Kesan kemiskinan- Isu kawasan
setinggan
Fenomena setinggan telah menjadi
masalah utama negara sejak dari
dahulu lagi dan sering dikaitkan dengan gambaran yang bercanggah dengan
nilai-nilai kehidupan yang ideal. Antara masalah tersebut ialah kesesakan
penghuni, keadaan bangunan buruk dan berselerak,
kemiskinan, masalah sosial, tiada kemudahan
infrastruktur dan sebagainya.
Pertumbuhan bandar di negara ini lebih tertumpu kepada aktiviti
perindustrian dan ia memberi kesan kepada pertambahan peluang pekerjaan.
Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat di antara tahun 1991 hingga 1997 telah
memberi sumbangan yang besar kepada perubahan struktur sosial dan ekonomi negara
yang mengarah kepada perkembangan pesat perindustrian dan perbandaran.
Perkembangan ini, memberi lebih banyak peluang ekonomi dan peluang pekerjaan di
pusat-pusat bandar dan telah menyebabkan ramai penduduk luar bandar atau bandar
kecil berhijrah ke pusat-pusat bandar. Ini mengakibatkan penduduk di pusat-pusat
bandar bertambah dengan pesat tetapi di sektor perumahan yang tidak dapat
menampung kepesatan penduduk di pusat-pusat bandar telah menyebabkan wujudnya
setinggan
Masalah ini turut menyumbang kepada wujudnya masalah-masalah lain seperti
jenayah, dadah dan sebagainya. Berdasarkan kajian setinggan di seluruh Malaysia
mendapati terdapat sebanyak 114,944 unit bangunan kediaman setinggan
dengan anggaran penduduk setinggan berjumlah 557,679 orang yang wujud di
seluruh negara. Jumlah kampung setinggan di seluruh Malaysia adalah 1,032
buah khususnya tertumpu di negeri selangor, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan negeri Sabah. Kebanyakan petempatan setinggan terdapat di
kawassan-kawasan pantai (atas laut), bekas-bekas lombong, rizab jalan, rizab
sungai, rizab keretapi dan kawasan pinggir bandar yang belum dibangunkan
lagi.
Hasil analisis mendapati hampir semua penduduk setinggan adalah terdiri daripada warga asing kecuali di negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Peratusan paling tinggi adalah di negeri Sabah (warga Filipina) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (warga Indonesia). Penghijrahan warga asing ini tanpa kawalan mengakibatkan wujudnya pelbagai implikasi seperti petempatan warga asing, masalah sosial dan juga masalah jenayah seperti gangsterisme, kecurian, dadah, lanun dan sebagainya.
Analisis juga mendapati terdapat isi rumah setinggan yang berpendapatan kurang daripada RM460.00 sebulan (garis kemiskinan) dan juga berpendapatan kurang daripada RM300.00 sebulan (golongan termiskin). Terdapatnya juga sebilangan penduduk setinggan yang tiada pelajaran formal dan berpendidikan sekolah rendah. Misalnya di negeri Sabah terdapat ramai penduduk setinggan yang buta huruf dan tidak boleh membaca mengakibatkan mereka terpinggir dari sektor pekerjaan dan pembangunan.
Dari segi ciri-ciri petempatan setinggan di seluruh negara, didapati
kebanyakan negeri seperti Sabah, Pahang dan lain-lain lagi mempamerkan keadaan
fizikal bangunan kediaman yang daif dan kemudahan infrastruktur yang kurang
memuaskan.
Menyedari kerumitan ini, Kerajaan merangka dasar dan strategi kawalan untuk penempatkan semula setinggan. Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mencapai setinggan sifar pada tahun 2005 nanti.
Bagi mencapai sasaran ini, Kerajaan merancang membina lebih banyak rumah
kos rendah atau rumah mampu dimiliki untuk dijual dan disewa bagi penempatan
semula setinggan. Disamping itu Kerajaan juga berusaha meningkatkan pembinaan
rumah kos sederhana rendah dan kos sederhana bagi membolehkan setiap keluarga
mampu memiliki rumah. Dalam Rancangan Malaysia Ke 7 (1996-2000) sebanyak
491,135 unit rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana
telah berjaya dibina. Dalam RM 8 (2001-2005) Kerajaan membuat unjuran membina
sebanyak 479,000 unit rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan kos
sederhana. Perancangan rapi ini menunjukkan Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh
bagi memastikan negara kita bebas setinggan menjelang tahun
2005
TABURAN BILANGAN PENDUDUK DAN
BANGUNAN KEDIAMAN SETINGGAN
DI
MALAYSIA PADA TAHUN 1999
|
NEGERI |
BILANGAN BANGUNAN KEDIAMAN
SETINGGAN |
BILANGAN PENDUDUK
SETINGGAN |
|
SELANGOR |
33,829 |
171,396 |
|
SABAH |
31,394 |
150,290 |
|
KUALA LUMPUR |
23,970 |
129,129 |
|
JOHOR |
7,280 |
29,157 |
|
SARAWAK |
5,999 |
26,211 |
|
PERAK |
3,540 |
13,393 |
|
KEDAH |
2,824 |
11,262 |
|
PULAU PINANG |
1,713 |
6,231 |
|
KELANTAN |
1,654 |
7,682 |
|
PERLIS |
1,002 |
4,807 |
|
PAHANG |
869 |
3,691 |
|
TERENGGANU |
632 |
3,155 |
|
NEGERI SEMBILAN |
196 |
1,130 |
|
MELAKA |
42 |
145 |
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
114,944 |
557,679 |
Sumber: Stastistik tahunan bilangan dan bangunan kediaman setinggan di Malaysia,Buku Laporan Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1999.