Assalamualaikum wbth.

Tahun ini Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh berusia 69 tahun.Usia yang sudah sangat matang jika diukur dari kedewasaan seseorang individu. Saya amat bangga kerana berpeluang menerajui salah sebuah sekolah yang hebat di Daerah Besut.

Selama 3 tahun, motto yang dibawa adalah 'SKPJ Cemerlang'. Kami berusaha keras mencemerlangkan institusi ini bukan sahaja dibidang akademik, malah ko-akademik dan ko-kurikulum. Saya yakin yang kumpulan pendidik yang ada mampu merealisasikan hasrat ini. Malah seluruh komuniti dan PIBG telah mempamerkan komitmen yang tinggi ke arah itu.

Sebagai salah sebuah sekolah yang awal ditubuhkan, ramailah nama-nama besar yang telah dan sedang mengharumkan nama di tanah air kita. Salah seorang negarawan ialah YAB Dato' Seri Hj. Idris b. Jusoh, Menteri Besar Terengganu yang bersekolah di sini bermula1962 -1967. Seluruh warga sekolah amat merasa bangga dengan adanya nama tokoh besar ini.

Biarpun masa berubah namum komitmen untuk membina modal insan negara tetap diutamakan. Dengan bilangan murid mencecah 1000orang, kami berharap SKPJ tetap hebat menentang segala badai yang datang. Saya tetap merasakan yang SKPJ akan menjadi sekolah yang unggul di Daerah Besut, khasnya dan di negeri Terengganu amnya.

Saya berdoa agar SKPJ akan terus maju dan melangkah hebat di dalam melahirkan modal insan yang tinggi seperti kehendak negara.

'MAJULAH SKPJ KE ARAH SEKOLAH TERBILANG'

Hosted by www.Geocities.ws

1