Eksperimen:
Mengkaji kesan jenis elektrod ke atas elektrolisis larutan akueus
1. Elektrolisis
larutan natrium klorida pekat dengan katod merkuri.
(a) Sebuah tiub-U diisi dengan merkuri supaya merkuri berada di antara
bahagian dasarnya.
(b) Salah satu lengan
tiub-U diisi dengan elektrolit larutan natrium klorida 2 mol dm-3 .
(c) Lengan yang kedua
diisi dengan air suling.
(d) Elektrod karbon
dipasang kepada bateri supaya menjadi anod.
(e) Seutas wayar
disambung daripada bateri kepada lapisan merkuri supaya merkuri
menjadi katod.
(f) Suis
dihidupkan.
(g) Keputusan:
Di anod:
Gas bewarna kuning-kuningan terbebas.
Gas ini melunturkan kertas litmus lembap. Klorin
terhasil.
2Cl-
"
Cl2 + 2e-
Di katod: Logam
natrium terhasil dan membentuk amalgam dengan merkuri.
Na+
+ e-
"
Na
Na + Hg
"
NaHg
(h) Natrium terenap melalui nyahcas ion Na+ kerana elektrod merkuri digunakan.
(i) Rajah
menunjukkan proses elektrolisis berlaku.
2. Elektrolisis larutan
akueus kuprum(II) sulfat dengan elektrod-elektrod
(a) Larutan kuprum(II) sulfat
dimasukkan ke dalam sebuah litar.
(b) Elektrod-elektrod kuprum
dicelupkan ke dalam larutan akueus kuprum(II) sulfat. Litar
dilengkapkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
(c) Suis dihidupkan dan arus
elektrik dibiarkan mengalir selama 20 minit.
(d) Pemerhatian di anod dan
katod dicatatkan.
Di
anod: Kepingan anod kuprum terkakis. Jisimnya berkurangan berbanding
dengan
jisim asal. Atom kuprum menjadi ion Cu2+.
Cu
"
Cu2+ + 2e-
Di katod:
logam kuprum terenap di katod. Ion-ion
Cu2+ dan H+ tertarik
kepada anod. Ion
Cu2+ dinyahcaskan secara pilihan.
Cu2+ + 2e-
"
Cu
(e) Oleh itu, jenis elektrod
mempengaruhi hasil yang terbentuk di elektrod.
Balik
(PAGE 4)