Ada cerita di sebalik gambar ini�

�Tak boleh ke kita cari penulis upahan 2 lanyak them.Cat dan Roy ( nama panggilan dua exco penaja Puteri Umno) keluaran setiap minggu sampai akhir Jun.Pasal u boring.Ini exco yang masih pegang jwt n petualang.Jd Tebuan untuk 2 bulan.I byr u jumlah rm 1,000.Setuju I beri u cash 2day.Tebuan write selang hari n tulis 2 editor skhabar.�
Ini adalah transkrip mesej SMS dari Ketua Penaja Puteri Umno,Azalina Othman Said kepada bekas Exco Puteri, Erma Fatima ketika menawarkan kepadanya menjadi penulis upahan untuk menghentam kalangan exco Puteri yang dikenalpasti menentangnya.

Cat yang dimaksudkan dalam SMS itu ialah Nurliza Abu Hassan,isteri kepada seorang ahli parlimen manakala Roy ialah Rohaya Atan,wartawan Utusan Malaysia.Kedua mereka masih Exco penaja Puteri.

Mesej SMS ini tercatat di telefon bimbit Erma diterima pada petang 5 Mei 2002.

Tebuan ialah nama samaran yang digunakan oleh Erma ketika itu untuk menulis di sebuah laman web yang dibayangi oleh Azalina.

Erma mendedahkan transkrip SMS ini bila Azalina dan orang-orangnya mempermainkannya dan kemudiannya menghentamnya menerusi laman web berkenaan.

Keberanian Erma mendedahkan hal ini serta beberapa perkara lain yang berkaitan dengan tindak tanduk Azalina telah mencetuskan kontroversi yang panas antara Agendadaily dengan laman web yang dibayanginya itu.

Ketika itu Erma sudahpun meletakan jawatannya sebagai Exco Puteri yang disandangnya selama enam bulan .

Sebelum itu sekalipun sudah tidak berada di barisan Exco, beliau dari masa ke semasa berhubung dengan Azalina menerusi telefon sebagai kawan.

Mesej SMS itu lengkap dengan arahan siapa yang harus dihentam jelas membuktikan Azalina adalah pencatur dibelakang laman web berkenaan.

Gambar diatas pula diambil sewaktu sidang akhbar selepas konvensyen Puteri menjelang Perhimpunan Agung Umno Jun lalu.

Di sidang akhbar ini wartawan Agendadaily antara lain ada bertanya Azalina mengenai mesej SMS itu.

Sebelum ini laman webnya telah mengkritik Agendadaily buat laporan � katak bawah tempurung� � atau dalam ertikata lain buat cerita rekaan dari pejabat sahaja.

Sebaliknya bila keluar berdepan dengannya untuk dapat pengesahan atau menafikannya ,Azalina mengelak menjawab dan berkata soalan itu dikemukakan di forum yang salah.

Azalina cukup tidak senang hati dengan soalan itu.Selesai sidang akhbar ,beliau menghantar setiausaha akhbarnya menemui wartawan Agendadaily meminta agar tulis berita ditumpukan kepada soal konvensyen sahaja dan tidak mengenai soalan pasal SMS itu.

Kerana terkejut dengan permintaan itu memandang jarang pemimpin parti maupun menteri bertindak begitu selepas satu sidang akhbar ,wartawan Agendadaily agak terkasar sikit jawab kepada setiausaha akhbarnya ketika menolak permintaan berkenaan.

Kemudian meluru datang seorang lelaki yang sebelum itu sudah memerhati dari jauh perbualan berkenaan.

Lelaki itu diketahui dikalangan ahli Puteri selalu berada sekitar Azalina.Dia mencelah dengan nada marah-marah nak bergaduh.

Nasib baik dileraikan oleh orang lain disitu .Azalina ketika itu berada diatas pentas tidak jauh dari tempat berlaku kekecohan itu .

Tidak cukup setakat itu beberapa minit kemudian ketika wartawan Agendadaily sedang berbual dengan beberapa orang teman tidak jauh dari dewan konvensyen meluru datang dua orang lelaki menyapa dengan nada �marah-marah� mempersoalkan mengapa laman web Agendadaily kritikal terhadap Azalina.

Setelah dijelaskan Agendadaily ada bukti atas semua dakwaan itu mereka tidak puashati dan terus merungut marah-marah sebelum berlalu pergi.

