Muhasabah Diri......
Satu Muhasabah
  • Tahukah anda bahawa sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja maka telah kafir terang-teranganlah dia?
  • Islam mewajibkan lelaki dan wanita menutup aurat, sejauh manakah anda telah melaksanakan tanggungjawab ini?
  • Islam mewajibkan setiap anak agar menghormati kedua ibu bapa mereka. Pernahkah anda mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana bersusah payah membersarkan anda?
  • Guru adalah ibarat ibu dan ayah anda ketika di sekolah, setakat manakah anda menghormatinya dan pernahkah anda ingkar terhadap arahan yang diberikan?
  • Sebagai seorang anak, pernahkah anda terfikir untuk membalas jasa ibu dan bapa apabila anda dewasa kelak?
  • Pernahkah anda bercita-cita untuk menjadi seorang insan yang bukan sahaja berjaya di dunia tetapi juga di akhirat?
  • Bila disebut dosa, sejauh manakah anda gerun dengan perkataan ini?
  • Pernahkah anda terfikir untuk memperbaiki kelemahan diri anda dari semasa ke semasa?
  • Islam mengajar setiap manusia supaya sering bersabar dan tidak cepat berputus asa. Adakah anda juga begitu?
  • Islam menggalakkan manusia menggauli orang baik dan soleh. Berapa ramaikah orang baik dan soleh yang anda kenali dan gauli?
  • Setiap insan digalakkan berdoa kepada Allah S.W.T. di setiap ketika. Adakah anda berdoa ketika memerlukan sesuatu atau ketika berada dalam kesusahan sahaja?




BEBERAPA KEADAAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: �Ada sepuluh golongan umatku akan dihalau dan dikumpulkan di Padang Mahsyar. Masing-masing mereka dalam keadaan yang berbeza-beza. Dan semua itu telah dibezakan secara tersendiri oleh Allah. Rupa sepuluh golongan itu telah ditukar oleh Allah dan diganti tidak wujud sebagai manusia yang sempurna, Mereka ialah;
  1. Wajah berupa seekor kera. (Pembalasan kepada manusia yang suka mengadu domba)
  2. Wajahnya berupa seekor babi. (Pembalasan kepada manusia yang suka memakan makanan yang haram dan suka melakukan kemaksiatan)
  3. Tejungkit kakinya ke atas dan kepalanya ke bawah. (Pembalasan kepada mereka yang memakan harta riba)
  4. Buta dan dipimpin. (Pembalasan kepada yang curang menegakkan hokum)
  5. Meraka dihalau dengan keadaan bisu dan tuuli deta tidak berakal. (Inilah pembalasan kepada manusia yang riak sombong, bangga diri dan merasa kagum dengan kelebihan dan amalan sendiri)
  6. Menguyah lidahnya sendiri, sedang lidah terjulur ke bawah sampai ke dada.Sementara dari mulutnya keluar nanah yang sangat jijik. (Pembalasan kepada manusia yang pandai bercakap tetapi ucapannya berlainan sekali dengan perbuatannya)
  7. Kedua tangan dan kakinya terpotong. (Pembalasan kepada manusia yang suka menggangu jiran tertangga)
  8. Tersalib di pohon kurma dari neraka. (Pembalasan kepada manusia berkempen dan menajak manusia supaya membela penguasa Negara yang tidak jujur kepimpinannya)
  9. Busuk lebih dari bangkai. (Pembalasan kepada manusia yang menggunakan nikmat tetapi tidak bersyukur dan berzakat)
  10. Memakai pakaian dari besi yang panas. (Pembalasan kepada manusia yang takabbur, bongkak dan sombong)
Bagaimanakah keadaan kita sebagai hamba Allah yang hina ini di Padang Mahsyar kelak?






10 GOLONGAN SOLAT TIDAK DITERIMA ALLAH S.W.T. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: �Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memeklihara solat , maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya�. (tabyinul Mahaarim) Malah, Rasulullah s.a.w. turut bersabda bahawa; Sepuluh orang solatnya tidak akan diterima Allah S.W.T. :
  1. Orang yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Lelaki yang menjadi imam, padahal makmum membencinya.
  4. Orang yang melarikan diri dari perjuangan.
  5. Lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
  6. Perempuan yang suaminya marah padanya.
  7. Perempuan yang mengerjakan solat tetapi tidak menutup aurat.
  8. Imam atau pemimpin yang sombong, zalim dan menganiaya.
  9. Orang yang suka makan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.�
Bagaimanakah solat kita?


