Perkara Yang Dapat Melepas/Meringankan Dari Seksaan Kubur
Untuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya, seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w dalam Hadith dan Sunnah :
1. Memelihara Solat 5 Waktu.
Berdasarkan Hadith oleh
Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya "Az-Zawaajir"
bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu itu akan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya orang yang
mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang
rusuknya.
2. Selalu Membaca
Surah Al-Ikhlas
Terutamanya dalam kesakitanyang
membawa kematian Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda :
"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur; dan dihari
Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke
Syurga." (bagi mereka yg beriman).
** Akan
tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh Abu Nu'aim adalah didapati sanadnya
Maudhuu.
3. Senantiasa membaca
Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.
Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah" (Pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau
bersabda; "Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaan
Kubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusi Ibnu 'Abbaas adalah bertaraf
Hasan. "Siapa
yang pada setiap malam membaca Tabaarak.., adalah dia
akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur" Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu
Mas'uud. Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau
membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah) dan Tabaarak.
4. Mati Syahid
Hadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajah
bahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan
kubur. Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia
mendengar Nabi s.a.w bersabda : "Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah
lebih utama".Terkadang berliau bersabda: Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat
(pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedang
hatinya masih terikat dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah)nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah
kubur; sedangkan amalannya subur(terus bertambah;dipahalai sebagai
hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat." Riwayat At-Turmudzi; Hasan
5. Mati di malam atau siang hari
Jumaat
Rasullulah s.a.w bersabda : "Tiadalah
seseorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur"
Riwayat At-Turmudzi:Marfuu'
6. Mati sebab sakit dalam perut
Abu Daud
mengeluarkan Hadis secara Marfuu':"Siapa mati
disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat Ibu Maajah Al
Baihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap ia Hasan.
7. Tidak
ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah
Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah saw
bersabda:
"Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu
wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yang menangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan
mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati dan terharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan
menangis sahaja" Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
8. Selalu
diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan
Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda :
"Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan) Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya
sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung dibawah
naungan sedekahnya di hari Kiamat" Riwayat At-Tabaraani
9.
Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolongi orang sedang dianiayai
Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah
memberitakan : "Ada seorang hamba Allah yang
diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya.
Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa
supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa
hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan.Akan
tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api.Sesudah api hilang(padam)dan dia sembuh dari pukulan itu
maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialah
disebabkan) engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah
melalui orang yang sedang dianayai tetatpi engkau tidak
memberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi
10. Selalu memohon
pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur
Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim,
Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan
Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan
doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari
empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud
Akhirnya sebagai satu sunnah bgainda saw (yg perlu
diikuti segera) iaitu dibacakan debelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi :
"Wahai Allah,
sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau
daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan
daripada/fitnah (gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"
11. Seseorang
hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan
salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah saw berbunyi:
"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku" Riwayat Abi Umaamah
Wallahu'walam. Semoga kita mendapat faedah
dari pengajaran ini. Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang
ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr