SirahOnline KDIM | BankSoalan 

- Kerasulan
   
   
   
   
   

  

 

PENYEKSAAN KE ATAS PARA SAHABAT

 

          Agama Islam semakin berkembang. Kafir Quraisy tidak mempunyai cara untuk menyekat cahaya kebenaran itu daripada terus berkembang. Semakin hari semakin ramai orang yang memeluk Islam. Mereka tidak dapat mengapa-apakan Rasulullah SAW, kerana Baginda dilindungi oleh Abu Thalib dan Bani Hasyim.

 

          Walaupun begitu, ejekan, penghinaan dan penganiayaan tidak henti-henti mereka lalukan ke atas Baginda. Begitu juga yang berlaku kepada sahabat-sahabat yang berkedudukan, yang juga mendapat perlindungan daripada qabilah masing-masing, seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a.

 

          Berlainan pula dengan para pengikut Rasulullah SAW yang lain. Lantaran tidak dapat mengapa-apakan Baginda, mereka melepaskan geram mereka ke atas para sahabat yang lain. Pelbagai cara yang dilakukan oleh orang-orang kafir Quraisy bagi melemahkan semangat Islam dalam jiwa pengikut-pengikut Baginda yang baru mengenal kebenaran itu. Apabila yang masuk Islam itu daripada golongan kaya, mereka mengecamnya, "Apakah kamu berani meninggalkan agama nenek moyangmu, padahal ia lebih baik daripada agama baru yang dibawa oleh Muhammad itu? Akan kami uji sampai ke mana ketabahanmu, akan kami jatuhkan martabatmu, akan kami rosakkan perniagaanmu, serta kami musnahkan semua harta bendamu!" Setelah itu secara bersama-sama mereka menindas kaum mereka sendiri yang telah lebih dahulu beriman kepada Allah SWT.

 

          Apabila yang masuk Islam itu orang-orang yang rendah martabat, miskin dan dari golongan hamba sahaya dari qabilah mereka sendiri, dengan tanpa belas kasihan mereka menyeksanya. Mereka lakukan manusia sama dengan binatang, bahkan lebih kejam daripada itu. Mereka tidak segan-segan membakar tubuh yang hidup itu dengan api yang bernyala, memotong-motong setiap bahagian tubuh dan menanam mereka hidup-hidup.

 

          Antara sahabat-sahabat yang telah membuktikan kekukuhan iman mereka dan kecintaan mereka terhadap Allah SWT dan RasulNya lebih dari segala-galanya termasuklah jiwa mereka sendiri, ialah :

 

          1. Abu Bakar as-Siddiq

          2. Bilal bin Rabah

          3. Khabbab bin Arat

 

 

 

 
       
Copyright � 2003 SirahOnline.cjb.net. All rights reserved.
KDIM. BankSoalan. Feedback


Hosted by www.Geocities.ws

1