8 JENIS MANUSIA
Pertama: Manusia Mukmin
Manusia mukmin ialah seorang yang mempercayai dangan sepenuh hatinya dan benar-benar yakin terhadap apa yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah benar datangnya daripada Allah S.W.T.Dan segala pengetahuan yang diperolehinya digunakan untuk menguatkan lagi iman yang ada di dalam jiwanya. Paling utama seseorang itu sentiasa taat dan patuh kepada suruhan dan sentiasa menjauhi segala laranganNya. Bahkan kehidupannya sentiasa berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman hidup.
Kedua: Manusia Muslim
Manusia muslim ialah mereka yang tunduk dan patuh terhadap apa yang telah dibawa Rasullullah s.a.w. Ia mengaku dengan bersaksi dan membenarkan Allah dan rasulNya disamping menunaikan kesemua rukun Islam dan mengerjakan segala apa yang diperintahkan dan meninggalkan segalalarangan. Iman dan Islam kedua-duanya tidak dapat dipisahkan kerana mempunyai hubungan yang sangat rapat.
Ketiga: Manusia Munafiq
Manusia munafiq mengikut istilah syara� ialah mereka yang menyembunyikan kekafirannya dengan berpura-pura menunjukkan keIslamannya dari cara percakapannya atau perbuatannya. Ia mengaku serta berikrar sebagai seorang Islam tetapi di dalam hatinya ia menolak sama sekali kebenaran ajaran-ajaran yang terkandung di dalam syariat Islam. Manusia munafik di akhirat nanti tempatnya adalah di neraka yangpaling bawah sekali dan paling pedih azab seksaannya.
Keempat: Manusia Musyrik
Manusia musyrik ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu mkhluk lain atau mempercayai bahawa adanya satu kuasa lain yang lebih berkuasa dari Allah. Manusia yang melakukan syirik dipanggil �Musyrik�. Syirik dapat dibahagikan kepada dua iaitu kategori utama iaitu:
  1. Syirik Akhbar (besar) Iaitu mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk dan mempercayai ada kuasa lain yang lebih berkuasa dari Allah seperti memuja tempat keramat, kubur lama, pokok kayu, matahari dan sebagainya.
  2. Syirik Asghar(kecil) atau syirik amali. Syirik jenis ini tidak sampai kepada peringkat terkutuk tetapi ia berkaitan rapat dangan adab serta akhlak dan ia tidak menyebabkan seseorang itu terkeluar dari agama Islam. Syirik kecil ini sebagai contohnya seperti mengerjakan sesuatu amal ibadat kerana riya� atau ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Kelima: Manusia Kafir
Manusia kafir pula ialah mereka yang mengingkari akan keEsaan Allah,tidak mempercayai kenabian Nabi dan juga tidak mengaku kebenaaran syariatnya bahkan juga mereka yang mengingkari salah satu atau keseluruhannya di panggil �Kafir�. Kafir boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
  1. Kafir Jahli: Kekafiran ini adalah disebabkan oleh kejahilannya sendiri.
  2. Kafir Yahudi: Kekafiran yang disebabkan oleh kerana terasa terhina dan takut di malukna oleh masyarakat sekitarnya ia memeluk Islam. Bahkan takut juga kedudukan dan kehormatannya terjejas sekiranya dia memeluk Islam.
  3. Kafir Hukmi: Kekafiran yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan atau perilaku yang bertentangan dengan keimanan seperti menghina kitab Al-Quran,hukum-hakam yang terkandung di dalamnya serta sunnah Nabi.
Keenam: Manusia Murtad
Iaitu manusia yang tidak lagi tunduk dan patuh kepada syariat Islam atau meninggalkan dan menceraikan diri dari jemaah Islam. Manusia yang menghalalkan perkara yang telah diharamkan Allah dan mengharamkan perkara yang telah dihalalkan oleh Allah juga dihukum sebagai �Murtad�. Seseorang yang murtad adalah mereka yang kembali menjadi kafir.
Ketujuh: Manusia Fasiq
Iaitu manusia yang terkeluar dari jalan kebenaran serta tidak mempedulikan segala titah perintah Allah S.W.T. Setiap masalah yang dihadapi mereka tidak diselesikan mengikut syariat Islam sebaliknya mengikut kehendak hawa nafsu sendiri.
Kelapan: Manusia Zalim
Iaitu manusia yang berhati kejam serta tidak memiliki rasa takut walau sedikitpun kepada Allah S.W.T. Mereka ini tidak lagi beriman dantergolong dalam golongan orang kafir.Allah amat membenci terhadap golongan seperti ini.
Selaku manusia yang telah dikurniakan akal fikiran kita seharusnya mampu menilai diri kita.Adakah kita ini layak menjadi manusia jenis Mukmin dan Muslim?, atau sebaliknya.

PERHATIAN !

Ingin Mencari Duit Sampingan!! @ Tamabahan !!?! Mudah Sahaja Anda Hanya Perlu Mengorak Langkah Bersama-sama Saya Menuju Kejayaan!! "Setiapa Insan Itu Perlu Berusaha Dengan Tenaganya Sendiri Dimana Ianya Akan Memberikan Rezeki Yang Halal Insya'Allah" Untuk Itu Anda Hanya Perlu ---->Sila Klik Di Sini!<--- Mari.....~..Mari!!Siapa Cepet Dia Dapat!!!
www.allaahuakbar.net
www.islamiway.spyw.com
shukur.jentayu.com
www.karangkraf.com.mywww.islam.gov.my
Renungan| Muhasabah Diri| Nama Putera Islam| Nama Puteri Islam Fadhilat| Irama Nasyid
Hosted by www.Geocities.ws

1