bar1.gif (100 bytes)

SEJARAH SEKOLAH PENGETUA LOKASI LOGO LAGU BANDAR MAHARANI bar2.gif (100 bytes)

bandar.jpg (7636 bytes)

Bandar Maharani Muar telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1887 oleh baginda Maharaja Abu Bakar. Bandar ini diberi nama Bandar Maharani bermaksud BANDAR ISTERI MAHARAJA. Istiadat perasmian pembukaannya dilakukan oleh Maharaja Abu Bakar dengan upacara menanam "Azimat" di suatu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Tangga Batu ( sekarang menjadi restoran makanan laut di tebing sungai Muar Perhentian Bas Muar/Melaka/Batu Pahat ).

Berkembangnya Bandar Maharani adalah kerana adanya sebuah pelabuhan kecil di Kuala Muar bertujuan untuk memberi khidmat baktinya kepada kawasan sekeliling. Bandar Maharani juga merupakan ibunegeri Daerah Muar pada waktu itu. 

Menjelang tahun 1890 Bandar Maharani telah menjadi sebuah pusat aktiviti pentadbiran dan perniagan yang terbesar di kawasan pantai barat negeri Johor. Seorang pelancong Inggeris, Florence Caddy, pernah mencatatkan " Bandar Maharani merupakan bandar yang cantik dengan penduduk-penduduknya seramai 5000 orang terdiri dari orang Melayu yang mendiami kampung-kampung di keliling bandar tersebut, dan orang Cina dan sedikit orang India yang berkedai dalam bandar itu sendiri. Bahawa bandar ini mempunyai beberapa buah bangunan-bangunan serta kilang papan dan sebuah bengkel pembuat batu bata".

Perdagangan utama di pelabuhan Bandar Maharani waktu itu ialah gambir, lada hitam, pinang kering, kelapa kering, kopi, sagu ubi dan buah-buahan. Tetapi gambir dan buah-buahan merupakan perdagangan paling utama. Menurut Laporan Tahunan Kerajaan Johor 1911 daerah Muar merupakan pengeluar hasil gambir yang terbesar sekali di seluruh negeri Johor diantara 1887 dan 1911. Manakala pada musim buah-buahan (1911) sebanyak kira-kira tiga-suku juta buah durian, 29000 tong buah duku dan 23000 tong buah manggis telah di ekspot melalui pelabuhan Bandar Maharani. Pada masa ini setiap kapal yang keluar dari pelabuhan Muar adalah bermuatan kira-kira 25,000 biji buah durian dan bilangan kapal-kapal yang masuk itupun bertambah menjadi lima ke enam buah sehari.

Beberapa Catatan Mengenai Bandar Maharani pada tahun permulaannya (1884 - 1904)

Berita-berita tentang kejadian yang berlaku di Bandar Maharani pada awal penubuhannya ada tersiar dalam akhbar berbahasa Inggeris 'Straits Times' dan 'Free Press Singapore'. Kedua-dua akhbar ini mempunyai pemberita sambilan masing-masing di Muar pada masa itu.

1889 : Pada suatu malam di Bulan Ramadhan bandar ini telah diserang kumpulan cempiang atau samseng. Mereka menyerang pada pukul dua pagi secara tiba-tiba dengan membawa andang dan colok dan memukul bereng-bereng. Mereka datang dari arah tepi laut. Cempiang ini ialah dari sebuah kongsi gelap "Bendera Merah" yang diharamkan kerajaan. Mereka dikatakan marah dengan tindakan polis yang menangkap orangnya yang berbuat salah atas aduan orang-orang "Bendera Putih" sebuah kongsi gelap yang dihalalkan. Selepas mengganas selama beberapa lama, mereka telah lari diburu oleh polis dan orang-orang kampung di bawah arahan Orangkaya Omar.

20.5.1890 : Kapal Cercil C. Smith dari Singapura telah masuk dengan membawa masuk ramai baba-baba Cina untuk melancong ke Muar.

1.6.1890 : Enam orang Cina yang ditahan dalam penjara di sini untuk menunggu perbicaraan telah berjaya melarikan diri dan tidak ditemui.

4.1.1892 : Kapal Kerajaan Johor "Sayang" telah tiba untuk membawa rombongan pasukan Bola Sepak Muar yang akan mengambil bahagian dalam temasya sukan sempena menyambut Tahun baru di Melaka.

