PERATURAN
DAN DISIPLIN SEKOLAH
SEKOLAH
KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT
32000
SITIAWAN,PERAK DARUL RIDZUAN.
A. MAKSUD DISIPLIN
1. Kesanggupan seseorang individu menghormati dan
mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan
kerelaan diri sendiri.
2. Kesanggupan seseorang itu bekerja atau
membuat sesuatu dengan
cukup tertib.
3. Kesanggupan menghormati hak individu lain.
4. Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang
baik dan tidak
mengganggu kepentingan orang lain.
5. Kesanggupan
hormat-menghormati di antara satu sama lain dan
mempunyai semangat tolong-menolong.
6. Kesanggupan memperbaiki keadaan yang sedia
ada menerusi usaha
yang membina serta sanggup berkhidmat
kepada masyarakat.
B. PENTINGNYA DISIPLIN
1. Setiap sekolah mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
oleh pelajar-pelajar.Peraturan-peraturan tersebut
dikenakan
dengan tujuan untuk mendidik murid-murid supaya
berkelakuan
baik ,menghormati orang ramai dan mempunyai
disiplin yang baik.
2.
Mematuhi
peraturan adalah ciri disiplin diri yang baik kepada
murid.
3.
Kebanyakan
perbuatan melanggar peraturan-peraturan berlaku adalah
kerana
murid-murid tidak faham mengapa peraturan-peraturan itu
perlu
diadakan.
4.
Buku Panduan
Tatacara Disiplin sekolah ini diharap dapat menjelaskan tentang
peraturan-peraturan sekolah untuk dihayati
bersama.
C. MATLAMAT DISIPLIN
Matlamat utama disiplin ialah untuk
melahirkan individu yang sepenuhnya bermoral dan beretika,yang sedarkan
tanggungjawab terhadap diri sendiri,keluarga,masyarakat,institusi pendidikan
serta negara. Disiplin diri ialah faktor utama ke arah mewujudkan masyarakat
bertatasusila, adil, liberal dan progresif serta memberi sumbangan jitu
terhadap keharmonian negara.
D.
TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP DIRI SENDIRI
1. Menjaga kebersihan diri, termasuk
kebersihan fizikal dan mental.
2.
Bersopan
santun ,jujur dan amanah.
3.
Menghargai masa dan menepati masa.
2.
Bersifat
sederhana dan tidak sombong.
3.
Sabar dan
bertolak ansur.
4.
Menghormati
hak asasi orang lain.
5.
Bersikap
dedikasi,berdikari, rajin dan berusaha.
E.
TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP SEKOLAH
1.
Mematuhi dan
menghormati peraturan-peraturan sekolah.
2.
Menghormati
guru-guru dan kakitangan sekolah.
3.
Menaikkan
imej sekolah.
4.
Memupuk
nilai-nilai murni yang tinggi.
5.
Bekerjasama di antara satu sama lain.
6.
Mencebur diri dalam aktiviti-aktiviti yang ada di
sekolah.
1.
PENDAHULUAN
|
1.1 |
Peraturan sekolah ini
disusun oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin Sekolah (LDS) terdiri
daripada seorang pengerusi (Guru Besar),seorang Naib pengerusi (Penolong
Kanan),seorang setiausaha dan sembilan orang Jawatankuasa. |
AHLI-AHLI JAWATAN KUASA (LDS) |
|
1.2 |
Pembantu menjalankan
tugas-tugas Disiplin dan Peraturan Sekolah ini bertanggungjawab kepada semua
guru,kakitangan sekolah dan semua pengawas bersama-sama melaksanakannya |
PEMBANTU |
2.
OBJEKTIF
OBJEKTIF
AM
|
2.1 |
Buku peraturan sekolah
ini disediakan sebagai panduan untuk murid,guru,kakitangan dan penjaga murid bagi
membantu pihak pentadbir sekolah untuk mewujudkan suasana disiplin yang baik
dan harmoni di samping menimbulkan semangat bersatupadu, bertanggungjawab dan bertimbangrasa. Semua murid sekolah ini pada setiap masa tertakluk kepada peraturan
sekolah ini. Lain-lain peraturan secara lisa atau bertulis yang tidak disenaraikan
dalam Buku Peraturan Sekolah ini perlu juga dipatuhi oleh semua murid. |
DISIPLIN TERTAKLUK PERATURAN LISAN |
2.2
OBJEKTIF
KHUSUS
|
a. |
Semua murid mesti mematuhi peraturan sekolah.Bekerjasama dengan pihak
sekolah danpengawas murid. |
MEMATUHI UNDANG-UNDANG SEKOLAH |
|
b. |
Sentiasa melindungi harta benda sekolah dan berusaha memupuk semangat
dan perasaan kepunyaan/kekitaan terhadap sekolah. |
MENJAGA HARTABENDA SEKOLAH |
|
c. |
Semua murid sentiasa berusaha dalam pelajaran dan memupuk semangat
meninggikan serta menjaga nama baik sekolah.Sentiasa berdisiplin. |
BERUSAHA |
|
d. |
Sentiasa bersopan-santun,menghormati semua guru,kawan,pelawat,ibubapa
yang datang ke sekolah serta mewujudkan perasaan baik sangka dan amanah
sesama rakan. |
HORMAT DAN BERSOPAN-SANTUN |
|
e. |
Semua murid dikehendaki berkelakuan seperti yang dihasratkan iaitu
berperibadi, berakhlak mulia,baik dan murni. |
BERPERIBADI MULIA |
|
f. |
Sentiasa memupuk semangat setia kawan, kerjasama,bermasyarakat di
kalangan masyarakat sekolah dan berperasaan bertanggungjawab di kalangan
murid. |
BEKERJASAMA |
3.
LARANGAN (KESALAHAN BERAT)
|
a. |
Membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat. |
SENJATA |
|
b. |
Mengancam,membuli,menganiaya,peras ugut kepada murid-murid lain yang
lemah. |
MENGANCAM |
|
c. |
Membawa,menyimpan,menghisap
rokok dan minum minuman yang memabukkan. |
ROKOK DAN MINUMAN
KERAS |
|
d. |
Membawa,menyimpan,mengambil,makan
atau menghisap serta mengedar dadah. |
DADAH |
|
e. |
Melanggar peraturan-peraturan
yang dibuat oleh sekolah dan pejabat pendidikan. |
MELANGGAR PERATURAN |
|
f. |
Membuat kacau atau
mengganggu ketenteraman bilik darjah dan sekolah. |
MENGGANGGU |
|
g. |
Merosak atau membinasakan hartabenda sekolah. |
HARTABENDA |
|
h. |
Menjadi ahli atau mengadakan pertubuhan haram. |
PERTUBUHAN HARAM |
|
i. |
Melawan pihak yang
berkuasa dan mencemar nama sekolah. |
MELAWAN |
|
j. |
Melakukakn perkara
yang keji seperti mencuri,merompak,menyamun,berjudi,memecah sekolah,pejabat
dan lain-lain. |
KELAKUAN KEJI |
|
k. |
Melakukan sifat-sifat
bongkak, sombong,membesar diri dan garang. |
SOMBONG |
|
l. |
Keluar masuk melalui
pagar atau memanjat pintu pagar kawasan sekolah atau tingkap bangunan yang
berkunci. |
MEMANJAT PAGAR |
4.
