Kursus Pengantar Pengajian Pembangunan

Pembangunan ekonomi adalah pertumbuhan ekonomi yang disertai dengan pembangunan dari aspek sosial, budaya dan politik dalam masyarakat.  Namum  demikian dalam keadaan nyata hal sedemikian tidak semestinya berlaku selalu. Pembangunan ekonomi di negara membangun menunjukkan bahawa kemajuan pesat ekonomi telah menimbulkan pelbagai masalah sosial dan meninggalkan kesan sampingan seperti pencemaran alam, kapitalisme-kroni, rasuah, konflik etnik, penderaan dan penindasan kanak-kanak serta pengabaian golongan istimewa dan warga tua.

Kelemahan kursus ini ialah , ia perlu mengajar pembangunan di luar negara dan bandingkan dengan pembangunan tempatan ,bagi menyedarkan mahasiswa/I tentang kelebihan dan kelemahan pembangunan secara khusus.Selain itu, satu lawatan ringkas perlu dibuat ke kawasan-kawasan yang belum membangun/hanya sara diri /miskin.Melalui harsat ini,mahasiswa/I akan terbentuk satu minda di mana mereka mempunyai satu semangat untuk membangun tempat itu melalui pembelajaran yang dilalui.

Kebaikan kursus pengantar pengajian pembangunan ini sebenarnya lebih memberi penekanan yang luas dan memberi pengalaman serta pengetahuan am mendalam.Pembelajaran tentang pembangunan akan lebih berkesan dengan menunjukkan gambar-gambar sebenar diambil bagi memupuk gambaran atau penglihatan mahasisiwa/I untuk terus membero perhatian tentang kursus ini.

Maka,kami mempelajari kursus ini,pengantar pengajian pembangunan ini dapat memberi manfaat dan sumbangan besar serta member satu pengajaran yang sempurna untuk mendidik setiap mahasiswa/i memahami serta menghargai pembangunan sesebuah negara.Tanpa pembangunan sesebuah negara tidak dapat maju dengan baik ,sebaiknya juga dengan pembangunan  boleh menjejaskan negara.

BACK     NEXT

Hosted by www.Geocities.ws

1