|
35. Penggunaan Bahasa Sukan |
Tanya : Saya ingin mengambil kesempataan ini untuk mengemukakan beberapa soalan. Yang pertama, daya ingin mendapatkan kepastian tentang penggunaan bahasa sukuan. Adakah bahasa sukuan boleh digunakan dalam bahasa Malaysia? Bagaimana pula jika pelajar-pelajar sekolah menggunakannya dalam peperiksaan? Yang kedua, saya ingin tahu akan makna perkataan-perkataan yang berikut: canggih, terampil, santai. Jawab : Sekiranya anda membaca majalah Pelita Bahasa, suadara tentu maklum bahawa beberapa patah kata daripada bahasa sukuan yang difikirkan sesuai telah diperkenalkan kepada umum dengan tujuan dan harapan supaya digunakan dan akhirnya menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa Malaysia. Oleh sebab kata bahasa sukuan seperti yang tersiar di dalam majalah Pelita Bahasa itu secara rasminya telah diterima kasih ke dalam kosa kosa kata bahasa Malaysia, maka sudah tentulah penggunaannya dibolehkan, malah digalakkan, termasuklah dalam peperiksaan, asal sahaja sesuai dengan konteksnya. Tentang soalan kedua pula, ketiga-tiga perkataan yang saudara kemukakan itu merupakan kata yang akhir-akhir ini sering digunakan walaupun sudah agak lama berada dalam kosa kata bahasa Melayu. Perkataan canggih umpamanya, sudah sejak lalu ada tetapi kini digunakan dengan maksud yang berlainan, iaitu untuk mengungkapkan makna "sophisticated" dalam bahasa Inggeris. Dengan itu canggih sekarang ini bererti moden, rumit ataupun bergaya intelektual. Perkataan terampil pula membawa maksud cekap ataupun mampu dalam menjalankan tugas. Seterusnya santai membawa maksud seenaknya, tidak dengan bersusah-susah (Kamus Pelajar Bahsaa Malaysia). Perkataan santai dalam bahasa Inggeris ialah relaxed. |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||