Surah Al Ikhlas
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang
direjam,dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan
yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar
umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas
(iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.)
sebanyak 3 kali.Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang
di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawabpersoalan
kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit
sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat
dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).Rasulullah SAW
pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu
yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu
cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina
Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina
Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan
mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke
langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak
jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan
luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke
barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang
mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai
membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami
berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid
walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu
kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham
akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'
Sesungguhnya apabila
matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya
bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada