bar1.gif (100 bytes)

SEJARAH SEKOLAH PENGETUA LOKASI LOGO LAGU BANDAR MAHARANI bar2.gif (100 bytes)

Kelas Aliran Agama (KAA)

Sesi persekolahan 2000 mencatat sejarah perkembangan pembangunan SMKBM. Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), cita-cita menubuhkan KAA telah dapat direalisasikan.

Pendaftaran pelajar KAA telah dilakukan pada 26 Januari 2000 jam 9.00 pagi di Dewan Makan Asrama SMKBM. Seramai 58 orang pelajar seluruh Daerah Muar telah mendaftar. Mereka merupakan pelajar yang mempunyai kelulusan peringkat UPSR sekurang-kurangnya 3A 2B, serta lulus cemerlang ujian PAFA yang dijalankan di sekolah terdahulu (sekolah rendah masing-masing).

25 Februari 2000 - pengambilan peringkat kedua dijalankan bagi mencukupkan peruntukan 70 orang pelajar bagi KAA. Pengambilan kedua juga adalah bagi menggantikan para pelajar yang menerima tawaran ke sekolah berasrama penuh seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad. Pertimbangan khas PPD dan pihak sekolah ke atas rayuan-rayuan daripada pelajar SMKBM sendiri yang berkelayakan untuk mengikuti KAA turut diberi peluang.

Asrama Putera Puteri

1998 - Bangunan asrama mulai dibina di tapak padang SMKBM

24 Januari 2000 - Proses Pra Penyerahan Bangunan Asrama dilakukan oleh pihak-pihak terlibat (Wakil Bahagian Bekalan dan Pembangunan JPNJ, PPD, JKR, Pengusaha Kantin Asrama, Kontraktor dan pihak sekolah).

26 Januari 2000 - Pendaftaran masuk 70 orang pelajar KAA mulai jam 9.00 pagi dan 83 orang pelajar SMKBM sendiri pada jam 3.00 petang. Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat dijalankan di Surau Asrama SMKBM dengan disertai oleh pelajar asrama, ibu bapa serta warga guru dan kaki tangan SMKBM.

Tawaran menginap di asrama akan memberi keutamaan pelajar Aliran Agama, pelajar cemerlang setiap tingkatan dan pelajar aktif dalam pelbagai kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum sekolah.

icon.jpg (1537 bytes)Link Ke Menu Asal


Semoga SMKBM berketrampilan dalam semua bidang.......


|| Pengenalan || Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen || Akademik ||
|| Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan ||
Copyright � 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia.
EMAIL : [email protected]
Hosted by www.Geocities.ws