Selamat
Datang
ke
Puteri
UMNO
Aktiviti
Pentadibran
Tambahan Ahli
Kepimpinan
Sejarah penubuhan puterilinks
ISU
Daftar
Hijab
LAWAN
Hudud
TEN THINGS WHICH NULLIFY ONES ISLAAM

Click to subscribe to puteri-UMNO
Artis Puteri UMNO
Mengenai Puteri UMNO

Selepas UMNO berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk "melahirkan" seorang Puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh Presiden UMNO, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.

Idea ini kemudiannya diberikan mandat kepada seorang peguam muda yang komited terhadap UMNO, Cik Azalina Othman Said bagi penyediaan kertas kerja. Setelah perbincangan dan perbahasan diadakan maka MKT sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Puteri UMNO Malaysia atau singkatannya Puteri UMNO. Justeru, pada 9 April 2001, hari Isnin, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum.

Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara professional dalam parti di kalangan wanita muda, Cik Azalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.

Puteri UMNO dicadangkan kepada wanita Bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun tetapi setelah dibahaskan di dalam MKT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun. Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara Malaysia berstatus Bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh mendaftar untuk menjadi ahli Puteri UMNO.

Kini, Puteri UMNO berada di mana-mana. Di kota ada Puteri UMNO, di kampung ada Puteri UMNO. Di seberang laut pun ada Puteri UMNO. Keahliannya terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira kedudukan sosial mereka. Paling penting ialah niat untuk berjuang dan memajukan agama Islam, bangsa bumiputera dan bumi Malaysia.

Puteri UMNO akan dilancarkan secara rasminya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 3 Ogos ini.
Please Contact Us
Hosted by www.Geocities.ws

1