Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
Menjadi suatu saluran yang berkesan dalam perhubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan terutama sekali berkaitan dengan aktiviti jabatan-jaatan persekutuan yang mencetus isu dan masalah yang menyentuh perhubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Di samping itu, ianya juga hendaklah menjadi satu organisasi yang memberi input untuk membantu dan memudahcarakan perlaksanaan projek-projek pembangunan dengan lebih licin dan teratur.
1. Menggalakkan perhubugan yang erat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi mengekalkan perpaduan kaum dan integrasi nasional.
2. Mempastikan penyertaan Jabatan / Agensi Persekutuan di dalam setiap program dan aktiviti Kerajaan Negeri.
3. Menyediakan maklumat penting mengenai isu-isu yang berlaku di Sabah; dan
4. Mempertingkatkan program pengurusan Kualiti dan Produktiviti di Jabatan-Jabatan di Sabah untuk mewujudkan satu pentadbiran dan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan profesional.