4.53 Siri
elektrokimia
1. Dalam bab Elektrokimia, siri elektrokimia
merupakan satu siri yang agak penting untuk
diingati dan soalan yang sering
keluar di peperiksaan SPM biasanya berkaitan dengan siri
elektrokimia.
2. Ion-ion yang dipilih
untuk dinyahcas adalah mengikut kedudukannya dalam siri
elektrokimia.
3. Susunan ion ion dalam siri elektrokimia
adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.
Bagi kation:
K+
Na+
Mg2+
Al3+
Zn2+
Fe2+
Sn2+
Pb2+
H+
Cu2+
Ag+
Kecenderungan ion untuk dinyahcas akan bertambah dari
ion kalium,
ion natrium dan seterusnya hingga ke ion argentum.
Bagi
anion:
F-
SO42-
NO3-
Cl-
Br -
I-
OH-
Kecenderungan ion untuk dinyahcas akan bertambah dari
ion fluorida,
ion sulfat dan seterusnya hingga ke ion hidroksida.
3. Contoh-contoh lain:
(a)
Elektrolisis larutan kalium iodida cair
Ion-ion K+ Dan H+ bergerak ke
katod, manakala ion-ion I- dan OH- bergerak ke anod.
Di katod: Ion H+ dipilih untuk dinyahcas.
2H+ + 2e-
g
H2
Di anod : Ion OH- dipilih untuk dinyahcas.
4OH- g 2H2O
+ O2 + 4e-
(b)
Elektrolisis larutan kuprum(II) klorida cair
Ion-ion Cu2+ dan H+ bergerak
ke katod, manakala ion-ion Cl- dan OH- bergerak ke anod.
Di katod: Ion Cu2+ dipilih untuk
dinyahcas.
Cu2+ + 2e- g
Cu
Di anod : Ion OH- dipilih untuk
dinyahcas.
4OH- g 2H2O
+ O2 + 4e-
MUKA SURAT SETERUSNYA
Perkataan
atau frasa yang diwarnakan biru - frasa penting yang perlu
diingat kerana soalan SPM sering berpandukan isi tersebut.
Persamaan
yang diwarnakan jingga - persamaan kimia yang perlu dihafal kerana persamaan
tersebut sering ditanya dalam peperiksaan SPM.