Ramai saksi melihat kejadian itu.Pada malam berkenaan laman web yang dibayangi oleh Azalina itu menyiarkan selama beberapa jam tulisan menghentam dan memberi amaran kepada para wartawan Agendadaily mengunakan bahasa kesat termasuk four letter word �

Apakah ini termasuk dalam stail gangster Ketua Penaja Puteri Umno itu seperti yang didakwa oleh bekas orang kanannya, Elly Zalilah Yusof dalam sidang akhbarnya Khamis?.

Elly juga mendakwa pernah menjadi �mata dan telinga� Azalina untuk mengintip sokongan dikalangan ahli Puteri padanya.

Difahamkan sudah menjadi rahsia umum dikalangan Exco Puteri ,Azalina gemar pakai spyleman untuk buat kerja-kerja mendapat maklumat itu untuknya.

Seperti Elly ,beberapa orang Exco yang dikenali menentang Azalina telah menceritakan berbagai pengalaman �gangguan� yang mereka lalui.

Ada yang membuat laporan polis sebelum ini.Jawapan yang diberikan oleh Azalina pada semua dakwaan yang dibuat oleh Elly � ia tidak berasas.

Ini adalah diantara secebis kejadian-kejadian yang menimbulkan persoalan.Ada beberapa lagi kalau hendak dipaparkan.

Ramai nak tahu ikut takrif Ketua Penaja Puteri Umno ,tingkah laku seumpama ini termasuk di bawah kategori apa di dalam Bahasa Melayu ?.
Bekas orang kanan Azalina buat pendedahan terbuka�
Suasana menjelang pemilihan jawatan Ketua Puteri Umno menjadi semakin �panas� bila seorang bekas orang kanan Azalina Othman Said membuat pendedahan terbuka mendakwa Ketua Penaja pergerakan itu telah melakukan beberapa penyelewengan.

Elly Zalilah Yusof [gambar]yang mendakwa pernah menjadi �mata dan telinga� Azalina untuk mengintip bagi mengetahui kedudukan sokongannya di kalangan ahli Puteri telah membuat laporan polis mengenainya di Balai Polis Brickfields Rabu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur Khamis ,Elly menegaskan beliau terpaksa membuat pendedahan dan laporan polis ini demi membetulkan kepincangan pimpinan Puteri dan memastikan imej tercalar pergerakan itu tidak lagi menjadi bahan mainan parti pembangkang seperti yang berlaku di pilihanraya kecil Anak Bukit dan Pendang baru-baru ini.

Antara penyelewengan yang didakwanya dilakukan oleh Azalina ialah mendaftar empat buah van milik Puteri Umno di bawah nama orang yang tidak ada kaitan dengan pergerakan itu.

Difahamkan dua buah van diletakkan di bawah nama abangnya dan dua lagi nama seorang sahabat karibnya.

Elly juga mempersoalkan bagaimana terdapat tiga akaun bank yang berasingan untuk pergerakan itu.

Beliau pernah dijanjikan untuk dilantik sebagai seorang Exco penaja pergerakan itu tetapi kemudiannya diketepikan.

Isu ini sebenarnya sudah sekian lama menjadi buah mulut di kalangan ahli Puteri tetapi Azalina terus mengambil sikap mengelak dari menjawabnya.

Kalangan ahli Puteri yang tahu perangai Ketua Penaja Puteri Umno itu mendakwa begitulah sikap Azalina bila tidak dapat menjawab persoalan yang dibangkitkan orang lain.

Sedangkan, kata mereka, ini adalah soal amanah dan beliau sebagai pemimpin wajar memberi penjelasan agar semua ahli tahu kedudukan sebenar sesuatu perkara yang berbangkit.

Sikapnya yang merasa dirinya tidak answerable termasuk juga isu dakwaan akhbar tabloid Perdana Sari ini dikatakan membuat membuat ramai di kalangan ahli Puteri merasa tidak puashati pada pimpinannya.

Elly yang ditanya oleh wartawan kenapa sekarang baru membangkitkan soal ini menjelaskan beliau sudah menyuarakan mengenainya kepada seorang pemimpin kanan Umno tidak lama dulu tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.

Katanya beliau membuat pendedahan ini bukan untuk kepentingan hendak bertanding jawatan dalam Puteri.

