banner
Halaman Utama
Tasik Biru
Kem Tentera
Templer Park
Batu Cave
FRiM

TASIK BIRU a.k.a LAGUNA BIRU
Tasik ini terletak di Kundang, Rawang, Selangor.

TASIK BIRU

Tasik ini merupakan kawasan bekas lombong yang agak popular di kalangan penduduk setempat terutama pada hujung minggu. Pemandangan di sini cukup indah. Kawasan persekitaran yang agak bersih menarik ramai pengunjung untuk hadir ke sini.  Pada masa ini, kemudahan yang disediakan untuk para pelawat ialah gerai penjaja.Kebiasaanya, boleh dikatakan setiap petang, ramai yang mengunjungi tasik ini untuk menenangkan fikiran dan berjoging. Antara aktiviti yang dilakukan di tasik ini pada hujung minggu ialah berenang, memancing, sesi penggambaran untuk pra-perkahwinan, sesi penggambaran untuk beberapa drama television, latihan kebakaran untuk para bomba dan juga permainan jest ski yang semakin popular pada masa kini.

tasik  biru

Gerai makanan di pinggir tasik menyediakan tempat untuk berehat dan makan untuk seisi keluarga.

tasik biru

Ramai remaja dan juga kanak-kanak bermandi-manda disini hampir setiap hujung minggu dan berkelah bersama keluarga mereka.

tasik biru

Pemandangan ketika matahari terbenam dan juga terbit boleh didapati di sini. Indah sungguh ciptaan Tuhan.

tasik biru
tasik biru

Homestay juga disediakan untuk pengunjung yang ingin bermalam. Harga yang disediakan untuk para pengunjung juga berpatutan. Jadi, daatanglah ke TASIK BIRU a.k.a LAGUNA BIRU di Kuang, Selangor!

tasik biru