PAKAIAN DAN RAMBUT
|
a. |
Tiap-tiap murid
dikehendaki berpakaian seragam yang lengkap semasa hari-hari
persekolahan.Kemas,bersih dan baik. |
PAKAIAN |
|
b. |
Murid-murid adalah
dilarang memakai barang kemas yang mahal,alat solek,menyimpan kuku panjang dan
mewarnakannya,memakai bunga rozet dan memakai kasut selipar. |
BARANG KEMAS DAN PAKAIAN YANG DILARANG |
|
c. |
Murid lelaki hendaklah
memakai seluar pendek atau panjang biru tua,berbaju kemeja putih lengan
pendek.Baju putih lengan panjang hanya untuk Pengawas Pusat Sumber dengan
tidak dilipat dan disingsingkan ke atas.Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke
dalam seluar semasa memakai pakaian seragam sekolah. |
PAKAIAN SERAGAM LELAKI |
|
d. |
Murid perempuan
hendaklah memakai gaun atau kain sarung biru tua (gaun hendaklah dibawah
lutut).Berbaju kemeja putih lengan pendek atau berbaju kurung,bermini
telekong atau skaf putih semasa memakai kain sarung. |
PAKAIAN SERAGAM
PEREMPUAN |
|
e. |
Pada hari Jumaat,murid-murid
digalakkan memakai pakaian kebangsaan.Murid-murid lelaki memakai seluar
panjang dan baju tangan panjang putih (baju Melayu), bersamping biru kosong
dan bersongkok hitam jenis baldu biasa. |
SERAGAM JUMAAT LELAKI |
|
f. |
Murid perempuan digalakkan
memakai pakaian kebangsaan.berbaju tangan panjang(baju kurung).Kain sarung
biru dan bermini telekong. |
SERAGAM JUMAAT
PEREMPUAN |
|
g. |
Semasa jadual
pelajaran latihan sembahyang atau latihan membaca Al-Quran,murid-murid dikehendaki
memakai pakaian yang menutup aurat,bersih,kemas dan bersopan. |
SERAGAM LATIHAN
SEMBAHYANG |
|
h. |
Semasa Pendidikan
Jasmani,permainan atau sukan, murid-murid dikehendaki memakai baju T sekolah
dan berseluar trek sekolah. |
PAKAIAN SERAGAM SUKAN |
|
i. |
Semasa di
sekolah,murid-murid dikehendaki memakai kasut jenis kanvas putih dan
bersetoking putih.Kasut serta stoking mestilah sentiasa bersih,berkapur dan
kasut yang bertali mestilah sentiasa diikat. |
KASUT DAN STOKING |
|
j. |
Murid hanya dibenarkan
memakai tali pinggang berwarna hitam atau coklatsahaja.Lebar tali pinggang
tidak melebihi 3 cm.Kepalanya tidak bercap dengan lambang-lambang yang
ditegah. |
TALI PINGGANG |
|
k. |
Semasa berada di
sekolah dan selagi berpakaian seragam sekolah mestilah memakai lencana rasmi
sekolah.Lencana dikehendaki dilekatkan pada poket baju bagi murid lelaki dan
dibahagian dada baju (kiri)gaun atau pada mini telekong untuk murid
perempuan. |
LENCANA SEKOLAH |
|
l. |
Rambut hendaklah sentiasa
kemas,bersih,berminyak dan disikat dengan rapi sepanjang masa.Murid-murid
lelaki berambut pendek dan tidak mencecah kolar baju atau sama paras dengan
hujung telinga.Bagi murid perempuan,rambut yang panjang hendaklah
diikat/didandan agar tidak menutup mata. |
RAMBUT |
|
m. |
Murid-murid tidak
dibenarkan memakai cermin mata atau topi dengan tujuan bergaya atau memakai
cerminmata hitam.Hanya murid yang dibenarkan oleh doktor bercerminmata semasa
ke sekolah. |
CERMINMATA DAN TOPI |
5.
BANGUNAN DAN HARTABENDA SEKOLAH
|
a. |
Murid turut sama bertanggungjawab melindungi serta menjaga
keselamatan, kebersihan sekolah.Sampah-sarap yang bertaburan hendaklah dipungut dan
dimasukkan ke dalam bakul-bakul sampah.Kemudian dibakar. |
SAMPAH |
|
b. |
Lampu dan air yang terbuka hendaklah ditutup sebaik sahaja
digunakan.Alat perkakas yang terbiar di luar hendaklah dimasukkan ke tempat
simpanan yang tertentu. |
KESELAMATAN DAN PENJIMATAN |
|
c. |
Murid-murid dilarang menconteng,melukis, menggores, atau menulis dengan sebarang alat pada mana-mana bahagian
dinding bangunan atau perabot kepunyaan sekolah. |
MENCONTENG DAN MELUKIS |
|
d. |
Murid-murid dilarang menggunakan,mengambil atau membawa pulang mana-mana
bahagian bangunan atau peralatan tanpa kebenaran bertulis atau lisan dari
mpihak sekolah. |
MENGGUNAKAN BANGUNAN DAN ALATAN |
|
e. |
Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan
sekolah,pejabat,bilik guru,bilik air atau tandas melalui tingkap atau pintu
yang berkunci pada bila-bila masa sekalipun. |
MASUK KE DALAM BANGUNAN |
|
f. |
Murid dilarang berkeliaran di bangunan sekolah,kantin tanpa urusan di
waktu petang atau hari-hari cuti.Jangan gunakan bangunan sekolah atau kantin
sebagai tempat bermain basikal,bersiar-siar,berkejar-kejaran atau tempat
perlumbaan. |
BERKELIARAN |
|
g. |
Alat kepunyaan sekolah dilarang sama sekali dibawa keluar dari
bangunan/kawasan sekolah,dibawa pulang kecuali yang dibenarkan untuk pinjaman
sahaja. |
ALAT SEKOLAH |
|
h. |
Alat-alat permainan atau sukan
hendaklah digunakan pada masa yang tertentu mengikut jadual waktunya sahaja
atau mendapat kebenaran dari guru berkenaan. Selepas digunakan hendaklah
disimpan,dimasukkan dan disusun dengan baik ditempatnya. |
ALAT PERMAINAN SUKAN |
6.