Menurut Elly beliau tidak akan bertanding apa-apa jawatan atau mendedahkan hal ini bagi advantage kepada calon saingan Azalina iaitu Raihan Suleiman Palestin mahupun Mastina Hamid tetapi semata-mata untuk kebaikan Puteri Umno.

Dalam sidang akhbar itu Elly memberitahu nyawanya pernah diancam di mana ada orang meletakkan pisau di cermin keretanya.

Malah semalam ketika membuat laporan polis keretanya dicalar orang.

Elly menegaskan ahli-ahli Puteri harus tahu perkara sebenar dalam proses mencari seorang pemimpin yang betul.

Katanya ada banyak perkara penyalahgunaan kuasa Azalina yang diketahuinya dan tidak teragak-agak mendedahkannya.

�Kepimpinan Azalina penuh dengan konspirasi,�ujarnya.

Beliau juga mendakwa pergerakan Puteri tidak bersikap menghormati pergerakan Wanita Umno dan berharap ia berubah.

Kata Elly, beliau pernah menasihatkan Azalina supaya mengubah sikapnya dalam beberapa hal termasuk tindakan memecat exco penajanya.

Sementara itu Agendadaily difahamkan beberapa orang ahli Puteri yang �tahu banyak� kisah Azalina akan tampil membuat pendedahan dari semasa ke semasa menjelang pemilihan ini.

Pendedahan itu tidak ada kaitan dengan isu peribadi Azalina seperti yang disiarkan oleh Perdana Sari tetapi lebih bertumpu kepada beberapa kepincangan dalam pimpinannya selama menjadi ketua penaja.

Ini dikatakan termasuk soal campurtangan sahabat karibnya yang bukan ahli Puteri dalam pentabiran pergerakan itu hingga hampir memporak-perandakan barisan exco di peringkat awal dulu.

Mereka dikatakan hendak mengambil tindakan ini semata-mata untuk meletakkan balik pergerakan itu di landasan yang selaras dengan matlamat penubuhannya.
Kenapa Azalina ditentang...?

Banyak yang bertanya soalan ini. Pada kertas,di pentas dan di kaca mata umum Puteri Umno kelihatan seperti tidak ada masalah.Ini ditambah pula dengan kenyataan beberapa orang pemimpin kanan Umno baru-baru ini yang berharap agar Ketua Penaja Puteri Azalina Othman Said diberi peluang terus memimpin pergerakan itu.

(rajah menunjukkan bertanda X kalangan exco pengasas Puteri Umno yang tersingkir dan Zz dipencilkan.) Berdasarkan pada kemantapan luaran Puteri Umno di bawah pimpinan Azalina,mereka yang melihat pergerakan itu �dari jauh� pasti tidak faham apa yang perlu kecoh-kecoh sangat hendak menentang Azalina.

Setakat ini isu terbesar yang dihadapi oleh Azalina ialah persoalan dakwaan tentang peribadinya yang dibangkitkan oleh akhbar tabloid mingguan Perdana Sari . Akhbar tabloid milik Khalid Jafri itu telah berkubur dan tandatanya mengenai dakwaannya terus menjadi gosip semasa.

Sehingga hari ini siapa pun tidak tahu sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Azalina terus mengelakkan diri dari menjawab untuk membersihkan namanya.

Tanggapan sesetengah pihak jika Azalina bawa Khalid Jafri ke mahkamah beliau akan �sangkut� seperti yang pernah dilalui oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Namun begitu tiada siapa yang dapat memberi jawapan pasti apakah atas sebab itu Azalina mengambil sikap membisu.

Ikut perkiraan sesetengah orang jika pekara ini didiamkan lambat laun ia akan lenyap dari ingatan orang. �People's memory is short,�kata mereka.

Namun begitu ramai yang buka mata bila pihak pembangkang menjadikan satu bahan kempen semasa pilihanraya kecil Anak Bukit dan Pendang di Kedah baru-baru ini.

Ribuan poster �Awas Anak Gadis Anda� dipasang di serata ceruk kedua-dua kawasan pilihanraya kecil itu.

Kehangatan itu dikatakan membuatkan ada di kalangan ahli-ahli Puteri yang tidak berani keluar berkempen pakai pakaian warna merah jambu yang menjadi warna rasmi pergerakan itu.

