Kemiskinan ialah satu masalah yang amat lama wujud dalam kehidupan manusia. Usaha demi usaha dijalankan untuk mengatasinya, namun kemiskinan tetap menjadi satu kenyataan dalam kehidupan manusia. Kertas kerja ini bertujuan untuk menerokai kemiskinan yang ujud, mengenalpasti memahami dan menganalisis dengan lebih dekat terutama kemiskinan di Malaysia. Beberapa pandangan dikemukakan untuk membasmi kemiskinan untuk perhatian bersama.
Kemiskinan
adalah satu isu yang sering menjadi tajuk perbincangan diperingkat dalam mahupun
luar negeri. Perbincangan berkenaan isu ini sering dikaitkan dengan proses atau
kesan daripada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi. Masalah kemiskinan masih
didapati wujud walaupun pertumbuhan ekonomi berlaku disesebuah negara dan ia
merupakan salah satu masalah utama yang perlu diberi perhatian.
Penyelidik-penyelidik melihat kemiskinan dari berbagai-bagai dimensi samada melalui aspek pemenuhan kemudahan asas, pendapatan, pengeluaran, pemakanan, pendidikan, kesihatan, kerohanian atau sebagainya. Dimensi kemiskinan yang berbagai ini menyebabkan ukuran kemiskinan menjadi subjektif, sering diperdebatkan dan tidak dapat lari daripada pertimbangan nilai. Justeru itu, untuk memudahkan penilaian terhadap isu kemiskinan, ianya boleh diukur melalui agihan pendapatan
Kemiskinan adalah satu fenomena hidup universal. Tidak ada sebuah negara di dalam dunia yang tidak mempunyai kelompok-kelompok masyarakat yang miskin. Di dalam akademik, kemiskinan boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Dipercayai kemiskinan mutlak boleh dihapuskan dengan adanya strategi Pembangunan Secara Total. Namun demikian, kemiskinan relatif ini adalah dinamik. Oleh kerana adanya perbezaan potensi kemahiran hidup diantara kumpulan-kumpulan masyarakat, sudah tentu akan mewujudkan perbezaan kualiti hidup didalam beberapa aspek
Kemiskinan merupakan konsep yang mengandungi berbagai pengertian dan tanggapan serta mudah dipengaruhi oleh sentimen. Kemiskinan pada umumnya sering digambarkan sebagai keadaan kekurangan zat makanan yang keterlaluan serta keperluan asas untuk hidup seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian disamping kebuluran dan kelaparan meluas. Umumnya, kemiskinan tidak hanya terbatas kepada kegagalan memenuhi keperluan kebendaan, tetapi juga keperluan psikologi dan politik.
Kesimpulan,isu kemiskinan kini bukan hanya tertumpu kepada masalah memenuhi keperluan kebendaan tetapi ia juga meliputi masalah kemiskinan moral, akhlak dan sikap. Ini adalah kerana masyarakat kini semakin liberal dan mungkin terdedah kepada geajala-gejala yang tidak sihat. Dalam kerancakan dunia untuk menempuh era dunia tanpa sempadan, isu-isu kemiskinan moral adalah perlu diberi perhatian yang serius