BILIK DARJAH
|
a. |
Murid-murid sendiri
adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjahnya dan menjaga
keselamatan peralatan di dalamnya. |
KEBERSIHAN,KESELAMATAN
BILIK DARJAH |
|
b. |
Murid-murid yang ditetapkan
giliran bertugas mestilah menjalankan tugas yang telah ditetapkan. |
TUGASAN |
|
c. |
Murid-murid dilarang
membuang sampah merata-rata.Sampah-sarap,kertas,pembalut atau
pembungkus,plastik atau kulit-kulit makanan hendaklah dibuangkan ke dalam tong
sampah. |
SAMPAH-SARAP |
|
d. |
Meja dan kerusi dan
lain-lain alatan di dalam bilik darjah hendaklah disusun dan diatur dengan
baik mengikut yang ditetapkan.Dilarang murid mengubah atau membawa keluar
tanpa kebenaran dari guru yang berkenaan. |
ALATAN |
|
e. |
Murid-murid dilarang
melukis,menulis di papan hitam,bermain kapur tanpa kebenaran guru.Papan hitam
hendaklah dibersihkan setelah digunakan dan sebelum balik. |
PAPAN HITAM |
|
f. |
Lampu dan kipas angin di
bilik darjah boleh digunakan di masa tertentu sahaja.Semasa meninggalkan
bilik darjah,lampu dan kipas angin hendaklah ditutup. |
LAMPU DAN KIPAS ANGIN |
|
g. |
Semasa belajar dan
berada di bilik darjah murid-murid mestilah duduk di kerusi masing-masing.Dilarang
merayau-rayau,duduk di pintu atau tangga atau berada di kaki lima tanpa
kebenaran atau sebab yang munasabah.Kebenaran mestilah didapati dari guru
kelas,guru pengganti,ketua darjah atau penolong jika hendak keluar dari bilik
darjah atas hal-hal yang dibenarkan. |
PERATURAN TEMPAT DUDUK |
|
h. |
Murid-murid dilarang
membuat bising, bermain,bergurau,berkelahi,makan dan minum terutama di masa
ketiadaan guru. |
SUASANA BILIK DARJAH |
|
i. |
Murid-murid dilarang menggores,
menconteng,melukis di dinding, pintu dan mana-mana bahagian tempat di dalam
atau luar bilik darjah. |
MENCONTENG, MELUKIS |
|
j. |
Semasa
belajar,murid-murid dilarang masuk meninggalkan bilik darjah,pergi ke
tandas,keluar berjumpa guru/murid-murid lain tanpa kebenaran dari guru
kelas,guru pengganti atau ketua kelas. |
KELUAR MASUK |
|
i |
Waktu rehat atau waktu
murid-murid lain tiada di dalam bilik darjah,murid-murid dilarang tinggal
atau berada, keluar masuk ke bilik darjah tanpa kebenaran guru. |
WAKTU REHAT |
|
l. |
Semasa balik apabila
murid-murid meninggalkan bilik darjah,semua kerusi hendaklah dinaikkan dengan
diterbalikkan di atas meja.Tingkap dan pintu mesti ditutup dan
dikunci.Pastikan semuanya telah dikemaskan. |
BALIK MENINGGALKAN
KELAS |
7.
PEJABAT DAN BILIK GURU
|
a. |
Murid-murid dilarang
masuk ke pejabat sekolah tanpa kebenaran atau urusan tertentu. |
KEBENARAN URUSAN |
|
b. |
Masa
belajar,murid-murid dilarang pergi ke pejabat,bilik guru,pusat sumber,kedai
buku,kantin tanpa kebenaran atau urusan yang sah. |
MASA TERTENTU |
|
c. |
Semasa ke pejabat atau
ke bilik guru, murid mestilah berseragam yang kemas dan lengkap. |
SERAGAM |
|
d. |
Sebelum masuk ke pejabat atau bilik guru, mestilah mengetuk pintu. Apabila dibenarkan masuk, barulah boleh masuk
dan memberi ucap salam dan memberitahu tujuan atau urusan. |
IZIN MASUK DAN UCAP
SALAM |
|
e. |
Bercakap dengan nada
yang sopan,hormat dan tidak meninggikan suara.Selesai urusan hendaklah
memberi ucap terima kasih. |
BERSOPAN DAN TERIMA
KASIH |
|
f. |
Dilarang masuk secara
beramai-ramai ke pejabat atau bilik guru.Jika ramai yang ingin berurusan,ikut
giliran. |
IKUT GILIRAN |
8.
SURAU ATAU BILIK SEMBAHYANG
|
a. |
Masuk ke bilik sembahyang
hendaklah bertatatertib,tidak membuat bising,tidak bergurau,tidak berkelahi
dan tidak bermain-main. |
TATATERTIB |
|
b. |
Berpakaian yang
menutup aurat atau pakaian yang bersih,lengkap serta kemas. |
PAKAIAN |
|
c. |
Kebersihan bilik sembahyang
hendaklah sentiasa diawasi.Tidak dibenarkan membuat sebarang kekotoran. |
KEBERSIHAN BILIK |
|
d. |
Tidak dibenarkan
membawa sebarang jenis makanan atau minuman. |
MAKANAN |
|
e. |
Dilarang tidur di bilik sembahyang pada bila-bila masa sekali pun. |
TIDUR |
9.
PUSAT SUMBER
(PERPUSTAKAAN)
|
a. |
Masuk ke Pusat Sumber atau Perpustakaan hanya dengan mendapat izin
dari guru pusat sumber/perpustakaan,guru kelas atau guru-guru yang berkenaan. |
IZIN MASUK |
|
b. |
Dilarang keras membawa keluar sebarang jenis bahan tanpa kebenaran
dari guru atau pengawas bertugas. |
MEMBAWA KELUAR |
|
c. |
Dilarang
meminda,melukis,mengoyak, Menconteng dan
sebagainya ke atas bahan yang terdapat di dalam pusat sumber. |
MENGOYAK,MENCONTENG |
|
d. |
Dilarang membawa beg
atau bungkusan ke dalam bilik perpustakaan. |
BEG |
|
e. |
Hanya alat-alat
tulis,buku catatan,buku kerja dan buku teks sahaja dibenarkan dibawa masuk.Sebaik-baiknya
buku kepunyaan sendiri dibawa masuk hendaklah dilaporkan kepada petugas bagi
mengelakkan salah faham. |
MEMBAWA ALAT |
|
f. |
Setiap pinjaman
hendaklah direkodkan sebelum bahan tersebut dibawa keluar. Bahan hendaklah dipulangkan
tepat pada tarikhnya dan dimaklumkan kepad petugas. |
PINJAMAN,PULANGAN |
|
g. |
Sebarang jenis bahan
yang dipinjam hendaklah diganti sekiranya rosak atau hilang. |
KAWALAN BAHAN |
|
h. |
Apabila membuat rujukan
atau bacaan tanpa hasrat untuk meminjam,bahan yang diambil hendaklah
dikembalikan ke tempat yang asal. |
SUSUNAN ATURAN |
|
i. |
Dilarang membuat
bising,mengganggu rakan-rakan,merayau-rayau,makan serta minum. |
PERATURAN DI DALAM
BILIK |
|
j. |
Buku rujukan,berkala,majalah,peralatan
buku-buku tidak dibenarkan dibawa keluar tanpa kebenaran dari guru
pengawas.Hanya kepada individu tertentu sahaja bahan ini boleh dipinjamkan. |
DILARANG MEMINJAM |
|
k. |
Lampu,kipas angin serta
tingkap hendaklah ditutup apabila meninggalkan bilik. |
LETRIK |
|
l. |
Pintu bilik hendaklah dikunci apabila perkhidmatan tamat. |
PINTU |
10.
