|
KENALI GAMAT |
||||||||||||
|
|
Misteri Keajaiban Alam Semulajadi Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini di sebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah di agungkan dan di manfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu. Tergolong didalam filum Ekinodermata, spesis Timun Laut yang didapati berkesan dari segi nilai keberkesanannya adalah daripada genus Sticophus atau lebih dikenali Gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah 'balat' 'bat' 'brunok' 'trepang atau 'hoi-sum'. Hampir 30 spesis Timun Laut telah dikenalpasti di perairan Malaysia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.Umumnya haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan posterior. Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. Ianya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan Holothurinyang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil. Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai Kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah Holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus. Kajian Timun Laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti baha-bahan bioaktif didalam Gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yang terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Pro. Madya Dr. Ridzuwan Hashim.
Analisa keatas
tubuh dan cecair selom Gamat mendapati yang ianya tinggi dengan
kandungan protein yang melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5%
dan lemak sebanyak 1.5%.
Komponen-komponennya
termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E, zat-zat
galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel, kabalt dan zink.
Kandungan asid
lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik)
dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan
penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu
berupaya mengurang
kan kejadian
pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat
mengurangkan risiko penyakit 'Strok' dan 'Jantung'.
Kedua-dua asid ini
dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel disamping
melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif didalam Gamat
turut berkesan sebagai antioksidan yang membantu mengurang kan kerosakan
sel dan tisu tubuh. Ia juga penting untuk menjamin
kesuburan badan.
Kesan anti-bakteria
anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit.
Gamat juga didapati
mempunyai kesan anti-nosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi
(lawan radang dan surut bengkak).
Kajian pemerhatian
terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan
Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai
agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi).
Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat
sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap
penyakit Aids.
Secara tradisional
pula, GAMAT dipercayai berkesan.....
Menyedari
hakikat Gamat memiliki khasiat keberkesanan yang tinggi
sehingga boleh menandingi Akar Ginseng, maka GESB (Gamat
eMAS sdn bhd) berganding bahu dengan UKM
dan SIRIM Berhad
memformulasikan produk-produk Gamat dibawah pengawasan
pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama
eMas
khusus
untuk anda!
|
|
||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
|
|
|||||||||||
|
" MENGEKALKAN TAHAP KESIHATAN ANDA SEMAKSIMUM MUNGKIN "
|
||||||||||||