Ada pemerhati politik yang berkata nak salahkan pembangkang mengambil kesempatan pun tidak adil.

Bagi mereka Umno sendiri mungkin menggunakan kesempatan yang sama. Ini politik.

Bagi kebanyakan orang isu yang tidak terjawab ini akan terus menjadi �makanan ringan� parti pembangkang dalam setiap kempen pilihanraya kecil yang mungkin ada dari semasa ke semasa.

Di tengah kemantapan luarannya ada yang merasa Puteri yang ditubuhkan untuk menjadi wadah generasi wanita muda bernaung dalam Umno telah membawa imej yang tercalar.

Dalam ertikata lain Azalina dengan isu peribadinya yang tidak terjawab itu sudah menjadi satu liabiliti bagi Umno.

Kejayaannya mengumpul beberapa puluh ribu generasi wanita muda menyertai pergerakan itu yang sering dipaparkan di media terus dihantui oleh isu itu.

Namun begitu dari kemunculan dua ahli Puteri yang setakat ini menawarkan diri untuk bertanding menentangnya boleh membawa perhatian ramai menyelongkar balik kisah-kisah awal penubuhan Puteri Umno.

Kedua-dua Raihan Suleiman dan Mastina Hamid adalah bekas core group bersama-sama Azalina membangunkan Puteri Umno.

Mereka adalah antara yang tersingkir dalam mainan politik dalaman di barisan pimpinan Puteri.

Di luar pengetahuan ramai berbagai pergolakan berlaku dalam Puteri.

Satu masa dulu orangramai dikejutkan dengan berita perletakan jawatan beramai-ramai Exco Puteri tetapi tidak ramai yang tahu kisah dalaman dan puncanya.

Selain dari perletakan jawatan mengejut Erma Fatima,penyingkiran Mastina ,pemencilan keatas exco Rohaya Atan dan beberapa orang Exco lain terus menjadi bahan bualan di kalangan ahli Puteri.

Begitu juga dengan soal pertukaran kerap jawatan Setiausaha Kerja dan Bendahari yang dikatakan dibuat sesuka hati oleh Azalina.

Dari sini muncullah kumpulan penentang Azalina dalam Puteri yang digelar �Enam jahanam�.

Kalangan ahli Puteri yang tidak puashati dengan cara pimpinan Azalina mendakwa sebenarnya bukan ada enam orang sahaja tetapi �Puluhan Jahanam�.

Ramai lagi yang dikatakan mengambil sikap berdiam diri sahaja.

Keretakan dalam kumpulan pengasas awal pergerakan itu menjadi tandatanya yang tidak terjawab dengan jelas dan nyata.

Tidak dapat dipastikan samaada ini yang dimaksudkan oleh Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz di Kuala Kangsar Isnin bila diminta mengulas tentang kehangatan menjelang pemilihan Puteri.

Antara lain beliau dipetik sebagai berkata , �" Saya tak faham macam mana budak-budak muda boleh berkelahi cepat sangat dan berpecah belah."

Kata Rafidah lagi Wanita Umno tidak mahu dan tidak akan mencampuri urusan dalaman Puteri tetapi pada masa yang sama tidak mahu melihat pergerakan itu menghadapi masalah.

"Janganlah dalam usia setahun jagung mereka sudah mencemar nama parti kerana hasrat Umno bawa Puteri adalah untuk bekerja, bertugas dan belajar," katanya.

Kehangatan masalah dalaman Puteri diperingat awal nyata sekali bila salah seorang anggota kumpulan �Enam Jahanam� baru-baru ini ada berkata mereka akan meletakan sekalipun �orang buta untuk menentang Azalina� dalam pemilihan I November ini.

Yang pasti Raihan dan Mastina bukanlah si buta yang dimaksudkan itu.

Kedua mereka mempunyai sejarah bakti dalam membangunkan Puteri Umno dan begitu juga mempunyai kelayakan akademik yang setanding dengan Azalina.

Kedua mereka juga telah menyatakan bahawa isu peribadi Azalina tidak akan menjadi mainan mereka dalam menawarkan diri bertanding.

Harapan mereka diletakan pada silent majority dalam pergerakan itu.

Menilai dari sudut politik nyata sekali Raihan dan Mastina sudah jauh ketinggalan dari segi connection yang Azalina sudah bina baik diperingkat pusat dan bahagian Umno sepanjang lebih setahun kewujudan pergerakan itu.