BILIK AIR DAN
TANDAS
|
a. |
Pengguna hanya
dibenarkan menggunakan tandas atau bilik air yang
ditetapkan. Tandas dan bilik air
guru hanya untuk guru dan kakitangan.Tandas dan bilik air murid hanya untuk
murid. |
TANDAS, BILIK AIR GURU
DAN MURID |
|
b. |
Tandas lelaki hanya
untuk lelaki.Tandas dan bilik air perempuan hanya untuk perempuan. |
LELAKI DAN PEREMPUAN |
|
c. |
Pengguna adalah
bertanggungjawab di atas Penggunaann tandas dan
bilik air yang digunakan. |
KEBERSIHAN |
|
d. |
Dilarang membuang sisa
tumpah atau Makanan ke dalam saluran
najis,singki dan longkang di dalam tandas dan bilik air. |
SAMPAH-SARAP |
|
e. |
Najis hendaklah
ditentukan dipam atau dijirus keluar dengan bersih dari takungan. |
NAJIS |
|
f. |
Penggunaan alat tarik pam
hendaklah digunakan dengan cermat dan berkesan. |
PAM |
|
g. |
Paip-paip air dan
lampu hendaklah ditutup semula setelah digunakan. |
LAMPU DAN PAIP |
|
h. |
Pengguna ditegah masuk
ke tandas dan bilik air secara membuat bising,bertolak-tolak,bergaduh,bergurau
dan bermain-main di dalam tandas dan bilik air. |
PERATURAN MASUK |
|
i. |
Pengguna ditegah melukis,menulis, Menconteng pada mana-mana bahagian dalam dan luar tandas dan bilik
air. |
MENCONTENG MELUKIS |
11.
KANTIN DAN
DEWAN MAKAN
|
a. |
Hanya pembekal yang mendapat pengesahan dari pihak sekolah sahaja
dibenarkan berniaga di kantin sekolah. |
PEMBEKAL |
|
b. |
Murid hanya dibenarkan membeli makanan di kantin sekolah sahaja.Tidak dibenarkan
membeli makanan dari penjual lain sewaktu sekolah. |
MEMBELI MAKANAN |
|
c. |
Pembekal hanya dibenarkan menjual makanan yang mendapat kelulusan dari
pihak sekolah sahaja. |
MAKANAN |
|
d. |
Murid dikehendaki beratur ketika membeli makanan di kantin.Murid yang
lebih kecil hendaklah diberi keutamaan di barisan hadapan. |
BERATURT |
e. |
Pengguna hendaklah bertanggungjawab di atas kebersihan dan keselamatan
di kantin sekolah.Sampah-sarap,sisa makanan, Pembungkus,pembalut,plastik bekas makanan dan minuman hendaklah
dibuang ke dalam bekas-bekas yang disediakan. |
KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN |
|
f. |
Murid dilarang ke kantin pada waktu bukan rehat.Ditegah dari
bermain,berkejar-kejaran di kawasan kantin. |
LARANGAN |
|
g. |
Segala peralatan hak milik pengusaha kantin hendaklah diletakkan
ditempat yang ditetapkan selepas penggunaan. |
ALAT PENGUSAHA KANTIN |
|
h. |
Murid dikehendaki segera meninggalkan kantin apabila loceng tamat
waktu rehat dibunyikan. |
LOCENG TAMAT |
|
i. |
Keselamatan ketika menyeberangi jalan ketika pergi dan pulang dari
kantin hendaklah dipastikan.Murid dikehendaki mematuhi arahan pengawas yang
bertugas.Menyeberangi jalan secara berbaris dan berkumpulan.Kenderaan yang
lalu-lalang hendaklah di beri keutamaan. |
LALU-LINTAS |
12.
KEBERSIHAN
KAWASAN
|
a. |
Kebersihan kawasan sekolah adalah menjadi tanggungjawab murid juga. |
TANGGUNGJAWAB |
|
b. |
Murid ditegah membuang sampah-sarap dimerata-rata tempat.Sampah hendaklah
dibuang ke dalam bekas yang disediakan. |
PEMBUANGAN SAMPAH |
|
c. |
Murid hendaklah memungut sampah-sarap di kawasan sekolah pada waktu yang ditetapkan.Kawasan-kawasan
penjagaan ditetapkan dan diawasi oleh petugas-petugas yang ditetapkan. |
MEMUNGUT SAMPAH |
|
d. |
Longkang-longkang
disekeliling sekolah hendaklah ditentukan dalam keadaan bersih. |
LONGKANG |
|
e. |
Sampah-sarap yang
dibuang ke tempat pembakaran hendaklah dilonggokkan dan dibakar. |
PEMBAKARAN SAMPAH |
13.
POKOK-POKOK BUNGA
|
a. |
Murid adalah juga
bertanggungjawab dalam penjagaan pokok-pokok bunga yang terdapat di dalam
kawasan sekolah ini. |
TANGGUNGJAWAB |
|
b. |
Murid ditegah
memetik,mematah,mengubah kedudukan dan membinasakan pokok-pokok bunga yang
ada. |
LARANGAN |
|
c. |
Penyiraman air
hendaklah dilakukan pada setiap awal pagi. |
SIRAM AIR |
|
d. |
Pembajaan hendaklah
hanya dilakukan setelah mendapat nasihat dari guru. |
PEMBAJAAN POKOK |
|
e. |
Murid juga berpeluang untuk
menyumbang benih-benih bunga bagi mengindahkan lagi kawasan sekolah ini. |
SUMBANGAN |
14.
LALU-LINTAS SEKOLAH
|
a. |
Murid adalah
bertanggungjawab secara langsung atas keselamatan diri sewaktu di luar atau
di dalam kawasan sekolah. |
TANGGUNGJAWAB |
|
b. |
Murid dilarang
menunggang atau berlumba basikal dan lain-lain kenderaan pada setiap masa di
kawasan sekolah. |
LARANGAN |
|
c. |
Ditegah menunggang
kenderaann secara bersaingan sewaktu pergi dan balik dari sekolah. |
MENUNGGANG |
|
d. |
Melintas jalanraya
dengan berhati-hati.Ikut dalam garisan putih yang disediakan.Khidmat pengawas
hendaklah digunakan pada waktu-waktu tertentu. |
MELINTAS JALANRAYA |
|
e. |
Menyeberangi jalanraya
apabila dibenarkan dalam keadaan yang tertib. |
MENYEBERANGI JALANRAYA |
|
f. |
Memberi keutamaan
kepada kenderaan yang lebih besar sebelum menyeberangi jalanraya. |
KESELAMATAN |
|
g. |
Tidak bermain-main
ketika menggunakan jalanraya. |
JANGAN BERMAIN |
15.
KENDERAAN
|
a. |
Murid bertanggungjawab
secara langsung tentang keselamatan kenderaan yang digunakan. |
TANGGUNGJAWAB |
|
b. |
Kenderaan yang
digunakan hendaklah dipastikan dalam keadaan yang sempurna. Tayar
berbunga,brek dalam keadaan yang baik dan mempunyai lampu. |
KESEMPURNAAN KENDERAAN |
|
c. |
Kenderaan yang
digunakan ke sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang ditentukan.Kenderaan
mesti disusun dengan baik. |
TEMPAT LETAK |
|
d. |
Sewaktu menyimpan
kenderaan,pastikan ianya berkunci. |
KESELAMATAN |
16.
