4.5 TINDAK BALAS DI ELEKTROD
1. Garam dalam
keadaan lebur atau larutan akueus boleh mengkonduksikan elektrik. Ini
kerana
di dalamnya terdapat ion-ion yang bebas bergerak.
2. Apabila elektrolisis berlaku, hasil-hasil
elektrolisis dapat diperolehi di anod(terminal positif
sel) dan di
katod(terminal negatif sel).
3. Hasil di anod terbentuk daripada
pembuangan
elektron oleh ion-ion negatif yang tertarik ke
anod.
4. Hasil di katod terbentuk daripada penerimaan elektron
oleh ion-ion positif yang tertarik ke
katod.
An+ + ne- g
A
4.51 Contoh-contoh
Elektrolisis kalium bromida lebur
Ion-ion K+ dan ion-ion Br-
dibebaskan apabila kalium bromida dileburkan. Ion K+
tertarik ke katod dan ion Br- tertarik ke anod semasa elektrolisis.
Di
anod ( terminal positif sel ):
Gas bromin bewarna perang terhasil apabila
ion-ion Br- melepaskan elektron seperti berikut:
2Br- g Br2
+ 2e-
Di katod ( terminal negatif sel ):
Logam berkilau kalium terhasil apabila
ion-ion K+ menerima elektron seperti
berikut.
K+ + e- g
K
4.52
Elektrolisis larutan akueus
1. Larutan akueus garam ( sebatian ionik ) mengandungi ion-ion daripada
sebatian tersebut
serta ion-ion hidrogen, H+ dan ion-ion hidroksida,
OH- hasil daripada penceraian separa
air.
H2O(ce) g
H+(ak) + OH-(ak)
2.
Justeru, semasa elektrolisis larutan akueus, 2 jenis kation akan bergerak
ke katod dan 2
jenis anion akan bergerak ke anod. Contohnya:
(a)
Dalam elektrolisis larutan akueus natrium klorida, kation yang bergerak ke
katod ialah ion natrium, Na+ dan ion hidrogen, H+.
(b)
Di anod pula, dua jenis anion yang bergerak ke arahnya ialah ion klorida, Cl-
dan ion hidroksida, OH-
(c)
Satu daripada dua ion di setiap anod dan katod itu akan dinyahcaskan secara
pilihan.
3. Faktor-faktor yang menentukan ion yang akan
dinyahcaskan secara pilihan:
(a)
Kedudukan ion dalam siri elektrokimia
(b)
Kepekatan ion
(c)
Jenis elektrod yang digunakan
Eksperiman Kesan
Mengkaji Jenis Ke Atas Elektrolisis Larutan Akueus
- Sila klik di sini.
MUKA SURAT
SETERUSNYA
Perkataan
atau frasa yang diwarnakan ungu - frasa penting yang perlu
diingat kerana soalan SPM sering berpandukan isi tersebut.
Persamaan
yang diwarnakan biru - persamaan kimia yang perlu dihafal kerana persamaan
tersebut sering ditanya dalam peperiksaan SPM.