4.7 TENAGA ELEKTRIK DARIPADA BAHAN KIMIA

1. Tenaga elektrik boleh dijanakan daripada sesuatu tindak balas kimia.
2. Sel kimia ialah sel yang boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya.
3. Sel elektrolisis ialah sel di mana tindak balas kimia berlaku apabila arus elektrik dialirkan melaluinya.
 
 
 
4.71 Pembinaan sel kimia yang ringkas
1. Dua Logam yang berlainan dicelupkan ke dalam suatu larutan elektrolit.
2. Logam-logam itu disambungkan melalui litar luar kepada sebuah galvanometer.
3. Arus elektrik yang mengalir dapat dikesan melalui pesongan jarum galvanometer.
4. Rajah dibawah menunjukkan binaan sebuah sel.

             

 
4.72 Sel dengan titian garam
1. Sel kimia boleh didirikan dengan menggunakan titian garam seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
 
             
2. Sel yang mengandungi jalur kuprum dan dicelupkan dalam larutan kuprum(II) sulfat serta sel yang mengandungi jalur zink dan dicelupkan dalam larutan zink sulfat dipanggil setengah sel.
3. Persamaan untuk mewakili tindak balas di setengah sel dikenal sebagai setengah persamaan. Contoh setengah
   persamaan:
  Di jalur zink : Zn " Zn2+ + e-
  Di jalur kuprum : Cu2+ + 2e- " Cu
4. Persamaan keseluruhan mewakili cantuman dua setengah persamaan.
                                    Zn + Cu2+ " Zn2+ + Cu
5. Titian garam berfungsi untuk memisahkan 2 larutan tetapi membenarkan pengaliran ion.

 

MUKA SURAT SETERUSNYA

 
Perkataan atau frasa yang diwarnakan merah jambu- frasa penting yang perlu diingat kerana 
soalan SPM sering berpandukan isi tersebut.
 
 
 
Persamaan yang diwarnakan ungu - persamaan kimia yang perlu dihafal kerana persamaan
 tersebut sering ditanya dalam peperiksaan SPM.
Hosted by www.Geocities.ws

1