1. Pengenalan


1.1 Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.


1.2 Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.


1.3 Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

1.4 Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

2.0 Matlamat


Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:


2.1 Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2.2 Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
2.3 Meningkatkan masa penggunaan (contact
hours) komputer oleh murid.


3. Objektif


Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:


3.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
3.2 Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan
akses kendiri dengan lebih berkesan.
3.3 Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.

 

Peraturan Pusat Akses SK Pusat Jerteh

1) Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.

2) Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian
kecuali dengan kebenaran guru bertugas.

3) Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer
daripada Pusat Akses Sekolah.

4) Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan
kabel yang terdapat di belakang komputer.

5) Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.

6) Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.

7) Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log.

8) Dilarang mengakses laman dan bahan berunsur lucah.

9) Dilarang membuat bising dan berkelakuan tidak senonoh di dalam pusat akses.

10) Sebarang kerosakan alatan mesti dilapor kepada penyelaras pusat akses.

11) Pengguna mestilah sentiasa menjaga kebersihan bilik dan menyusun
semula bangku selepas digunakan.

Muat Turun Panduan Pelaksanaan Pusat Akses Di Sini

Kembali ke laman utama

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1