[email protected]

Sekolah Kebangsaan Simpang Empat adalah antara sekolah tertua di Sitiawan, bahkan di Daerah Manjung sekalipun. Sekolah ini asalnya adalah sekolah persendirian/swasta bernama Simpang Empat English School yang mula beroperasi pada tahun 1934 dan menjalankan kedua-dua sesi persekolahan iaitu rendah dan menengah. Sekolah ini ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh Perang Dunia Kedua meletus.

Sekolah Kebangsaan Simpang Empat lebih dikenali sebagai Sekolah Gandhi oleh penduduk tempatan mengambil sempena nama dewannya “Gandhi Memorial Hall” yang telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak pada 2 Oktober 1952. Pada tahun 1962 sekolah ini diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sekolah bantuan modal .

Pada tahun 1974 persekolahan menengah ditutup dan dijadikan sekolah rendah keseluruhannya lalu diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Empat. Reformasi pendidikan yang berlaku pada tahun 1997 menyebabkan perkataan Sekolah Rendah Kebangsaan turut berubah menjadi Sekolah Kebangsaan dan kini nama baru sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sitiawan. Walaupun nama telah berubah tetapi tarafnya masih kekal sebagai sekolah bantuan modal.

Jumlah staf tahun 2004 ,adalah seramai 35 orang termasuk Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan dan Penyelia Petang. Staf sokongan pula adalah seramai 4 orang. Jumlah murid sekolah ini adalah seramai 534 orang (390 Melayu , 140 India dan 4 lain-lain ) . 272 orang murid sesi pagi iaitu Tahun 4,5 dan 6 sementara 293 orang murid sesi petang iaitu Tahun 1,2 dan 3. Setiap tahun ada 3 kelas iaitu Gemilang, Cemerlang dan Bestari. Jumlah kelas adalah18 buah ( 9 sesi pagi dan 9 sesi petang )

PETA SKSES
[Klik Untuk Lihat]

©Hakcipta Terpelihara 2007 Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.

WEBMASTER
PENAFIAN:
Pihak Sekolah Kebangsaan Simpang Empat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

 

SEJARAH SKSES
ABB 1043

 

 

 

 

 

Laman Utama
Profil
Sejarah
Organisasi
Kurikulum
Kokurikulum
Hal Ehwal Murid
Bim & Kaunseling
PIBG
Guru & Staf
Peperiksaan
Pemulihan
Peraturan Sekolah

Kerajaan Persekutuan
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Rangkaian Perkhidmatan Awam Malaysia (MCSL)
E-Perkhidmatan Awam (MAMPU)
Portal Buletin Malaysia

Agensi/Organisasi Pendidikan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Yayasan Pelajaran MARA

Tapak Web Pendidikan (Malaysia)
mySchoolNet (KPM)
Portal Pendidikan Utusan
Web Sekolah Berita Harian
CikguNet
Motivasi Aliran Pelajar

Tapak Web Pendidikan (Antarabangsa)
Portal Pendidikan PBB
Pertubuhan Pelajaran, Saintifik dan Kebudayaam PBB (UNESCO)
Pertubuhan Kementerian Pelajaran Asia Tenggara (SEAMOE)
Kerajaan dalam Web

Akhbar Utama Malaysia
Utusan Malaysia
Berita Harian
New Straits Times
The Star
Bernama

Media Elektrinik Malaysia
Radio 1
Radio Era
THR
TV3
NTV7

Perbankan Malaysia

Maybank2U.com.my
RHB Bank
HSBC
BCB Bank
BSN

PAUTAN POPULAR
Hosted by www.Geocities.ws

1