikal iaitu Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan bagi pelajar menengah atas. Selain itu, sejak tahun 2004 kelas Teknologi Maklumat SPM telah mula ditawarkan. Jumlah pelajar yang mengambil subjek ini bagi Tingkatan 5 tahun ini seramai 14 orang dan Tingkatan 4 seramai 25 orang. Sehubungan itu, bengkel dan bilik-bilik bagi pengajaran teknikal dan Kemahiran Hidup telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang banyak memberikan kebaikan SMKBM.

icon.jpg (1537 bytes)Link Ke Kelas Aliran Agama (KAA)


Semoga SMKBM berketrampilan dalam semua bidang.......


|| Pengenalan || Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen || Akademik ||
|| Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan ||

 

Copyright © 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia.

EMAIL : [email protected]

 

Hosted by www.Geocities.ws

1