SET PENJAGAAN KECANTIKAN

SET PENJAGAAN KULIT YANG TERUNGGUL

 SKINWHITE merupakan rumusan terkini dari kepakaran dan inovasi Sirim di dalam pembangunan produk kosmetik.  Formula yang mantap ini akan menyerlahkan ciri kejelitaan kulit yang kekal asli.  Siri penjagaan kulit yang eksklusif ini telah melalui protokol Kajian & Pembangunan (R&D) Sirim dengan mengambil aspek tradisional dan moden yang digabungkan agar lebih berkesan menampilkan keserian dan kejelitaan kulit masyarakat Asia.  Sistem penjagaan kulit yang lengkap ini merawat permasalahan kulit serta membersihkan kotoran dan menghilangkan kekusaman kulit muka. Ia turut melindungi di samping memberi nutrisi yang perlu bagi menghidupkan kembali kulit yang bermasalah. Kesan pemutihannya terbukti dapat mengimbangi semula warna kulit yang tidak sekata, kesuraman wajah dan memulihkan jeragat akibat terdedah kepada pancaran matahari, kesan pembentukan melanin dan juga proses penuaan. Hasilnya akan mengembalikan kulit wajah anda lebih cerah, anjal, bermaya dan berseri.

KANDUNGAN UTAMA :

Ekstrak Gamat [Stichopus hermanii] : Kaya dengan nutrien dan asid amino. Keberkesanan tradisionalnya dibuktikan secara saintifik mampu membantu mencantikkan kulit dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baru.

Ekstrak Mulberry & Bearberry : Mengawal pembentukan melanin dan memelihara kecerahan serta keserian kulit.

Ekstrak Mentimun : Melembut, melegakan/merehatkan, menyegar, melembap, meningkatkan pengaliran darah pada permukaan kulit di samping  mencerah, membersihkan dan merawat .

Ekstrak Witch Hazel : Merawat, melembutkan, melindungi dan mengimbangi serta meningkatkan pengaliran darah pada permukaan kulit

Ginkgo Biloba : Melawan radikal bebas, anti radang dan mengaktifkan pengaliran mikro darah

Tocopheryl acetate (Vitamin E) :                                                                                        ·    Sejenis antioksidan yang melembab dan melindungi kulit dari kerosakkan akibat pengaruh  persekitaran.                                                                                              *   Menghalang dari proses penuaan pra-matang dan memelihara kulit agar lembut dan berseri.

Asid laktik (AHA) :                                                                            ·     Sejenis Alpha hydroxyl Asid (AHA) yang lembut                                                    *     Melembapkan, menjana pembentukan kulit baru, mencerah dan menyerikan wajah

Pelindung UV (Octylmethoxycinnamate & Titanium Dioxide) : Memelihara kulit dari pancaran ultra lembayung matahari yang akan mengakibatkan kulit menua dengan cepat dan mengakibatkan kegelapan atau kesuraman pada wajah.

1)    SKINWHITE MILK CLEANSER :  

DISKRIPSI :  Emulsi pembersih yang kaya dan lembut ini, berupaya menanggalkan debu kotoran, sel-sel mati dan jeragat serta solekan pada wajah.  Kesan pelembap dan mencerah dapat mengembalikan kompleksi kulit agar kelihatan lebih cerah berseri. 
CARA PENGGUNAAN :  Sapukan sedikit pada wajah dan leher dengan urutan lembut.  Bersih dengan menggunakan kapas muka yang dilembapkan dengan air.  Digunakan setiap pagi dan malam.
 KANDUNGAN :  Purified water, Gamat (Stichopus hermanii) extract, Caprylic/Capric Triglyceride, Octyldodecanol, Propylene glycol, Sodium lactate, PEG-6 Stearate, Ceteth-20, Glyceryl Stearate, Steareth-20, Cetearyl alcohol, Ethoxydiglycol, Cucumber (Cucumis sativus) extract, Tocopheryl acetate, Xanthan gum, Mitracarpe (Mitracarpus Scaber) extract, Bearberry (Arctostaphylos Uva Ursi) extract, Methyldibromoglutaronitrile, Fragrance, Tetrasodium EDTA

 2)    SKINWHITE TONER :

 DISKRIPSI :  Bertindak seiring dengan pembersih, penyegar ini mudah melupuskan segala kesan kekotoran di samping melembab dan melembutkan kulit. Ia mengecilkan pori-pori terbuka dan turut  memberikan kesegaran.

