TANDA-TANDA KIAMAT KECIL 
[berdasarkan hadis]


Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a.,
katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku
menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.
"Baginda menyebutkan salah satu di antaranya,
iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia
yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan
terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
"Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai
Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;
"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara
tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" -
Riwayat Nasai.


Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan
dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat
sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk
dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim


Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang
hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang
baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran - Riwayat Ahmad


Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara
tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani


Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari
kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada
orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian
wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang."


Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda
telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya)
bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar
yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang
belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh
bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" -
Sahih Muslim


Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" -
Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan
datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang
rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Amalan Ayat Kursi

Amalan 7 kalimah

Asmaul Husna

Surah Al Ikhlas

7 macam pahala selepas mati

Waktu mustajab berdoa

Back to Menu

Hosted by www.Geocities.ws

1