banner
Halaman Utama
Tasik Biru
Kem Tentera
Templer Park
Batu Cave
FRiM

Templer Park a.k.a Sungai Kanching


 
Taman Templer ini terletak 22km ke utara Kuala Lumpur yang sibuk dengan hiruk pikuk kemajuannya. Sebuah syurga tropika, Taman Templer adalah tempat yang hebat untuk melihat burung, meredah hutan, bermandi manda dan juga berkelah atau berkhemah. Bukan sahajaia menawarkan suasana yang indah dengan tarikan yang  menjulang tiggi berhampiran tepi, iaitu bukit batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun. Taman Templer juga sesuai dijadikan tempat untuk berehat dan merehatkan minda  dari kesibukan kehidupan di bandar.



Sungai Kanching a.k.a Taman Templer ini terdapat air terjun yang dinamakan sebagai Air Terjun Kanching. selain laluan hutan dan tempat-tempat berkelah, terdapat juga, kolam untuk anda berenang. Taman ini juga menyediakan tempat bermandi manda untuk kanak-kanak. Jadi tiada keraguan bagi setiap peringkat umur. Ia juga menawarkan keamanan,  ketenangan dan bersantai dengan udara yang segar dan keindahan yang menakjubkan.





Gerai-gerai makanan, cenderahati, dan penyewaan kelengkapan untuk aktiviti disini juga disediakan. Taman Templer ini juga dekat dengan Institut Kraftangan Negara (IKN). Jadi, sesiapa yang berminat untuk berkunjung ke sana setelah puas berkelah di sini, boleh menyinggah mencuci mata di IKN.