 CARA PENGGUNAAN :Digunakan selepas membersih dengan SKINWHITE MILK CLEANSER. Basahkan Toner pada kapas muka dan sapukan rata ke seluruh wajah serta leher.

 KANDUNGAN : Purified water, Gamat (Stichopus hermanii) extract, Witch Hazel (Hamamelis virginiana) water, Propylene glycol, PEG-40 hydrogenated castor oil, Octoxynol, Polysorbate 20, Ethoxydiglcol, Cucumber (Cucumis sativus) extract, Provitamin B5, Mitracarpe (Mitracarpus Scaber) extract, Bearberry (Arctostaphylos Uva Ursi) extract, Fragrance, Tetrasodium EDTA, Methyldibromoglutaronitrile, Benzanol, Lactic acid CI 42090

3)    SKINWHITE SPF15 MOISTURIZER :

DISKRIPSI :  Melembut, melicin dan melindungi kulit dari kesan penuaan pra-matang akibat pancaran matahari dengan penghadang SPF15. Selain melembapkan dan mencerahkan warna kulit ia juga sesuai dijadikan asas sebelum solekan.

 CARA PENGGUNAAN :  Calitkan sedikit pada pipi, dagu dan dahi.  Urut dan ratakan dengan lembut ke seluruh wajah dan leher setiap pagi.  Digunakan apabila kulit terdedah kepada sinaran mentari dan diulang pakai jika perlu.

 KANDUNGAN :  Purified water, Gamat (Stichopus hermanii) extract, Octylmethoxycinnamate, Titanium Dioxide, Octyldodecanol, Ethoxydiglycol Oleate, Propylene glycol, PEG-6 Stearate, Ceteth-20, Glyceryl Stearate, Steareth-20, Cetearyl, Zinc Oxide, Dimethicone, Ethoxydiglycol, Cucumber (Cucumis sativus) extract, Tocopheryl acetate, Xanthan gum, Mitracarpe (Mitracarpus Scaber) extract, Bearberry (Arctostaphylos Uva Ursi) extract, Methyldibromoglutaronitrile, Fragrance, Tetrasodium EDTA

 4)    SKINWHITE ESSENCE : 

DISKRIPSI : Formulasi merawat kulit yang tidak berminyak ini khusus untuk mencerah, memulih, menyihatkan dan menjana pembentukan kulit baru.  Ia juga mengembalikan kulit agar tampak lebih berseri, cerah dan bermaya.
 CARA PENGGUNAAN :  Sapu rata pada pipi, dagu dan dahi. 

 KANDUNGAN :  Purified water, Gamat (Stichopus hermanii) extract, Ethoxydiglycol, Mitracarpe (Mitracarpus Scaber) extract, Bearberry (Arctostaphylos Uva Usi) extract, Cucumber (cucumis sativus) extract, PEG-40 hydrogenated castor oil, Octoxynol, Polysorbate 20, Fragrance, Tetrasodium EDTA, Methyidibromoglutaronitrile, Benzanol, CI 420909    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 " MENGEKALKAN TAHAP KESIHATAN ANDA SEMAKSIMUM MUNGKIN "

Biodata Kenali Gamat Testimonial  Penyakit & Rawatan  Senarai Stokis
Forum Sertai Kami Maklumat Ahli Tahukah Anda Hubungi Kami

     

Kembali Ke Laman Pilihan

                    

                   

Hosted by www.Geocities.ws

1