|
© Hak Terpelihara Simpulan Bahasa.Com |
| : Format : |
|
Kandungan Kertas Pemahaman Bahasa Melayu Bagi menghadapi UPSR, murid-murid tahun 4 dan 5 sekarang seharusnya sudah mengetahui selok-belok kertas pemahaman ini. Bagi mereka yang kurang faham tentangnya, dijelaskan serba-sedikit tentang kertas itu. Dalam kertas pemahaman, soalan-soalan yang dikemukakan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: 1. Berdasarkan pemahaman teks dan tatabahasa. 2. Berdasarkan penggunaan bahasa (TATABAHASA). Jumlah soalan bagi pemahaman teks ialah 20 soalan. Setiap teks yang diberi diikuti lima soalan. Jumlah soalan bagi tatabahasa pula ialah 30 soalan. Soalan tatabahasa ini merangkumi semua aspek penggunaan bahasa, termasuk penjodoh bilangan, sinonim dan antonim, ayat yang sama makna dan sebagainya. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab 50 soalan kertas pemahaman ini ialah satu jam.Jawapan yang diberi, semuanya dalam bentuk aneka pilihan a,b,c DAN d. |
| : Skema : |
Soalan Penggunaan Bahasa untuk peperiksaan UPSR ialah 30
soalan .
Soalan-soalan merangkumi tajuk-tajuk yang berikut: 1. Penggolongan Kata
2. Antonim dan Sinonim 3. Pembentukan Kata
4. Ayat
5. Peribahasa
6. Kesalahan Umum Tatahasa
|
| : Tips : |
| Jawablah soalan-soalan yang lebih mudah dahulu, kemudian baru selesaikan soalan-soalan yang sukar.Menyemak jawapan yang dipilih sebelum masa ujian berakhir adalah langkah bijak. Ini memberi peluang anda membaiki kesalahan. SEMOGA BERJAYA!! |