HARTABENDA PERIBADI
|
a. |
Seseorang murid itu
adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan hartabenda
kepunyaannya. |
TANGGUNGJAWAB |
|
b. |
Dilarang membawa ke
sekolah barangan yang bernilai tinggi.Elakkan dari memakai barangan kemas
ketika ke sekolah. |
BARANGAN KEMAS |
|
c. |
Pakaian,beg,buku,pensik
dan alat tulis lainnya hendaklah ditentukan keselamatannya. |
ALAT TULIS |
|
d. |
Sebarang kehilangan
atau kecurian barangan ketika di sekolah hendaklah dilaporkan kepada guru
yang berkenaan seberapa segera. |
KEHILANGAN |
|
e. |
Murid ditegah sama
sekali mengambil barangan kepunyaan murid lain tanpa kebenaran tuanpunyanya. |
LARANGAN |
|
f. |
Untuk
kemudahan,labelkan barangan kepunyaan peribadi dengan nama. |
LABEL NAMA |
|
g. |
Pihak sekolah tidak bertanggungjawab
secara langsung atas sebarang kehilangan barangan peribadi. |
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB |
17.
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
|
a. |
Semua murid yang
menikmati kemudahan ini bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan buku
tersebut. |
TANGGUNGJAWAB |
|
b. |
Buku-buku yang
diterima di bawah skim ini hendaklah mendapat pengesahan dari guru yang
tertentu. |
PENGESAHAN |
|
c. |
Penerima skim ini
dikehendaki mengesahkan penerimaan yang dibuat. |
AKUAN |
|
d. |
Semua buku hendaklah dibalut
dan dijaga dengan sebaiknya. |
PENJAGAAN |
|
e. |
Ditegah sama sekali dari melukis, menconteng,mengoyak atau mengeluarkan mana-mana bahagian buku yang
dipinjamkan. |
LARANGAN |
|
f. |
Murid yang berhak menerima skim ini tetapi tidak menikmatinya,bolehlah
berhubung dengan guru yang berkenaan untuk mendapatkannya. |
HAK MEMINJAM |
|
g. |
Buku-buku tersebut
mestilah dibawa ke sekolah mengikut jadual yang ditentukan. |
BAWA KE SEKOLAH |
|
h. |
Sebarang kehilangan
atau kerosakan yang disengajakan oleh penerima,maka buku tersebut hendaklah
digantikan. |
GANTI |
|
i. |
Kegagalan membayar
atau menggantikan mungkin menggagalkan penerima untuk menikmati skim tersebut
berikutnya. |
HILANG KEMUDAHAN |
|
j. |
Sekiranya murid-murid
terjumpa buku-buku teks di mana-mana sahaja hendaklah menyerahkannya kepada
guru pengawas atau ke Pejabat Guru Besar. |
TERJUMPA BUKU |
|
k. |
Murid-murid yang hendak
bertukar atau pindah ke sekolah lain hendaklah memulangkan semua buku
pinjaman kepada guru pengawas atau guru kelas atau ke Pejabat Guru Besar.Jika
tidak berbuat demikian,permohonan pertukaran mungkin ditahan.(Pertukaran ke
luar negeri Perak sahaja). |
BERTUKAR SEKOLAH |
|
l. |
Bagi setiap hujung
tahun,tamat tahun persekolahan,kesemua murid dikehendaki memulangkan kesemua
buku pinjaman kepada guru kelas. |
TAMAT TAHUN
PERSEKOLAHAN |
18.
KEDAI BUKU SEKOLAH
PEMBELIAN ALAT TULIS
|
a. |
Murid-murid digalakkan
membuat pembelian alat tulis melalui kedai buku sekolah. |
SARANAN |
|
b. |
Penjaga murid diminta
mendapatkan senarai keperluan alat tulis lebih awal sebelum tahun pengajian
bermula. |
SENARAI ALAT TULIS |
|
c. |
Pembelian awal tahun hendaklah
dilakukan secara mendaftar semula kepada guru kelas yang berkenaan pada
tarikh yang ditentukan. |
PEMBELIAN AWAL TAHUN |
|
d. |
Pembelian semasa
sepanjang tahun hendaklah dirujuk kepada guru kelas untuk tujuan pembelian
berekod ke kedai buku. |
PEMBELIAN SEMASA |
|
e. |
Pembelian semasa hanya
dibenarkan pada waktu-waktu yang ditetapkkan saja. Pembelian hendaklah
dibuat kepada guru atau orang yang diamanahkan menjaganya sahaja. |
PENJAGA KEDAI BUKU |
|
f. |
Murid-murid
dikehendaki beratur dengan tertib dan tidak membuat bising semasa membeli
barangan. |
BERATUR |
|
g. |
Pastikan barangan yang
dibeli telah diterima dan dibuat pembayaran serta menerima wang baki jika
ada. Murid-murid juga dilarang masuk ke ruang kedai buku jika tidak ada apa-apa
urusan. |
PENERIMAAM PEMBAYARAN |
19.
AKTIVITI
KO-KURIKULUM
|
a. |
Murid-murid tidak
dibenarkan melibatkan diri dengan persatuan-persatuan luar,persatuan
haram,politik dan sebagainya. |
LARANGAN |
|
b. |
Setiap murid dimestikan
memasuki persatuan wajib yang ditetapkan. Kumpulan A : Persatuan
Akademik/Kelab Kumpulan B : Badan
Beruniform Kumpulan C : Permainan
|
PERSATUAN KELAB WAJIB |
|
c. |
Mengambil bahagian
dalam kegiatan yang dipilih berdasarkan minat,bakat dan kebolehan atau
berdasarkan ketentuan oleh sekolah mengikut kemampuan murid. |
PENGLIBATAN |
|
d. |
Wajib hadir pada
hari-hari kegiatan dijalankan.Tidak hadir hanya dibenarkan atas sebab-sebab
kesihatan yang mendapat pengesahan. |
KEHADIRAN |
|
e. |
Jadual waktu kegiatan
adalah disusun mengikut ketetapan yang diberikan oleh jabatan. |
JADUAL |
|
f. |
Sebarang peraturan
tambahan mestilah mendapat kelulusan dari guru besar setelah bermesyuarat
dalam AJK,LDS. |
PERATURAN TAMBAHAN |
|
g. |
Mematuhi peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan. |
PERATURAN |
|
h. |
Pakaian untuk kegiatan
mestilah sesuai mengikut jenis aktiviti yang dijalankan. |
PAKAIAN |
|
i. |
Tidak hadir kegiatan
mestilah dimaklumkan kepada guru yang berkenaan. |
TIDAK HADIR |
|
j. |
Menyelenggara
peralatan dan kelengkapan dengan baik. |
PERALATAN |
|
k. |
Murid-murid yang
terpilih khas untuk sukan tertentu mestilah mematuhi arahan guru petugas dan
guru besar. |
PEMILIHAN |
|
l. |
Mencuba
bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. |
KESUNGGUHAN |
|
m. |
Menanam semangat
kesukanan dan kekitaan. |
SEMANGAT |
|
n. |
Mewujudkan semangat
pertandingan yang sihat samada sebagai peserta atau penonton. |
SEMANGAT PERTANDINGAN |
|
o. |
Mengutamakan
keselamatan diri dan rakan-rakan. |
KESELAMATAN DIRI |
20.