Dalam pada itu kedudukannya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno yang dilantik juga boleh mewujudkan "awam hitam" pada mereka yang hendak mencabarnya.

Namun begitu ramai dikalangan ahli Puteri yang memerhati dengan penuh debaran perkembangan menjelang pemilihan I November ini.
Raihan,anak Suleiman Palestin tawar diri tentang Azalina




KUALA LUMPUR,Isnin 9 Sept-Setelah Mastina Hamid,hari ini muncul seorang lagi ahli Puteri Umno yang akan menyertai persaingan merebut jawatan ketua pergerakan itu menentang ketua penajanya sekarang ,Azalina Othman Said.Namanya ialah Raihan anak bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia,Allahyarham Suleiman Palestin.

Penyertaan Raihan yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Nasionalis Muda dijangka akan mencetuskan persaingan sengit bagi pemilihan jawatan bekenaan yang dijadual berlangsung pada 1 November ini.

Sekalipun tidak begitu dikenali di kalangan arena Puteri Umno kebelakangan ini tetapi Raihan merupakan salah seorang tenaga pelopor awal dalam usaha penubuhan pergerakan ini.

Penglibatannya dalam Puteri Umno �tersekat� bila timbul masalah antara beliau dan Azalina di peringkat awal lagi.Ini berlaku apabila Azalina mulanya menawarkan jawatan Exco Puteri kepadanya tetapi tiba-tiba menarik balik tawaran itu.

Namun begitu Azalina kemudiannya menawarkan semula jawatan itu tetapi Raihan menolaknya atas dasar prinsip.Sejak itu beliau kekal sebagai ahli biasa pergerakan itu sahaja dan mengalih perhatian kepada berbagai bidang lain untuk memberi sumbangan kepada parti.

Sebelum ini ramai menduga persaingan untuk jawatan berkenaan terhad kepada dua penjuru sahaja bila Mastina ,bekas Ketua Penerangan Puteri Umno mengisytiharkan hendak menentang Azalina.

Bercakap dalam satu pertemuan dengan Agendadaily di sini , Raihan,35, menjelaskan beliau terpanggil untuk menawarkan diri bertanding semata-mata atas semangat untuk mewujudkan pimpinan yang dapat menjadi role model kepada pergerakan itu.

Beliau mendakwa kepimpinan Azalina sekarang tidak dapat menampilkan imej berkenaan.

�Bagi saya sebagai sayap generasi baru dalam Umno maka Puteri Umno harus dipimpin oleh orang yang dapat menjadi role model kepada ahli-ahli dan bukan membawa imej yang dipenuhi dengan pelbagai tandatanya yang tidak terjawab,�katanya.

Ditanya apakah yang dimaksudkannya dengan role model itu,beliau secara terbuka berkata, � Puteri harus dipimpin oleh seorang ibu yang memahami naluri dan kehendak wanita dalam ertikata sebenar.

Lebih jelas katanya ia harus dipimpin oleh seorang wanita yang sudah berumahtangga dan ada pengalaman mendidik anak dan sebagainya.

�Kalau tidak ada pengalaman itu macam mana kita hendak memimpin anak-anak agar ia sehaluan dengan kehendak ibu-ibu lain. Makanya ia ibarat orang buta memimpin orang buta ,�kata ibu kepada empat orang anak ini.

Raihan ,kini seorang ahli perniagaan dan memegang ijazah sarjana dalam bidang teater tradisional dari Universiti Sains Malaysia (USM) .Beliau baru-baru ini mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian diperingkat doktor falsafah di Universiti Malaya .

Katanya tawaran itu terbuka untuk masa setahun dan buat masa ini beliau akan menumpukan perhatian kepada pemilihan jawatan ini.

Menurut Raihan beliau membuat keputusan hendak menawarkan diri bertanding hari ini setelah melihat perkembangan Puteri Umno �dari jauh� kebelakangan ini.

�Berdasarkan berbagai perkembangan yang saya rasa boleh menjejaskan imej dan kemajuan Puteri Umno yang berlaku dari masa ke semasa menyebabkan saya rasa perlu saya menampilkan diri menawarkan khidmat saya ,�katanya.

