Strategi-strategi mengatasi kemiskinan

               Strategi pembasmian kemiskinan dulu dan sekarang mempunyai sedikit perbezaan. Jika dahulu tumpuan lebih diberikan kepada pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat dan memenuhi keperluan asas untuk hidup, tapi kini penekanan adalah lebih kepada pembasmian kemiskinan dan pembangunan pesat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

               Dalam rancangan Malaysia Kelapan (RM ke-8), teras pembasmian kemiskinan adalah untuk mengorientasikan semula program pembasmian kemiskinan bagi mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5% menjelang tahun 2005. Dalam program ini sasaran telah dikenalpasti dengan lebih khusus misalnya masyarakat miskin dikawasan luar bandar. Disamping itu, penekanan adalah perlu untuk meningkatkan pemilikan ekuiti dan penyertaan berkesan golongan Bumiputera dalam sektor korporat, menambah bilangan Bumiputera dalam bidang pekerjaan berpendapatan tinggi dan memperkukuhkan pembangunan MPPB.

           Selain itu,kerajaan menubuhkan sebuah Unit Bahagian Pembasmian Kemiskinan dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar,dimana unit ini akan menjalankan satu program yang bersesuaian bagi memansuhkan kemiskinan antaranya:

  1.  1. PROGRAM LATIHAN DAN PENDIDIKAN (PLP)
  2.  2. PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP)
  3.  3. PROGRAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT SETEMPAT (PPMS)
  4.  4. PROGRAM TAMBAHAN MAKANAN SEIMBANG (PTMS)
  5.  5. PROGRAM BANTUAN RUMAH (PBR)
  6.  6. PROGRAM BANGUNAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA)

 

PROGRAM LATIHAN DAN PENDIDIKAN (PLP)

 

              Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran dan peningkatan pencapaian akademik. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan kemahiran dan pencapaian akademik kumpulan sasar supaya mereka berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang mendatangkan pendapatan yang mengeluarkan mereka dari belenggu kemiskinan.

Program ini mengandungi dua komponen, iaitu:

           Kadar bantuan maksimum bagi mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran dan kursus-kursus peningkatan pencapaian akademik ialah RM6,000 per peserta per kursus.

PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN (PPP)

Konsep

           Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan kumpulan sasar menyertai atau menjalankan projek-projek peningkatan pendapatan dalam berbagai sektor. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta merapatkan jurang pendapatan di kalangan isi rumah.

           Bantuan kewangan yang diberikan adalah bagi tujuan-tujuan digunakan sebagai modal pusingan, pembelian mesin dan peralatan serta penyediaan infrastruktur projek seperti bangunan premis. Kadar bantuan maksimum bagi setiap peserta ialah RM10,000 per projek.

 

PROGRAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT SETEMPAT (PPMS)

Konsep

           Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membangunkan kawasan-kawasan penempatan kumpulan sasar samada secara in-situ atau penempatan semula. Matlamatnya ialah untuk membolehkan kumpulan sasar di kawasan-kawasan terpencil menikmati kemudahan-kemudahan asas pembangunan dan menyertai dalam arus perdana pembangunan. Melalui konsep ini kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan.

Program ini mengandungi empat (4) komponen yang bersepadu, iaitu:

           Kadar bantuan bagi satu-satu projek adalah dalam lingkungan RM2,000,000 yang meliputi kesemua komponen di atas.

 

PROGRAM TAMBAHAN MAKANAN SEIMBANG (PTMS)

Konsep

             Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan anak-anak Kumpulan sasar yang berumur 12 tahun ke bawah menikmati pakej makanan tambahan yang seimbang dan berkhasiat. Matlamat program ialah untuk membantu pertumbuhan fizikal dan keupayaan belajar anak-anak kumpulan sasar yang bersekolah.

              Nilai bantuan bagi setiap bakul ialah RM77 bagi Semenanjung Malaysia, RM95 bagi Sabah dan RM90 bagi Sarawak. Setiap penerima bantuan akan diberi bilangan bakul makanan tambahan setahun tertakluk kepada jumlah peruntukan semasa. Pakej makanan yang disediakan adalah atas nasihat Kementerian Kesihatan.

 

PROGRAM BANTUAN RUMAH (PBR)

Konsep

             Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman terdahulu. Matlamat program ialah untuk meningkatkan dengan segera kualiti hidup mereka.

             Di bawah program ini dua kategori bantuan disediakan, iaitu bantuan untuk bina baru sebuah rumah mengikut spesifikasi yang ditetapkan, dan bantuan untuk baik pulih rumah sediada. Spesifikasi pelan rumah bina baru ialah rumah batu/kayu dengan keluasan lantai (floor area) 540 kaki persegi, mengandungi dua (2) bilik, pendawaian elektrik dalaman, penyambungan paip dalaman serta kemudahan bilik air dan tandas di dalam rumah.

              Bagi kategori bina baru, selain bantuan bagi pembinaan rumah seperti di atas, bantuan untuk penyediaan tapak sebanyak maksima RM2,500/unit juga disediakan, meliputi kos meroboh rumah lama (RM500/unit) dan kos kerja-kerja tapak (RM 2,000/unit). Bantuan sebenar yang diberikan bagi setiap unit adalah berdasarkan penilaian sebenar kerja-kerja penyediaan tapak, tertakluk kepada had maksima.

             Bagi kategori baik pulih, jumlah bantuan sebenar yang diperakukan adalah berdasarkan kepada kos untuk dibaiki dan hendaklah tidak melebihi kos maksima yang ditetapkan. Sekiranya kos baikpulih melebihi kadar maksima, bantuan bina baru dicadangkan.

 

PROGRAM BANGUNAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA)

Konsep

             Program ini menyediakan bangunan TASKA di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk termiskin dan miskin yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Pelaksanaan program ini adalah secara sinergi dengan program KEMAS yang menyediakan tenaga pengasuh terlatih dan operasi harian TASKA.

             Matlamatnya ialah supaya ibu-ibu dapat menempatkan anak-anak mereka yang kecil di TASKA untuk di jaga dan dengan itu mereka dapat membantu dalam usaha-usaha menambah pendapatan keluarga. Sementara itu anak-anak mereka mendapat asuhan yang baik di TASKA daripada pengasuh-pengasuh terlatih.

BACK     NEXT

Hosted by www.Geocities.ws

1