LAWATAN DAN ROMBONGAN
|
a. |
Rombongan anjuran
sekolah mestilah mempunyai matlamat ke arah menambahkan ilmu pengetahuan
samada guru atau murid. |
MATLAMAT |
|
b. |
Mendapat persetujuan dari
guru besar dengan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh jabatan. |
KELULUSAN |
|
c. |
Sebaik-baiknya
rombongan mestilah mempunyai perancangan yamg teliti dan baik (kertas kerja). |
PERANCANGAN |
|
d. |
Aturcara lawatan mestilah
mengikut apa yang telah diputuskan. |
ATURCARA |
|
e. |
Setiap rombongan murid
mestilah mempunyai guru pengawas yang berpengalaman.Sebaik-baiknya guru
pengawas perempuan mestilah ada sekiranya rombongan ada murid perempuan. |
GURU PENGAWAS |
|
f. |
Segala surat-menyurat
yang berkaitan mestilah melalui guru besar. |
|
|
g. |
Peserta rombongan
adalah tertakluk kepada semua peraturan yang telah ditetapkan lebih awal oleh
penganjur rombongan. |
PESERTA ROMBONGAN |
|
h. |
Ahli rombongan juga
mestilah membawa keperluan secukupnya berdasarkan ketetapan yang ditentukan. |
BEKALAN |
|
i. |
Peserta rombongan hendaklah menunjukkan kesopanan dalam segala hal. |
KESOPANAN |
|
j. |
Laporan lawatan/diari
lawatan hendaklah diwujudkan. |
LAPORAN |
21.
RAWATAN KESIHATAN
|
a. |
Pihak Jabatan
Kesihatan ada memberikan perkhidmatan kesihatan kepada murid-murid sekolah
khususnya kepada murid-murid Tahun 1 dan Tahun 6. |
PERKHIDMATAN KESIHATAN
SEKOLAH |
|
b. |
Pihak penjaga murid mestilah
menandatangani akuan membenarkan rawatan kesihatan untuk anak-anak dibawah
jagaannya. |
AKUAN KEBENARAN
PENJAGA |
|
c. |
Sebarang masalah yang
berkaitan dengan kesihatan murid hendaklah dilaporkan kepada guru petugas
harian atau kepada guru besar sekolah ini atau guru yang bertanggungjawab. |
KES |
|
d. |
Rawatan kesihatan
melalui sekolah hendaklah mendapat akuan bertulis dari pihak sekolah. |
AKUAN SEKOLAH |
|
e. |
Penghantaran murid untuk
mendapat rawatan mestilah ditemani oleh guru pengawas atau pekerja sekolah
atau sekurang-kurangnya pengawas murid. |
PENGIRING RAWATAN |
|
f. |
Pihak klinik atau
hospital hendaklah memberi laporan bertulis bersabit dengan kes kesihatan
yang tertentu. |
LAPORAN PEGAWAI
PERUBATAN |
|
g. |
Cuti sakit hanya
diluluskan oleh pihak sekolah sekiranya mendapat akuan dari pihak pegawai
kesihatan. |
CUTI SAKIT |
|
h. |
Setiap kemalangan
dalam kawasan sekolah adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk mendapatkan rawatan
dan memberitahu pihak penjaga. |
KEMALANGAN KAWASAN
SEKOLAH |
22.
BILIK KEMAHIRAN MANIPULATIF
|
a. |
Dilarang masuk tanpa
kebenaran dari guru yang berkenaan. |
MASUK |
|
b. |
Set-set dan peralatan yang
lain tidak dibenarkan dibawa keluar tanpa kebenaran dari guru yang menjaga. |
PERALATAN |
|
c. |
Tidak boleh
menggunakan bilik serta kemudahan yang ada tanpa kebenaran dari guru yang
berkenaan. |
PENGGUNAAN BILIK |
|
d. |
Murid atau pengguna
adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik. |
KEBERSIHAN |
|
e. |
Sebarang kehilangan
dan kerosakan peralatan hendaklah dilaporkan kepada guru petugas. |
KEHILANGAN KEROSAKAN |
|
f. |
Bilik ini perlu dikemas dan disusun setiap kali selepas penggunaan. |
KEMAS |
|
g. |
Pintu bilik ini hendaklah sentiasa berkunci selepas waktu penggunaan. |
PINTU |
23.
PERHIMPUNAN
RASMI
|
a. |
Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari Isnin. |
HARI |
|
b. |
Perhimpunan diadakan pada pukul 7.40 pagi hingga 8.40 pagi. |
MASA |
|
c. |
Perhimpunan diadakan di dewan. |
TEMPAT |
|
d. |
Kesemua murid wajib hadir semasa perhimpunan diadakan. |
MURID |
|
e. |
Kesemua guru juga wajib ada semasa perhimpunan dijalankan. |
GURU |
|
f. |
Murid dikehendaki beratur mengikut kelas dalam barisan yang lurus. |
BERATUR |
|
g. |
Seorang Ketua Murid bertindak memberi arahan atau selaku pengerusi
perhimpunan. |
KETUA MURID |
|
h. |
Format perhimpunan
adalah ditentukan seperti berikut:- -
Menyanyi Lagu
Kebangsaan -
Menyanyi
Lagu Negeri -
Menyanyi
Lagu Pilihan -
Ikrar
Murid -
Doa -
Ucapan
guru petugas -
Ucapan
guru-guru (wakil) -
Ucapan
Penolong Kanan -
Ucapan
Guru Besar -
Persembahan
Murid |
AGENDA PERHIMPUNAN |
|
i. |
Murid tidak dibenarkan
membuat bising. |
TATATERTIB |
|
j. |
Menghormati bendera
dan lagu. |
BENDERA |
|
k. |
Mendengar ucapan
dengan teliti. |
UCAPAN |
|
l. |
Beratur keluar apabila
tamat perhimpunan. |
BERATUR |
24.
KEHADIRAN
KE SEKOLAH
|
a. |
Semua murid wajib hadir
ke sekolah pada hari-hari persekolahan dijalankan. |
HADIR |
|
b. |
Hadir lebih awal ke
sekolah. |
HADIR AWAL |
|
c. |
Kelas bermula paling awal pada pukul 7.40 pagi. |
KELAS BERMULA |
|
d. |
Semua murid dikehendaki berada di dalam bilik darjah apabila
pengajaran bermula. |
|
|
e. |
Kehadiran murid akan ditandakan ke dalam buku jadual kedatangan pada
tiap-tiap hari persekolahan. |
TANDA KEHADIRAN |
|
f. |
Penandaan kehadiran akan ditutup satu jam selepas kelas pertama
dimulakan. |
TUTUP KEHADIRAN |
|
g. |
Murid yang hadir ditandakan (/).Tidak hadir (0).Hadir lewat
(L).Sekiranya murid meninggalkan kelas belum cukup 2 jam ia berada dalam
kelas,maka kehadirannya dikira seperti tidak hadir. |
CARA MEREKOD |
|
h. |
Jika tidak hadir ke sekolah,satu hari pertama,pemberitahuan secara
lisan atau bertulis dari penjaga hendaklah dibuat kepada pihak sekolah dengan
menyatakan sebab-sebab tidak hadir. |
TIDAK HADIR 1 HARI |
|
i. |
Dua hari berturut-turut tidak hadir ke sekolah,pemberitahuan secara
bersurat atas sebab-sebab tidak hadir hendaklah dibuat. |
TIDAK HADIR 2 HARI |
|
j. |
Tiga hari berturut-turut tidak hadir ke sekolah,surat pengesahan dari
doktor atas sebab-sebab kesihatan hendaklah dimajukan kepada pihak sekolah. |
TIDAK HADIR 3 HARI |
|
k. |
Pada hari kegiatan ko-kurikulum dijalankan,kehadiran sebelah petang
juga adalah wajib bagi semua yang terlibat. |
HADIR KO-KURIKULUM |
|
l. |
Murid juga dikehendaki hadir ke sekolah pada hari-hari lain sekiranya
mendapat arahan dari pihak sekolah. |
|
25.
