|
34. "Ianya" dan "Di Mana" |
Tanya : SAYA mengalami keraguan terhadap kata ianya dan
di mana. a.Pengawal berhampiran pangkalan di mana kenderaan berkenaan hilang dikerah berjaga-jaga. b.Rumah ini dilengkapi satu kawasan ladang di mana pasangan suami isteri itu dapat bercocok tanam dan berkebun. c.Aksi menarik novel ini ialah peristiwa di mana Senah dipukul hingga pengsan dan dirompak oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. d.Novel ini berlatarkan sebuah desa yang terpencil, di mana masyarakatnya mengamalkan corak hidup yang sederhana dan harmoni. e.Ia menyentuh isu masa kini di mana masyarakatnya seirng mengejar kebendaan tanpa mempertimbangkan aspek rohaniah. Keraguan saya itu timbul daripada tanggapan saya terhadap fungsi kata di mana dalam ayat-ayat di atas. Saya difahamkan bahawa kata di mana berfungsi sebagai kata tunjuk dan kata tanya. Contoh pemakaian kata ianya. a.Dadah adalah sejenis candu yang merbahaya. Ianya mesti dijauhi. b.Ini bermaksud bahawa, bunyi-bunyi bahasa itu hendaklah didengar dahulu sebelum ianya dapat dideskripsikan dengan baik. Keraguan saya timbul kerana kata ianya itu merupakan dua kata ganti nama, iaitu ganti nama diri ketiga. Soalnya, bolehkah dua kata ganti nama tersebut (ia dan nya)dicantumkan? Yang lebih meragukan saya ialah ada pula pendapat yang mengatakan bahawa ia dan nya boleh dicantumkan dengan tujuan untuk membuat penegasan atau menguatkan maksud sesuatu yang diucapkan/dituliskan. Benarkah demikian? Jawab : Benarlah seperti yang saudara katakan bahawa "di mana" hanya merupakan kata tanya sahaja. Penggunaan "di mana" seperti dalam contoh-contoh yang saudara berikan itu timbulnya daripada pengaruh struktur ayat bahasa Inggeris. Malah akhir-akhir ini timbul penggunaan yang entah dari mana timbulnya berhubung dengan hal ini, iaitu penggunaan "yang mana" yang tidak kena mengena dengan ayat tanya. Contoh-contoh ayat tersebut dapat diperbaik tanpa penggunaan "di mana" dan ada kalanya dengan menggantikannya dengan perkataan lain. 1.Pengawal yang berhampiran pangkalan tempat kenderaan
berkenaan hilang, dikerah berjaga-jaga. Perkataan "ianya" tidak ada dalam bahasa Melayu walau untuk tujuan apa sekali pun. Kita ada cara-cara yang tertentu untuk membuat penegasan atau untuk menguatkan maksud sesuatu. Kalau kita lihat contoh ayat yang diberikan, perkataan "ianya" dapat ditiadakan tanpa sedikit pun menjejaskan atau mengubah maksud ayat. 1.Dadah adalah sejenis candu yang berbahaya yang mesti
dijauhi. |
||
|
| utama | perutusan siber | motto | visi dan misi | piagam pelanggan | sejarah dan perkembangan | | pengetua-pengetua | majlis tadbir | PIBG | maklumat tenaga akademik | | pusat sumber sekolah | | bimbingan dan kaunseling | panitia mata pelajaran | | pelajar cemerlang | sukan dan permainan | | kelab dan persatuan | unit-unit beruniform | oh bahasaku | koleksi soalan | © SMKTM apa sahaja pandangan, komen, kritikan dan sebagainya sila kemukakan kepada webmaster |
|||