Ditanya pula apa yang dimaksudkannya dengan �pelbagai tandatanya yang tidak terjawab� dalam kepimpinan Azalina,beliau berkata dari apa yang berlaku semasa kempen pilihanraya kecil di Anak Bukit dan Pendang baru-baru ini dimana banyak poster-poster mengenai peribadi Azalina dinaikan oleh pembangkang jelas membuktikan Ketua Penaja Puteri Umno itu supaya menjadi satu liabiliti bagi Umno.

Kata Raihan sekalipun beliau tidak akan menyentuh isu peribadi Azalina dalam persaingan merebut jawatan berkenaan tetapi tegas berpendapat sepatutnya Azalina harus mengambil sikap bertanggongjawab menjawab sendiri segala persoalan tentang dirinya dan tidak berdiam diri begitu sahaja dan membiarkan Umno menanggungnya.

�Saya juga amat sedih dan tidak dapat menerima tindak tanduk Azalina singkir dan memencilkan beberapa orang Exco Puteri yang menjadi jentera dan tenaga awal membantunya dalam menubuhkan Puteri Umno.

�Jika dengan kalangan mereka yang pernah rapat dengannya diperlakukan begitu bagaimana dia hendak memimpin dengan sempurna ahli-ahli Puteri yang lain,�katanya.

Menurut Raihan selain dari pengalaman yang dilaluinya sendiri,pertukaran dalam jawatan Puteri Umno seperti Setiausaha Kerja dan Bendahari yang begitu kerap dalam masa yang singkat jelas menunjukkan ada yang tidak kena dalam kepimpinannya.

�Saya melihat apa yang berlaku misalnya keatas bekas Exco Puteri seperti Erma Fatima ,bekas Setiausaha Kerja, Maz Ayu ,Mastina dan lain-lain adalah satu penginayaan yang tidak dapat diterima. Banyak lagi yang boleh saya sebut tentang pekara�pekara yang dipersoalkan dalam kepimpinannya tetapi buat masa ini biarlah yang itu dulu.

�Saya ingin tegaskan jika Azalina berani tampil menjawab berbagai persoalan tentang dirinya serta penginayaan yang saya sebutkan ini dengan jelas dan memuaskan hati ,saya sedia tarik diri dari tawar diri bertanding,�kata Raihan.

Menjawab satu soalan,Raihan tidak mahu keputusannya menawarkan diri dikaitkan mendapat backing dari mana-mana tokoh Umno. �Saya tawar diri bertanding atas hasrat dan kesedaran saya sendiri untuk membantu membawa Puteri Umno kearah hala tuju yang diharapkan.Tidak ada siapa pengaruhi saya untuk buat keputusan ini.�

Ditanya pula kenapa menjelang dua bulan pemilihan baru membuat keputusan,katanya beliau tidak mahu bersikap terburu-buru dalam hal ini dan mencapai kata putus itu setelah mengkaji dan menilai dari segenap aspek.

Bagaimana pula dengan sokongan di bahagian-bahagian khususnya bagi mendapatkan dua pencalonan minima untuk melayakan diri bertanding, beliau berkata, � InsyAllah saya rasa saya boleh dapat pencalonan minima itu.�

Raihan berkata beliau yakin ramai dikalangan silent majority dalam Puteri Umno yang memerhati perkembangan dalam Puteri Umno dan mahukan satu perubahan dalam pimpinan yang membawa imej yang lebih sempurna berbanding sekarang

Ditanya pula mengenai kenyataan beberapa orang pemimpin Umno yang mahu Azalina diberi peluang terus memimpin pergerakan itu,beliau berkata demi kebaikan Umno dan kemajuan Puteri sesuatu perubahan harus dilakukan dalam pemilihan ini.

Sementara itu,Mastina ketika dihubungi untuk mengulas penyertaan Raihan itu berkata beliau "menyambut dengan tangan terbuka" siapa saja kalangan ahli Puteri yang menawarkan diri hendak menentang Azalina.

Katanya sebagai parti yang amal sistem demokrasi peraturan Umno tidak menghalang penyertaan berapa ramai orang sekalipun dalam pemilihan sesuatu jawatan.