PULANG / BALIK
DARI SEKOLAH
|
a. |
Waktu pulang dari sekolah bagi murid sekolah adalah berbeza antara
Tahap 1 dan Tahap 11. |
WAKTU PULANG |
|
b. |
Bagi Tahap 11,waktu pulang adalah ditetapkan pada jam 1.00 petang pada
hari Isnin hingga Khamis. |
KO-KURIKULUM |
|
c. |
Murid Tahap 11 akan pulang pada pukul 12.00 tengah hari pada hari
Jumaat. |
HARI JUMAAT |
|
d. |
Bagi Tahap 1,waktu pulang adalah ditetapkan pada jam 6.00 petang. |
TAHAP 1 |
|
e. |
Murid tidak dibenarkan pulang lebih awal tanpa sebab-sebab tertentu
dan mendapat kebenaran dari pihak sekolah. |
LARANGAN |
|
f. |
Dinasihatkan kepada semua murid supaya terus pulang ke rumah apabila
tamat waktu persekolahan. |
PULANG KE RUMAH |
26.
YURAN SEKOLAH
|
a. |
Pihak sekolah ada menetapkan kadar bayaran tertentu bagi setiap murid
yang belajar di sekolah ini. |
BAYARAN |
|
b. |
Bagi murid-murid yang baru mendaftar (Tahun 1),pembayaran bermula pada
hari pendaftaran.Pembayaran dibuat kepada guru yang ditetapkan. |
MURID BARU MENDAFTAR |
|
c. |
Pembayaran selepas hari pendaftaran hendaklah dibuat terus kepada
guru-guru kelas yang berkaitan. |
PEMBAYARAN MELALUI GURU KELAS |
|
d. |
Bagi murid-murid tahun
seterusnya, Pembayaran hendaklah
dirujuk kepada guru kelas masing-masing. |
PEMBAYARAN |
|
e. |
Pastikan pembayaran
selaras dengan ketentuan yang telah ditetapkan.Sila dapatkan keterangan jelas
dari pemungut bayaran jika ada sebarang keraguan. |
PEMBAYARAN YANG
SELARAS |
|
f. |
Segala urusan
pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk wang tunai. |
CARA PEMBAYARAN |
|
g. |
Pastikan barangan yang
dibeli diterima dari pihak sekolah ini jika ianya berupa satu pembelian. |
BARANGAN YANG DIBELI |
|
h. |
Dapatkan resit-resit
pembayaran yang sah apabila membuat bayaran. |
RESIT BAYARAN |
|
i. |
Adalah ditegaskan
penjaga murid mestilah menjelaskan bayaran berbentuk yuran dengan kadar
segera.Ini memudahkan serta melicinkan pentadbiran kewangan. |
BAYAR SEGERA |
|
j. |
Pihak penjaga
disarankan supaya merancang perbelanjaan persekolahan anak-anak lebih awal
secara berhubung dengan pihak sekolah untuk mendapatkan butir-butir lanjut. |
PENJAGA MURID |
27.
TUKAR SEKOLAH
|
a. |
Penjaga murid berhak menukarkan
anak di bawah jagaannya ke
sekolah lain atas sebab-sebab yang tertentu. |
HAK |
|
b. |
Pihak sekolah pula
berhak menahan pertukaran seseorang murid sekiranya ada sebab-sebab yang
tertentu. |
PENAHANAN PERTUKARAN |
|
c. |
Segala urusan
pertukaran sekolah mestilah melalui serta merujuk kepada pihak pentadbir
sekolah. |
MELALUI GURU BESAR |
|
d. |
Permohonan pertukaran
yang diluluskan hendaklah mengisi dan menandatangani borang yang tertentu. |
BORANG |
|
e. |
Pihak penjaga dikehendaki
merancang lebih awal sesuatu pertukaran anak di bawah jagaannya. |
PERANCANGAN |
|
f. |
Pihak penjaga
dikehendaki memberikan butir lengkap mengenai pertukaran seperti : nama
sekolah pilihan,sebab pertukaran,masa/tarikh pertukaran dan sebagainya. |
BUTIR PERTUKARAN |
|
g. |
Sebelum pertukaran
berkuatkuasa,pihak penjaga hendaklah merujuk kepada pihak sekolah sekiranya
ada pembayaran yang masih perlu diselesaikan.Pihak sekolah berhak menahan pertukaran
sekiranya pihak penjaga gagal menjelaskan sebarang pembayaran yang belum
selesai. |
PEMBAYARAN YANG BELUM
SELESAI |
|
h. |
Pihak sekolah tidak
menggalakkan pertukaran ke sekolah-sekolah persendirian. |
SEKOLAH PERSENDIRIAN |
|
i. |
Pertukaran untuk
melanjutkan pelajaran ke sekolah
persendirian hendaklah mendapatkan pandangan dari pihak sekolah. |
SARANAN |
|
j. |
Jika penjaga berhasrat
untuk berbuat demikian,satu |
BERHENTI SEKOLAH |
|
k. |
Permohonan masuk
semula atas kes yang di atas hendaklah
dibuat untuk pertimbangan sekolah. |
|
28.
PERTUKARAN MASUK SEKOLAH
|
a. |
Sebarang pertukaran masuk
sekolah hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada sekolah asal. |
RUJUK SEKOLAH ASAL |
|
b. |
Pihak sekolah ini
hanya akan mendaftar masuk pertukaran murid yang mendapat kelulusan dari
pihak jabatan yang berkenaan. |
PENDAFTARAN |
|
c. |
Untuk tujuan tersebut,pihak
penjaga murid yang berkenaan dikehendaki mendapatkan 3 salinan |
|
|
d. |
Pihak sekolah berhak menentukan
sesuatu kelas bagi murid yang bertukar masuk. |
PENENTUAN KELAS |
29.
