Tambahan Ahli
Puteri Buka Kaunter Dan Pelbagai Program Tarik Minima 1.5 juta Ahli
  
   KUALA LUMPUR � Puteri UMNO mempertingkatkan lagi usahanya menerusi pembukaan kaunter-kaunter khas pendaftaran ahli di kawasan tumpuan ramai dalam menarik wanita muda dari semua lapisan menyertai pergerakan berkenaan.

Kini bilangan ahli Puteri UMNO difahamkan telah mencapai melebihi
20,000 orang di seluruh negara dan ia terus bertambah menerusi program-program menarik ahli baru yang dilakukan di seluruh negara.

Menurut sumber-sumber pergerakan berkenaan, Puteri dijangka mengadakan pelancaran rasmi penubuhannya pada awal Ogos depan dan menyediakan pelbagai kemudahan serta strategi menarik ahli. 

Biarpun pergerakan itu sudah beroperasi hampir dua bulan, ia terus mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan ramai wanita muda tetapi juga pelajar pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara mahupun tokoh-tokoh politik tanahair.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Puteri adalah pergerakan yang sangat aktif dan dinamik sehingga kini sering menjadi tumpuan serangan dakyah pembangkang.

Beliau berkata, kegigihan dan komitmen yang ditunjukkan barisan pemimpin pergerakan itu juga terbukti dengan bermacam aktiviti yang dianjurkan dengan menaikkan imej parti.

Menurutnya, sudah tentu pembangkang khususnya Pas yang kini banyak bercakap mengenai memartabatkan wanita akan meniru konsep Puteri ini.

"Wanita muda sudah tentu tidak termakan dakyah Pas dan menjauhi parti assabiyah dan hipokrit itu yang mendiskriminasi wanita dengan menyertai Puteri yang perjuangannya jelas untuk kepentingan mereka," katanya.

Bukti golongan muda terus memberi sambutan menggalakkan untuk menyertai Pergerakan Puteri UMNO dapat di lihat dalam
Gambar Di Atas - apabila mereka beramai-ramai mendaftar diri di kaunter pendaftaran yang dibuka sempena Aktiviti Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menurut seorang petugas yang ditemui,
Zalina Abdul Halim, sambutan yang menggalakkan itu mungkin atas kesedaran mereka bahawa Pergerakan ini bukan sekadar memfokuskan ke arah politik semata-mata tetapi ia juga meliputi segala aspek dalam agenda kemasyarakatan yang selaras dengan teras perjuangan UMNO.

Beliau yang juga
Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai menambah, pada hari pertama kaunter di buka seramai lebih dari 300 orang telah mendaftar dan ini merupakan perkembangan yang baik dalam usaha Puteri untuk mencapai keahlian seramai 1.5 juta orang.menjelang tahun hadapan.

Pergerakan Puteri UMNO yang dibuka untuk golongan wanita berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun ini adalah selaras dengan aspirasi UMNO untuk menarik lebih ramai generasi muda menyertai parti itu.
main

Click to subscribe to puteri-UMNO
Hosted by www.Geocities.ws

1