| |
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Sejarah SKPJ mula dibuka pada 18.07 1938 dengan 40 orang murid dan seorang guru dengan nama Sekolah Melayu, Jerteh. Bilangan murid bertambah dengan pesatnya dan mencapai maksimum pada tahun 1994 iaitu 1499 orang. Bilangan ini merosot pada 1997 apabila SK Lubuk Kawah dibuka dan 1030 orang pada akhir 2001 apabila SK Seberang Jerteh dibuka. Pada tahun 2003 bilangan murid bertambah menjadi 1050 orang dengan tertubuhnya dua kelas Prasekolah. SKPJ dijadikan sekolah satu sesi mulai 16.05 2001 SKPJ Catat Kecemerlangan Tahniah kepada semua warga SKPJ kerana berjaya melakar sejarah apabila serama 40 orang calon UPSR 2007 berjaya mendapat 5A. Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2008 Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas telah diadakan pada 24 Januari 2008. Penyampaian Watikah Pelantikan kepada 75 orang pengawas sesi 2008 ini telah disempurnakan oleh Chief Inspector Roszuraida bt. Hj. Muhammad Pegawai Lojistik IPD Besut dalam perhimpunan khas di dewan A SKPJ jam 7.45 pagi. Larian Gemilang SKPJ 2008 Larian Gemilang SKPJ 2008 telah berlangsung dalam suasana meriah pada 28 Januari 2008 jam 8.00 pagi. Larian yang bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada murid agar memahami bahawa sukan adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan ini disertai oleh semua murid termasuk pelajar prasekolah.
Kursus Pembangunan Staff 2008 Unit ICT dan Pusat Akses SKPJ dengan kerjasama PKG Jerteh akan mengadakan Kursus Asas Pengenalan Internet dan Pengurusan E-mail pada hari Rabu 28 Januari, 6 Februari dan 13 Februari 2008 jam 12.45 tengah hari bertempat di Pusat Akses dan Makmal Komputer SKPJ kepada semua warga SKPJ. Kursus ini akan disertai oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada pihak pentadbir,guru dan kakitangan sokongan SKPJ. Kursus ini akan dikendalikan oleh Penyelaras Bestari dan Guru ICT sekolah dengan pemantauan pihak PKG Jerteh. Pusat Akses Menjadi Tumpuan Pusat Akses SKPJ yang telah memulakan operasinya sejak 1 hb Januari 2007 terus menjadi tumpuan murid. Pusat Akses SKPJ yang dibuka setiap hari termasuk hari cuti penggal persekolahan kecuali hari cuti am terus dimanfaatkan oleh murid.
Masa Operasi Pusat Akses SKPJ Ahad - Selasa 07.45 pagi - 1.15 tengahari 02.00 petang - 05.00 petang Rabu - Khamis 07.45 pagi - 12.45 tengahari 02.00 petang - 05.00
6 TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010 1. Membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa 2. Pembangunan modal insan di bawah PIPP memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan. 3. Memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat. Selaras dengan usaha itu, KPM akan melengkapkan SK dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi, berkualiti, terkini dan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Seterusnya, sebagai teras keempat, KPM akan berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan khususnya diluar bandar seperti Sabah dan Sarawak. 4. KPM akan memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin, keperluan khas, kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital serta menempatkan guru terlatih. 5. Memartabatkan profesion keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. Sebahagian daripada usaha itu ialah menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru bagi meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. 6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan membentuk bahagian kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus yang lain. Sekolah yang terpilih akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara dengan menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate serta dijadikan sekolah contoh. Program Mesra SKPJ 2007 Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah akan didakan pada hari Rabu 18 April 2007.Objektif program ini diadakan adalah untuk: - Memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. - Mewujudkan hubungan erat dan mesra di kalangan warga SKPJ. - Mewujudkan kerjasama di kalangan warga sekolah. Diantara program yang akan dilaksanakan adalah seperti: -Perarakan sepanduk -Ceramah Maulidur Rasul -Tayangan Video -Pertandingan Mewarna Penyediaan makanan akan disediakan oleh warga SKPJ sendiri secara gotong-royong. ( seekor lembu akan dikorbankan dalam majlis ini ) Lihat gambar 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
|
|
|
:: copyright
2007 webmaster En.Ahmad Radzi Ab. Rahman [Penyelaras Bestari]:: Hakcipta © 2007 SK Pusat Jerteh,Besut, Terengganu. Penafian : Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. | ||
|
updated: Tue, 29 January, 2008 |
||