PENDAFTARAN BARU
|
a. |
Pihak sekolah sentiasa
membuka pendaftaran bagi murid-murid yang berhasrat untuk belajar di sekolah
ini. |
PENDAFTARAN BARU |
|
b. |
Sila bawa bersama |
SIJIL LAHIR |
|
c. |
Pendaftaran untuk
tujuan kemasukan tahun hadapannya akan ditutup pada setiap 1 hb September
sebelumknya. |
TUTUP PENDAFTARAN |
|
d. |
Pendaftaran selepas
tarikh yang berkenaan dianggap pendaftaran lewat.Untuk tujuan pendaftaran
akan diuruskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah. |
PENDAFTARAN LEWAT |
|
e. |
Penjaga murid dilarang mendaftar lebih dari sebuah sekolah bagi seorang
murid secara serentak. |
|
|
f. |
Pihak penjaga yang telah mendaftar dikehendaki mengesahkan pendaftaran
sebelum 1 hb September untuk tahun pengajian hadapannya. |
PENGESAHAN PENDAFTARAN |
|
g. |
Jika ingin mendaftar di sekolah lain,pembatalan pendaftaran hendaklah
dibuat terlebih dahulu di sekolah yang terdahulu. |
PEMBATALAN PENDAFTARAN |
|
h. |
Salinan rekod pendaftaran hendaklah disimpan oleh penjaga untuk tujuan
rujukan semula semasa pengesahan pendaftaran. |
REKOD PENDAFTARAN |
30.
PELAWAT
|
a. |
Selain daripada murid,guru dan kakitangan sekolah,individu lain yang
memasuki kawasan sekolah ini adalah dianggap sebagai pelawat. |
ISTILAH |
|
b. |
Seseorang pelawat hendaklah
bertujuan positif apabila hadir ke sekolah ini. |
TUJUAN |
|
c. |
Seseorang pelawat
hendaklah terlebih dahulu berhubung dengan pihak pentadbiran sekolah (Guru
Besar / Penolong Kanan). |
PERATURAN |
|
d. |
Pihak penjaga dilarang
terus berjumpa dengan guru-guru atau murid-murid.Sebaliknya hendaklah
berhubung terlebih dahulu dengan pihak pentadbir sekolah. |
KEBENARAN |
|
e. |
Pihak penjaga murid ditegah dari berada di kawasan sekitar bilik darjah atau kawasan kakilima semasa guru
sedang mengajar. |
|
31.
JENIS-JENIS
SALAHLAKU MURID
31.1 Tingkahlaku Jenayah
a.
Berjudi
b.
Mencuri
c.
Melawan / Mengancam / Memukul / Mencederakan guru
d.
Melawan / Mengancam / Memukul / Mencederakan pengawas
e.
Memeras ugut
f.
Membuli
g.
Menganggotai kumpulan haram
h.
Menyalahgunakan dadah
i.
Membawa senjata merbahaya
j.
Mencabul kehormatan
k. Mengamcam / Memukul / Mencederakan murid lain
l. Menceroboh bilik khas / kedai buku
sekolah / pejabat sekolah
m. Mengedar dadah
n. Menunjuk perasaan
o. Bertaruh secara kecilan / besaran.
31.2
Tingkahlaku
Lucah
a.
Bercumbu-cumbuan
b.
Berkhalwat
c.
Membawa
bahan-bahan lucah ke sekolah
d.
Mengintai
murid-murid perempuan / lelaki
e.
Menggunakan
kata dan perbuatan lucah
f.
Melukis dan
menulis kata-kata lucah dan gambar lucah.
31.3
Kekemasan
Diri
a.
Berambut
panjang / fesyen keterlaluan
b.
Berkuku
panjang
c.
Bermisai dan
berjanggut
d.
Memakai
pakaian tidak mengikut peraturan sekolah.
31.4
Tingkahlaku
Tidak Mementingkan Masa
a. Berkeliaran di kawasan sekolah
b. Datang lewat ke sekolah
c. Lewat ke perhimpunan
d. Makan di kantin di luar masa rehat
31.5
Tingkahlaku
Kurang Sopan dan Biadap
a. Berkelakuan kasar terhadap guru
b. Berkelakuan kasar terhadap pengawas
c. Berkelakuan kasar terhadap murid lain
d. Berbahasa kesat
e. Menyimpan rokok
f. Menghisap rokok
g. Mengganggu pelajaran dan pembelajaran
h. Tidak menghormati guru
i. Tidak menghormati pengawas.
31.6
Tingkahlaku
Musnah
a. Merosakkan hartabenda sekolah
b.
Merosakkan hartabenda guru besar dan guru-guru
c.
Merosakkan hartabenda kantin sekolah
d.
Merosakkan hartabenda murid lain.
31.7
Tingkahlaku Tidak Jujur / Menipu
a.
Menipu yang melibatkan wang
b.
Menipu yang melibatkan kepercayaan
31.8
Ponteng
a.
Ponteng kelas
b.
Ponteng sekolah
c.
Ponteng perhimpunan
d.
Ponteng kegiatan luat bilik darjah / ko-kurikulum
e.
Ponteng ujian
f.
Ponteng peperiksaan
g.
Ponteng untuk ‘private-study’.
32.
TINDAKAN KE ATAS MURUD YANG MELAKUKAN SALAHLAKU
32.1
Menghubungi
ibu bapa / penjaga
a. Ibubapa / penjaga akan dihubungi sebagai langkah
memberi tahu
akan perihal yang berkenaan.
b. Pihak ibubapa/ penjaga dikehendaki memberikan
maklumbalas
kepada
pihak sekolah.
c. Pihak sekolah akan merekodkan samada pihak
penjaga ada / tiada memberi maklumbalas.
Jika sabit sesuatu kesalahan yang
dilakukan oleh seseorang murid itu setelah disahkan oleh saksi-saksi dan
mesyuarat AJK , LDS akan memutuskan hukuman yang setimpal mengikut jenis
salahlaku yang dilakukan.
32.2
Jenis-jenis
Hukuman
a. Nasihat /
Kaunseling
b. Amaran
c. Rotan 1 kali
d. Rotan 2 kali
e. Rotan 3 kali
f. Rotan melebihi 3 kali
g. Digantung persekolahan
h. Ditukar ke sekolah lain
i. Dibuang sekolah
j. Laporkan kepada pihak polis
33.
RUJUKAN
Dalam
menjayakan dan mengemaskinikan Buku Panduan Peraturan dan Undang-undang ini
berbagai bahan rujukan telah dimanfaatkan untuk menjayakannya.
a.
Buku Panduan
Disiplin
Untuk
Pelajar-pelajar
Terbitan
Bahagian Sekolah-sekolah
Kementerian
Pendidikan
b.
Buku Rekod
Salahlaku
Terbitan
Bahagian Sekolah-sekolah
Kementerian
Pendidikan
c.
Buku Garis
Panduan Kantin Sekolah
Terbitan
Bahagian Sekolah-sekolah
Kementerian
Pendidikan
Kementerian
Kesihatan
d.
Jadual
Kedatangan Murid
e.
Pekeliling-pekeliling
Kementerian
Pendidikan
Jabatan
Pendidikan Negeri
Pejabat
Pendidikan Daerah.
……………………………………………….
……………………………………………….
……………………………………………….
………………………………………………. Tel: ………………………………
Tarikh
: ………………………………….
Guru
Besar,
Sekolah
Kebangsaan Simpang Empat,
Jalan
Haji Mohd Ali,
32000
Sitiawan,
Perak Darul Ridzuan.
PERAKUAN IBUBAPA / PENJAGA
Saya ………………………………………………………………… ibu / bapa /
penjaga kepada .......................................... tahun ...............
telah meneliti dan memahami akan kandungan Buku Peraturan Sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
......................................
( )