Ditanya tentang kemungkinan beliau dan Raihan bergabung tenaga dalam pemilihan itu,Mastina ringkas berkata, "saya sedia berbincang."
Saya ada pita perbualan dengan Azalina sebagai bukti dakwaan - Elly

KUALA LUMPUR,Isnin 16 Sept � Elly Zalilah Yusof yang mendakwa pernah menjadi �mata dan telinga� untuk mengintip maklumat mengenai sokongan dikalangan ahli Puteri untuk Azalina Othman Said berkata beliau mempunyai pita rakaman perbualannya dengan Ketua Penaja Puteri itu untuk mengesahkan pendedahannya mengenai hal itu adalah benar.
Katanya pita rakaman berkenaan mengandongi perbualan mereka berdua dimana antara lain Azalina mengarahkannya mendapat mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendakinya.

Selain dari pita rakaman berkenaan,beliau juga mendakwa ada menyimpan satu rakaman perbualan pakatan melibatkan beberapa orang ahli Puteri mengenai cara untuk menyingkir bekas Exco Puteri,Erma Fatima atas dasar rasa cemburu padanya.

Elly memberitahu demikian kepada Agendadaily ketika ditanya apakah bukti yang beliau ada untuk mengesahkan dakwaannya pernah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi untuk Azalina.

Ini berikutan timbul dakwaan mengatakan Elly sengaja buat cerita rekaan mengenai hal berkenaan untuk mencemarkan nama baik Azalina menjelang pemilihan jawatan pergerakan itu pada 1 November ini.

Kalangan penyokong Azalina juga kedengaran mempertikai kenyataan Elly beliau pernah mempunyai kaitan dengan Ketua Penaja Puteri Umno itu.

�Saya tidak mungkin berani membuat pendedahan yang serius ini kalau saya tidak berpegang kepada sebarang bukti yang kukuh,�tegas Elly.

Ditanya pula kenapa beliau mendedahkan secara terbuka semua pekara ini sekarang dan tidak sebelum ini,beliau mengakui inilah masa yang terbaik untuk bertindak.

�Saya mahu ahli-ahli Puteri tahu siapa Azalina sebenar agar mereka dapat membuat penilaian yang betul dalam memilih siapa yang hendak memimpin Puteri.Kalau mereka tetap mahu memilihnya juga kelak , itu terserah kepada mereka.Tanggongjawab saya menyuarakan pekara sebenarnya sudah saya laksanakan,�tegasnya.

Menjawab satu soalan lain,Elly menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Azalina sebagai rekasi kepada sidang akhbarnya dan laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Penaja Puteri itu sebagai tindakan yang bukan bersifat seorang pemimpin yang bertanggongjawab.

�Apa yang nak meminta ahli-ahli Puteri bertenang.Sepatutnya Azalina yang kena bertenang.Kenapa Azalina takut sangat nak buat penjelasan terbuka tentang dakwaan saya.Susah sangatkah nak terangkan secara terperinci mengapa empat buah van Puteri Umno didaftarkan atas nama orang yang tidak ada kaitan dengan Puteri dan pendedahan lain yang saya buat tentangnya.

�Kalau Azalina berani beliau sepatutnya jawab dalam satu sidang akhbar terbuka dimana semua para wartawan boleh bersoal jawab dengannya .Ini baru namanya seorang pemimpin.Kalau rasa tidak bersalah jelaskan secara terbuka dan bukan bersembunyi disebalik kenyataan yang umum begitu,�katanya.
Sidelined Mastina states her case

By SHAHANAAZ HABIB
THE label Enam Jahanam irks Mastina till today. 

It was given by Azalina supporters to a group of exco members who rose against her.

�I don�t think that is a nice label. It means we are predators and destroyers,� said Mastina, an MBA graduate from De Montford University, Britain.

After a pause, the 31-year-old business executive in a makcik-like blue baju kurung and tudung smiled, then joked that perhaps �7-11� would have been a more fitting label.

�There are 11 of us (who fell out with Azalina). Don�t you think 7-11 has a nicer ring to it than Enam Jahanam?� she asked.

Nine of the �recalcitrant� exco members who had either been removed, replaced or chosen to quit from the barely year-old pro tem committee were Mastina, Erma Fatimah, Raja Emilia, Nazlina Nazir, Mas Ayu, Shalina Azhar, Elina Kamarulzaman, Erra Fazira and Nasariah Said.

Two others � Rohaya Attan and Habibah Shariff � are also said to be in cold storage.