27.6.1892 : Bangkai seekor Ikan Paus Biru (Blue Whale) yang amat besar telah dijumpai tersadai di tepi pantai Kampung Sebatu Melaka dekat sempadan Muar-Melaka di Kuala Kesang. Atas arahan Residen Counsillor Melaka, bangkai ikan paus itu telah diserahkan kepada pihak Muzium Singapura. Rangka ikan paus itu sampai hari ini masih ada di pamerkan di Muzium Nasional Singapura.

28.2.1984 : Duli Yang Mulia Sultan Abu Bakar telah berangkat tiba di sini dan dipercayai akan bersemayam di sini selama 10 hari. Dalam tahun ini ,apabila minyak tanah telah mula dibawa masuk ke Muar maka penduduk Muar pun mulalah menggunakan pelita minyak tanah. Sebelum ini mereka menggunakan Ketaya Damar sebagai 'lampu' di waktu malam.

4.12.1894 : Seorang Mandarin(Menteri) Cina telah berkunjung ke sini bertujuan untuk mengutip derma kerana peperangan di Negeri China. Beliau berjalan ke sana ke mari dengan berpakaian kebesaran Cina, akan tetapi kebanyakan pekedai-pekedai Cina di sini kurang yakin bahawa beliau adalah benar-benar diutus oleh Kerajaan Cina.

21.2.1895 : Bandar Maharani telah mengadakan UlangTahun Harijadi Ke Bawah Duli Yang Mulia. Duli Yang Mulia Maharaja Abu Bakar telah berkenan berangkat hadir di dalam sambutan itu.

29.9.1903 : Seorang pekerja Cina di Lombong Bukit Mor telah dibaham dan dilarikan oleh seekor harimau semasa sedang memotong rotan dalam hutan di situ.

21.10.1903 : Landasan Keretapi Muar telah siap dibina sampai ke Parit Jamil sejauh kira-kira 18 km dari Bandar Maharani.

29.10.1903 : Seorang budak Melayu berumur 13 tahun mati dibaham buaya ketika sedang mandi di Sungai Terap dan mayatnya tidak dijumpai.

3.12.1903 : Untuk mengatasi masalah ketiadaan Rumah Persinggahan di bandar Muar maka Abdul Kadir bin Kudas, tuanpunya sebuah kedai yang terkenal sebagai John Little Muar telah membuka rumah persinggahan yang dinamakan 'MUAR REST HOUSE'. MRH ini ditempatkan di sebelah atas loteng kedai tersebut. Penginapnya yang pertama ialah dua orang jurutera lombong emas "Australian Gold Mining Company" Raub Pahang, berbangsa Australia, yang kebetulan datang melancong ke Bandar Maharani pada hari pembukaan MRH itu.

30.3.1904 : Seekor babi hutan yang sangat besar telah sesat dari hutan berdekatan dan merayau-rayau di jalanraya di bandar ini. Ini telah menyebabkan bandar ini menjadi kecoh seketika. Bandar ini cuma mempunyai 20 buah sahaja kereta beca untuk perkhidmatan sekeliling bandar.

7.5.1904 : Pada hari Khamis kira-kira 50 orang ketua-ketua Jabatan Kerajaan setempat termasuk Dato Pesuruhjaya Kerajaan dan beberapa orang taukeh Cina, Saudagar Arab dan India telah dijemput oleh Manager Keretapi Muar , W. L. Leach, untuk makan angin naik keretapi ke Parit Jamil.

14.6.1904 : Telah diterima satu berita baik, iaitu satu lagi jalan raya (jalan kereta lembu) telah dibina di Tanjung Agas dan dengan ini bersambunglah bandar ini dengan lombong Kedana Gold Mine di Gunung Ledang.

20.10.1904 : Adalah menjadi suatu perkara yang dikesalkan apabila tanaman kopi telah terbiar pada masa sekarang. Ini adalah akibat kegilaan orang ramai kepada tanaman getah. Tanaman getah telah diperkenalkan di Muar pada masa ini.

|| Pengenalan || Falsafah || PIBG || Staf || Enrolmen || Akademik ||
|| Aktiviti || Bimbingan || Sahsiah || Memori || Link || Mak. Tambahan || Tandatangan ||
Copyright � 2001 All Rights Reserved. SMK Bandar Maharani, Jalan Ismail, 84000 Muar, Johor, Malaysia.
EMAIL : [email protected]
Hosted by www.Geocities.ws