And Mastina knows how it feels to be sidelined in Puteri. 

A month before she was removed as information chief, she was told to go on leave. 

Banned from attending exco meetings, she was also instructed not to contact any of the exco members.

�For 30 days, I did not meet my friends in the exco. I couldn�t call them. Everyone seemed so far away and it was easy for a gap to build up within that time,� the Selangor girl said, adding that she remained clueless about why she was removed as information chief.

During the Pendang and Anak Bukit by-elections, she claimed the Puteri girls had been warned against even talking to her by their state Puteri exco members.

�It seemed everyone was looking at me as if I was a disease carrier. I was a bit sad but it�s okay. I decided it was best not to disturb anyone in Puteri because I wanted the girls to work in peace and be solid for Umno,� she said.

So during the by-elections, she worked with the main Umno party instead.

With questions over her removal, the rumours that followed coupled with support from the rest of the Enam Jahanam group, it is hardly surprising that Mastina chose to contest for the Puteri chief�s post in the Nov 1 elections.

She believes that a year under Azalina�s stewardship is long enough for Puteri members to assess whether the movement is effective.

The contest, she said, would serve as a catalyst to attract more young women to join the Puteri.

�They can see that democracy is being practised in Umno. Whoever thinks they are good and able to uplift the Puteri to an excellent level can offer themselves for any post.�� 

This, she insisted, was the reason she was challenging Azalina, and not to balas dendam (seek revenge).

Allegations on the ground was that Mastina was removed for purportedly sexually harassing some of the Puteri girls � something she vehemently denies.

�Yes, I heard the rumours but it is absolutely not true. The accusation is fitnah (slander). I challenge those who say this to come forward with the evidence. Please lodge a police report. I am willing to be investigated because it is just not true.�

The 165 divisions in the movement are scheduled to have their meetings from yesterday to Oct 15. 

(A contender for the Puteri chief post needs to secure only two nominations to qualify.)

While her Ampang Jaya division might not give her its nomination for the top post, Mastina is nevertheless confident of snagging the required two from other divisions.

Nevertheless, in making a plea for a healthy election on Nov 1, she urged those with mulut jahat to �please just stop� their slander against her and Azalina.

On her part, she pledged not to engage in personal attacks against Azalina or Raihan Sulaiman, the third contender for the Puteri chief post, or any others.

She is prepared to sit down with Azalina, Raihan or both to work out a compromise.

(In any case, a compromise between the three might be difficult as both Azalina and Mastina have to contest the movement�s top post as both are over the age limit of 35 required for other posts. For the Puteri post, contenders can be up to age 40. Currently, Raihan�s eligibility is in question because of technicalities)

The avid reader who never fails to stop at bookshops wherever she goes, said she would be contesting as a team player.

�It�s not just me. I have my line-up and supporters. We believe we can do something better for Puteri,�� Mastina said.

Some said Azalina should be allowed to continue leading the movement as she had done an excellent job in rallying young women to join Puteri, and its membership now stands at more than 93,000.

But for Mastina, the credit should go to branch and division leaders.

�It is not Azalina who went around getting the members. The young women did not fall from the sky. To give credit to Azalina is biased because everyone played their part,� she said.

She also said it was important to forge strong links with the other two wings of Umno � the Wanita and the Youth movements.

She believes that a lack of communication sometimes stood in the way of the Wanita and Puteri, leading to misunderstandings.

Take the incident in the recent by-elections where some Puteri members were almost in tears because they were ordered by a few Wanita members to go into the kitchen of the houses of voters and help them peel onions.

�There is no harm in us going to kopek bawang as long as we can learn something in the process�, she said, adding, however, that this sort of confusion over the Wanita and Puteri roles came about because both sides were still unclear what the Puteri was set up for.

On a more personal side, Mastina who is still single, said she hopes to marry one day and have children. As for career, she plans to be a manager in two years, so that she has �more freedom to make things happen�.

Yet, if she wins the Puteri post, she is willing to give up her job for the movement.
Erma Fatimah,



Raja Emilia, Nazlina Nazir, Mas Ayu, Shalina Azhar, Elina Kamarulzaman, Erra Fazira and Nasariah Said.

Two others � Rohaya Attan

and Habibah Shariff
Puteri
Leaders
PERANG
(part 2)
Hosted by www.Geocities.ws

1